iklan. Jangan klik hahaha...

Feel Better :)

Hari ni hari ke-3 aku pakai kacamata hitam kat tempat kerja. Ada kawan-kawan perempuan kata
 "wow..!! macam pilot." Ada yang berpaling dua tiga kali, Tak cam hahaha. Sebenarnya...






Sudah beberapa hari aku sakit mata, semalam ambil MC dapatlah berehat 3 hari berterusan kat rumah. Nak buka laptop pun mata berair-air dan tak selesa. Sakit ni, kekadang dapat buat kita berfikir akan nikmat Allah yang diberi pinjam untuk kita.

Sakit mata yang sedikit sahaja aku dah rasa tak sedap, buat itu tak kena dan buat ini tak kena. Mata tu organ dan pancaindera yang teramat penting. Nak ngorat awek pun pakai mata hehehe... hari ni bengkaknya dah beransur kurang. Tapi tak boleh mengadap skrin komputer lama-lama. Skrin anset pun terpaksa dikurangkan kecerahannya.

Bagaimana kalau anugerah ini diambil selama-lamanya? bila fikir begitu baru kita tahu untuk bersyukur. Bersyukur susah untuk dibuat dan dihayati kebanyakan kita, andai kata kesusahan belum dirasa. Secara peribadi aku cukup menyampah dengan orang yang kerja makan gaji, dengan gaji lebih RM2000 sebulan tapi banyak komplen.

Ada lagi komplen itu dan ini, ada lagi yang tak cukup, ada lagi yang tak kena. Kau tak reti bersyukur ke apa? kau tak sedar diluar sana masih banyak orang yang inginkan pekerjaan bergaji ribu-riban macam kau. Andai kata ditakdirkan kau diturunkan darjat, bergaji RM600 sebulan, baru masa tu kau rasa nak bersyukur kan? Macam mata aku, bila sakit. Baru rasa besarnya Anugerah tu dan bernilainya mata tu.

Bersyukurlah dengan apa yang ada, jika tidak suka dengan kerja sekarang. Berhenti saja. Cari kerja yang gaji murah tapi hati kau happy? Gaji RM600 tapi kau happy. Nak? kalau aku, aku nak. Kalau gaji tu cukup untuk makan, bayar rumah, sara isteri kalau dah kahwin, kereta, duit minyak dan bayar bil-bil lain. Orang yang tak reti nak happy ni adalah orang yang tak reti bersyukur. Bersyukur dengan setiap rezeki dan kurniaan dari Allah.

Minta jauh aku dijodohkan dengan orang yang tidak reti bersyukur macam ini. Nanti bila kahwin bermacam-macam komplen keluar. Buka mata dah dengar komplen, nak makan komplen, nak mandi komplen. Sampai nak tidur pun komplen.. Damnnnn..

Pentingnya Zuhud dalam kehidupan kita, rasa bersyukur dengan apa yang ada. Ada rasa zuhud dalam diri tak semestinya kita kena hidup dalam kemiskinan sentiasa, pakai anset Nokia yang ada lampu je, pakai kereta second hand je, dok dalam pondok buruk rumah kayu yang hampir nak runtuh. Kalau zuhud yang sebegitu, sampai bila Melayu Islam nak maju. Tapi kalau tak mampu, pakai je apa yang ada dan bersyukur.

Kalau dizaman Nabi dahulu, para sahabat hanya ada 2 helai baju sahaja. Sehelai dipakai, sehelai standby bila yang dipakai perlu dibasuh. Walau mampu untuk memiliki lebih dari itu, itu zuhud cara sahabat nabi. Tapi kita  nak ikut cara itu, memang susah. Dua helai baju - nak ke kelas, nak pergi kerja. Nak keluar makan, tengok wayang. Tapi kalau dah bergaji RM2000 lebih, kita dah mampu untuk berzuhud dengan mensyukuri rezeki yang dikurniakan. Zuhud dengan keadaan tempat kerja.

Bila dah ada rasa syukur yang tebal dalam diri, InsyaAllah tiada lagi rasa tak puas hati, mengeluh, komplen itu dan ini. Moga kita sentiasa bersyukur, bersyukur tu ingat Allah, moga kita sentiasa ingat Allah walau tengah sihat, mahupun sakit, di zaman muda sampai ke tua, di tengah senang dan juga susah, di masa lapang dan juga sibuk dan ketika hidup sebelum ajal tiba.
.
.

4 comments:

Wanpetunjuk said...

Bagus entry ni!. Aku suka. Terima kasih sebab berkongsi....

adaberada said...

Wanpetunjuk, Terima Kasih kerana suka, dan terima kasih kerana membaca :)

ZaraZueyin said...

memang bagus entry ni
memberi kesedaran pd saya juga
thanks kerana berkongsi :)

adaberada said...

kesedaran kepada saya juga bila sakit mata hehehe.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...