iklan. Jangan klik hahaha...

Hidup Bukan Coding

Mesej untuk Miss Coding.





 

Hidup ni bukan coding, walaupun kita sebenarnya kita di 'coding' oleh pencipta kita sejak azali lagi. Kau merencanakan apa yang kau nak. Kau gembira bila jadi apa yang kau nak, tapi mengeluh bila tak jadi apa yang kau nak. Kau mengeluh, kau menyalahkan orang lain, paling teruk kau menyalahkan takdir. Kau ingat bila kau menyusun baris-baris HTML dengan baik, kau susun bait demi bait. Kau berharap kau mendapat apa yang kau codingkan. Kau silap, hidup ini bukan coding. hidup ini lebih daripada itu, lebih dari coding. Hidup ini bukan coding!


Hidup ini adalah seni, ada warna-warnanya. Indah bila kau bijak melakar atas garisan canvasnya, comot bila kau tersalah melakar. Namun,walau comot ia tetap indah, kerana ia adalah seni. Kau tak pernah menghargai seni itu, kau tahu nampak comot itu, walau comot itu adalah hasil seni terindah. Comot itu sebagai pengalaman kau mengenal diri, mengenal dunia. Malah mengenal Tuhan!








Hidup ini bukan coding untuk kau sesenang hati mencipta sistem mengikut acuan coding apa yang kau nak. Bukan alasan untuk kau membenci seseorang sampai mati jika kau salah menCoding seseorang mengikut apa yang kau nak. Cehh.. Kau memaki hamun Pegawai Polis yang mengawal lalulintas, kau marah kerana Polis jalan jem. Tapi kau diam, kau malu sendiri bila dapat tahu Encik polis tu la yang mengawal laulintas kerana kemalangan untuk kita mudah bergerak. Mulut celaka kau tak sama dengan status kau!
Itu yang berlaku bila kau coding nak sampai cepat, tapi coding kau tak menjadi, ada kemalangan. Faham maksud aku, hidup ini bukan Coding? itu antara picisan diantara beribu peristiwa yang aku naik menyampah dengan budaya coding kau.
Kau jadi pemarah bila apa yang kau coding tak menjadi. Kau boleh benci aku sampai kau mati, jika itu yang boleh buat kau bahgia, jika itu sememangnya coding kau selama ini, Coding untuk membenci aku!
Jika suatu hari kau membaca mesej ini dan mengerti dan makin membenci aku, silakan... kerana hidup ini bukan coding. Coding kau untuk membenci aku tak akan berlaku....









0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...