iklan. Jangan klik hahaha...

Minimalis - Less Is More

Pernah dengar perkataan Minimalis? tak? google sekarang huhuhuh... Pentingnya jika blog anda ni tidak berat. Blog pun ada beratnya. Dan ada website untuk menimbang beratnya. Lagi berat blog anda, lagi susah dan lambat orang nak buka nak baca blog anda.

Tak ramai antara kita yang berkemampuan menggunakan capaian internet yang laju. Ramai yang pakai broadband, itu pun ambil yang paling murah. Dan kalau blog anda berat, anda membazirkan bandwidth pembaca blog anda. Tanpa pembaca siapalah kita, kalau tak nak orang baca, tulis kat notepad baca sorang-sorang. Banyak blog, nak muncul heading tajuk blog dia pun, dah memakan masa. 
Kalau boleh ditubuhkan Kelab Anda Meringankan Blog Ini Nescaya Good! atau ringkasnya KAMBING.

Tujuan KAMBING ditubuhkan nanti, supaya semua ahli atau follower meringankan blog masing-masing. Senang dan mudah, buka... tak perlu tunggu lama untuk baca. Rupa paras tak penting yang penting, isi dalam. Ni siap ada lagu lagi kat blog. Semua orang ingin blog cantik dan menawan kalbu. Contoh blog femes yang ringan ialah blog Si Hamka KeretaMayat. Blog aku pun ringan juga, jangan dikutuk - blog aku baru berusia bawah 6 bulan. Senang tak, masa nak buka blog aku berbanding blog orang lain? soalan ini untuk yang guna internet capaian rendah. Yang pakai internet laju boleh berlagaklah.

Seeloknya segala benda yang tidak memberi 'kredit' kearah kemasyuran blog anda baik dibuang je. Melainkan kalau tak ada benda tu, pengunjung tak ramai datang. Semacam benda tu macam tangkal azimat.

Gambar yang di upload juga biarlah resolusi yang rendah je, asalkan sampai maksudnya. Jelas dan terang. 500kb - 1mb untuk satu gambar, itu sangatlah tidak begitu praktikal. Melainkan blog anda, sebuah blog fotografi yang memerlukan gambar beresolusi tinggi untuk tatapan pembaca dan pembaca dapat kopi pasta juga.


Pemilihan tema blog juga berperanan buat blog kita jadi berat. Ada satu blog yang aku suka singgah jadi silent reader. Blog kopi pasta macam aku juga. Ada benda menarik satu dunia, aku dah habis baca artikel blog dia belum siap loading lagi. Dapat baca sebab huruf keluar dulu sebelum eksesori yang lain keluar.

Sebab aku pun pembaca macam pembaca diluar sana yang pakai broadband yang pakej paling murah juga. Its really frustrating when slow internet connection face to face with heavy blog. Jom join KAMBING untuk blogger baru, kita lawan blogger lama dari segi mutu persembahan dan keringanan blog hahaha....

Minamalis - Less Is More, agree?

2 comments:

Wanpetunjuk said...

Terbaek!. Dulu pun aku pikir macam ni gak...selapas bertahun di dah byk aku kurangkan hatta iklan pun aku dah buang terus.....

TQ arr sbb tulis entry mcm ni - harap2 blog aku dah makin ringan....

adaberada said...

dulu pernah jumpa satu website nak timbang berat blog kita ni, dah trlupa namanya. Nak kena cari gali lagi. Jom join KAMBING hahahah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...