iklan. Jangan klik hahaha...

Persona Non Grata

Persona non grata.. dalam bahasa Itali. Englishnya 'an unwelcome person'. Bahasa Kelate nyo, "aku tok sir ko mu".  Atau lebih tepatnya Persona Non Grata adalah istilah Bahasa Latin yang diguna pakai oleh pihak imigresen terhadap individu yang tidak mempunyai kesahihan kerakyatan dan tergolong dalam mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan ketika berada di luar negara. Being a Persona Non Grata on other blog is not a big deal.

Beberapa hari yang lalu, aku pergi servis my darling Persona Non Grata a.k.a Proton Persona Elegance aku di pusat servis Proton berhampiran. untuk kali pertama servis. 1000 km, tapi dah melebihi 300km hohoho.. ulang alik balik kampung cuti Raya Apek hari tu.

Sebelum ni pernah teman kawan pergi servis kereta Perodua Myvi S.E nya, dua-dua jakun dan out of this world. Ingatkan servisnya FOC huhuhu.. memang free of charge servisnya. Tapi, minyak yang diisi kenalah bayar. Ternganga mulut, bila tahu kena bayar. Mana taknya, masing-masing tak bawa duit banyak. Akhirnya, pergi cari ATM terdekat, cucuk duit.

Pusat servis Perodua pun terbaik, ada wifi percuma, ada nasi lemak percuma, ada kuih percuma, ada air teh,nescafe, kopi percuma. Tapi, Servis Proton yang aku pergi tak ada semua itu. Ada kerusi percuma je untuk duduk. Lagi satu yang kureng, kena ambil appoinment dulu baru boleh pergi servis hari yang kita pilih tu.
Aku pergi hari sabtu, ingatkan macam Perodua, siapa cepat dia dapat servis dulu. Rupanya kena isi borang dulu huhuh.. malang je hari sabtu tu. Kena pilih hari bekerja sebab kena cepat servis, limit dah melebihi 300km. Tapi, orang Proton tu cakap. Lebih sikit tak mengapa.

Hari bekerja tu, lepas lunch aku terus ke Proton Servis, kat situ baru mesej kat boss. " Encik boss,aku nak keluar servis kereta jap ni, boleh?" padahal aku dah keluar, dah ada kat Proton servis dah pun, dah duduk menunggu giliran, dah bagi kunci, dah buka laptop ngan broadband sekali. Tempat aku kerja dengan tempat boss lebih kurang 2 blok bangunan. Boss tak tau pun aku keluar kalau dia tak pergi ke blok aku hahaha.. tak sampai seminit boss balas "oit,mana boleh! ada banyak kerja lagi tak siap. Nak minggu ni juga!!"

Aku tutup laptop, aku bingkas bangun, " Bang bak kunci aku balik, boss aku tak bagi pula, urgent katanya." si manager Proton Servis tu, terkulat-kulat tengok aku. "Hari lain lah encik" senyum ikhlas untuk pelanggan. Memandai aku je, pergi dan baru minta kebenaran. Boss aku tak tahu pun aku dah sampai ke Proton Servis, dua hari lepas tu dia bagi aku half day leave.

Sempatlah ambil gambar buat kenangan, jarang-jarang tengok kereta terbang begini.

Proton Persona yang aku pakai ni banyak defect dan kecacatannya. Seminggu pakai, bila aku buka nak isi minyak, toing,toing, satu benda kecik jatuh, bila tengok kat pintu minyak tu, pintu dia dah longgar. Mungkin, benda tu macam spring yang bila kita buka pintu minyak ni (panggil pintu boleh kot) dia akan terus eject released. Bila tiada benda ni, kena buka manual selepas kita buka kat bawah seat tu, bila tanya orang lain. Kereta dia pun macam tu juga.

Masalah lain lagi, bahagian tutup kat tingkap cermin tu tertanggal, dia pakai double tape je, masa kat pusat servis aku dah beritahu masalah yang aku hadapi ni, kat pusat servis lupa nak check, 2,3 hari lepas tu baru tengok bila dia terbuka balik, ada ke patut pakai gam cap gajah je, ada kesan gam lagi keras dan tak melekat lagi dah. kena beli double tape sendiri la ni.

Masalah no.3, pintu depan sebelah pemandu, bila tekan kunci buka. Pintu tak terbuka, pintu lain semua okey, terpaksa aku buka pintu belakang untuk buka pintu depan. Bila beritahu kat pusat servis hari tu, dia kata ada benda longgar, dia dah ketatkan balik. Emm,. esok jadi balik, takkan longgar balik kot huhuhu..

Masalah yang lain belum timbul lagi, harapnya tak timbul dan takkan timbul sampai aku habis bayar tahun 2020 nanti !! hahaha.. teknologi pemanduan lotus yang ada kat Persona rasanya lagi baik dari Myvi. aku boleh bandingkan dengan Myvi je, sebab dua biji kereta ni je aku pernah pegang stereng. Masa nak ambil selekoh smooth and easy, pick up juga ok bila memotong dibantu dengan enjin Campro 1.6.

Rasanya pihak Proton kena pandang masalah-masalah yang aku sebutkan tadi. Kalau apa yang aku kata tak betul, silakan saman aku 10juta yen pun aku tak takut. Tidak dinafikan kereta-kereta mewah lain pun ada masalahnya juga, inikan Proton jenama Malaysia. Tapi apa salahnya jika perbaiki mutu dimasa-masa depan, baru boleh jadi jenama yang dipercayai. Hidup Proton, teruskan usaha.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...