iklan. Jangan klik hahaha...

Untuk Cinta Kali Ini

Untuk cinta kali ini, aku pastikan poket sentiasa penuh, untuk cinta kali ini aku sediakan kereta, untuk cinta kali ini aku sediakan rumah untuk masa depan, untuk cinta kali ini, aku takkan biarkan dia tidak menghormati aku.

Untuk cinta kali ini, aku akan pastikan hidup bersama hingga ke akhir hayat, untuk cinta kali ini aku akan menyintai sepenuh hati seperti aku menyintai bakal isteri aku dan ibu kepada anak-anak aku.

Untuk cinta kali ini, aku akan pastikan mendapat Keredhaan Allah dan jauh dari murkaNya. Untuk cinta kali ini, aku bercinta kerana Allah dan aku ingin membina rumah untuk Allah.

p/s: Masjid tu rumah Allah, berkahwin pula dikata orang juga membina masjid. Jadi kahwin seperti membina rumah untuk Allah :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...