iklan. Jangan klik hahaha...

Pelajar USM Bunuh Diri - Gambar Ngeri

Tadi pukul 12.00 tengah hari. Seorang pelajar USM bunuh diri dengan terjun dari tingkat 10 pangsapuri yang disewanya dekat Sungai Dua. Patutlah aku dengar bunyi siren ambulan bersahutan, tapi ambulan selalu je kedengaran... ni gambar budak tu. Budak cina, pelajar tahun akhir Skol Fizik.







Dari cerita yang aku dengar, dia menghadapi tekanan dengan pencapaian akademiknya. Ini yang kali ke berapa kes bunuh diri melibatkan pelajar USM. Dulu masa aku belajar, seorang pelajar menggantung dirinya dikipas di Desasiswa Fajar Harapan. 

Ceritanya, budak melayu yang menjadi housemate kepada budak cina yang bunuh diri tu. Lupa bawa kunci, dan terkunci dari luar, malas nak kejutkan housematenya dia tidur dibilik kawan. Keesokan hari bila mahu masuk bilik dan bilik masih berkunci. Dia buka cara paksa, mungkin tendang dan terkejut tengok hosemate sudah mati tergantung. Pelajar tu juga diberitakan menghadapi masalah dengan course yang dia ambil. apa yang dia inginkan tak dapat tapi dapat course lain. Pelajar first year.

Yang kes tengah hari tadi ni juga ada kaitan dengan akademik. Mangsa sempat menghantar SMS kepada housematenya untuk menguruskan barang-barangnya. Aku tumpang simpati kepada keluarga pelajar ini dan kawan-kawannya. Benda ni boleh dielak jika tekanan ditangani secara bijak.

Aku pernah menghadapi situasi orang terdekat mahu bunuh diri dan hampir meragut nyawanya jika terlambat. Kalau terlambat, rasanya aku akan menyesal seumur hidup dan orang itu pastinya akan menyesal didepan Yang Maha Esa.

Kita sebagai orang Islam, dekatkan diri dengan Allah, baca al Quran dan banyak-banyak berzikir dan berselawat pada Nabi junjungan kita jika menghadapi tekanan dalam hidup. Tekanan itu ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita.

Cari apa punca masalah dan tekanan itu, adakah berpunca dari kita? berpunca dari tindak tanduk kita? berpunca dari pilihan kita?



P/S : Aku tertekan bila menyayangi dan merindui seseorang itu, tapi dia macam tak menghargai kerinduaan dan kecintaan aku padanya. Bunuh diri? Sorry!!! aku lebih menyayangi diri aku dari orang itu hahahaha... Dan bila cinta penuh dalam hati aku. Cinta lain datang... Love is what you give not what you get!


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...