Aku dapat soalan teka teki ni dari seorang kawan. Teka teki bentuk matematik dan logik akal. Ada 9 paku kesemuanya. Salah satu beratnya 2 gram. Yang lain-lain 1 gram. Makna ada 8 yang beratnya 1 gram dan 1 lagi 2 gram.
Soalannya, dengan menggunakan sebuah timbangan dacing. Timbangan yang yang logo macam Barisan Nasional tu huhuhu.. yang kena ikut balance. Bagaimana kita hendak mengetahui salah satu paku yang beratnya 2 gram ini.
Kalau anda ada timbangan ini boleh cuba-cuba. Kalau tak ada ikut logik akal sahaja. Masalahnya sekarang anda diberi 2 percubaan sahaja untuk mencari paku yang berat 2 gram tersebut. Tidak lebih dari 2 kali percubaan timbangan.
Ada 9 paku semuanya, nak cari salah satu paku yang beratnya 2 gram bagaimana. Jumlah berat kesemua paku tu ialah 10 gram lah kan.
aku pernah cuba menimbang begini, ambil 4 paku satu letak satu side, 5 lagi satu side. Misal kata paku yang 2 gram ada di kalangan 4 paku tadi, jumlah beratnya ialah 5 gram. Dan yang sebelah lagi yang 5 paku tadi ialah 5 gram sebab masing-masing satu gram. Jika beratnya adalah sama, kumpulan yang 4 paku tadi yang kita cari.
Jadi kita tahu yang 4 tadi dikalangannya ada paku yang 2 gram tadi. Ada 4 paku, ok. Kits nak spot 1 paku yang 2 gram. Kita tinggal satu percubaan lagi.
Tapi cara aku ni salah, cuba anda buat cara lain. Kalau dah dapat caranya share kat sini ye. Kalau betul aku bagi hadiah hehehee...
0 comments:
Post a Comment