Isu Bersih 3.0 yang aku tulis ni mungkin dari sisi pandangan aku yang masih dangkal ilmunya tentang dunia yang tengah kita jalani kehidupan sekarang. Mahu tidak mahu, kita terheret sama dalam isu ini secara tak langsung atau secara langsung.
Tidak kiralah anda seorang pelajar, anda pekerja swasta, anda penjawat awam, anda seorang cikgu, anda seorang lecturer. Atau anda seorang pencacai najis sekalipun, anda terheret sama. Sepanjang 2,3 hari ini wall Facebook dipenuhi perkara yang berkaitan Bersih 3.0.
Tidak kira penyokong kerajaan mahu pun penyokong tegar pembangkang. Komen, luahan hati, pendapat seperti mereka betul dan dipihak yang benar. Di Wall Facebook, komen-komen diblog, komen-komen di Youtube menunjukkan siapa sebenarnya mereka. Kedangkalan mereka, kebodohan mereka. Apa yang terkeluar dari mulut, dari apa yang mereka taip adalah dari hati mereka.
Komen-komen melampau, menggunakan bahasa kesat, lucah, mengarut dan bermacam-macam ayat najis yang ditaip dan disuarakan. Tidak kira belah penyokong kerajaan, mahu pun belah pembangkang. Mereka sama.. sama. Seakan mereka bercakap dari kecil begitu, bercakap dan diajar sejak kecil dari orang tua mereka begitu. Perkataan babi, fuck, jubur, bengong, bodoh, pencacai, anjing kerajaan, penjilat bontot Anwar dan bermacam-macam perkataan sakit yang lain.
Perkataan sebegitu tidak akan keluar dari insan sihat jiwa dan raganya, melainkan dari pesakit hati dan pesakit jiwa. Orang yang hati dan rohnya sakit sahaja yang mengeluarkan perkataan sebegitu. Dan mereka yang menyokong samada PR atau BN, mereka yang mendendangkan perkataan dan ayat kurang enak begitu, anda sama. Anda bertekak dan menegakkan berdasarkan emosi. Duduk didepan komputer membantai golongan-golongan yang mereka tidak puas hati. Menunjukkan kedangkalan dan kebodohan minda masing-masing. Jangan tunjuk kebodohan kita, apatah lagi kecerdikan pun tidak digalakan untuk ditunjuk-tunjuk takut menimbulkan riak.
Hakikatnya, golongan penyokong ini, penyokong PR atau penyokong BN yang melampau batas ini ada sesuatu dalam jiwanya, ada perkara yang tidak puas hati, ada benda yang dihajati tidak kesampaian. Jiwa dan rohnya sakit. Sakit hati itu, menyebabkan hatinya rosak, hati yang rosak terdorong mengeluarkan perkataan kebenciaan yang melampui itu.
Mungkin golongan ini, banyak hutangnya, percintaan gagal, kecewa dengan pasangan, kurang duit, kurang kasih sayang, pendendam yang busuk hati, muka nampak baik tapi pendendam yang busuk hati. Kerjaya bagus, berpelajaran tinggi, tapi pendendam yang busuk hatinya. Jika graduan yang masih tamat belajar, mungkin terkial-kial mencari pekerjaan. Lantas jalan mudah untuk mengurangkan keserabutan minda, ini tempatnya. Komen dan maki hamun medan tempat meluahkan kemarahan dan ketidakpuashati. Mereka yang bergaduh laki bini, mereka yang kereta dan motornya rosak sentiasa. Mereka yang selalu dimarahi boss ditempat kerja, mereka yang mempunyai masalah tersendiri.
Andai pun, jika mereka tidak tergolong dari kalangan mereka ini, dapatkah komen-komen mereka merubah keadaan? dapatkah buah fikiran yang penuh emosi itu merubah keadaan?. Jika benar pun ingin merubah persekitaran, merubah politik tanahair, merubah iklim sosial negara. Tanya pada diri sendiri dulu, baikkah kita, sudah berubahkah kita kearah yang lebih baik. Solat awal waktu kah kita? solat tidak pernah miss kah kita? tiada dosakah kita, yang berkapel dengan dosa kecil kapelnya, yang perempuan dosa mengumpatnya, yang lelaki dosa kecil memandang wanita dengan penuh nafsu. Dosa sesekali tergelincir ke web porno sewaktu berinternet. Dosa menatap gambar seksi mugil artis-artis.
Sucikah kita dari sebarang dosa, bolehkah kita lakukan perubahan pada diri sendiri sebelum merubah ke skala yang lebih besar. Sebenarnya kitalah hierarki terpaling bawah sekali dalam masyarakat. Individu elok, akan membentuk keluarga yang elok. Keluarga yang elok pula akan membentuk masyarakat yang elok. Jika rosak individu, yakni diri kita. Masyarakat pula bagaimana? Lakukan perubahan kecil pada diri kita dahulu.
Jika jarang solat awal waktu, cuba solat awal waktu. Jika memang solat awal waktu, cuba pula solat jemaah. Ingatlah solat itu tiang agama, jika rosak solat, rosaklah agama, jika rosak agama, rosaklah individu itu, jika rosak individu, maka rosaklah masyarakat. Solat itu amat penting, Nabi Muhammad S.A.W sebelum kewafatan baginda berpesan supaya menjaga solat. Solat yang sempurna dapat mencegah perbuatan keji dan murka. Jika anda solat tapi masih melakukan perbuatan keji dan murka, ketahuilah solat anda belum sempurna.
Tahukah anda, kedua pihak yang anda sokong tidak dapat menyelamatkan anda diakhirat nanti. Malahan didunia belum tentu meraka dapat menolong. Anda dapat hidup sampai sekarang agak-agaknya sebab siapa? mereka yang membesar dan memberi anda makan?
firman Allah yang bermaksud :
"Dan jika dua puak orang yang beriman bertelagah/berperang, maka damaikanlah diantara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil".
Al-Hujaraat 49:9
Dan bila membaca terjemahan ayat ini, aku mula pening, dua golongan ini adalah sama-sama melampau. Mungkin segelintir yang melampau, sedikit yang buat taik, ramai yang terpalit. Mungkin diluar sana masih banyak yang baik-baik. Mungkin penyokong yang melampau, pemimpinnya masih ok dan waras. Kita ada akal untuk menentukan mana baik dan mana buruk.
Dan sudah ada kes sahabat FB mula meremoved friend masing lantaran berbeza pendapat pasal isu Bersih 3-0 ni. Kan dah memutuskan silaturrahim tu, walau silaturrahim tu terjalin kat FB je. Aku ada kawan-kawan yang sokong dan bantah Bersih ni. rileks la bro, macam lah isu ni memporak-perandakan hidup anda sampai emosi dan mula menghasilkan komen dan status tahap sakit jiwa.
Allah berfirman yang bermaksud: “Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan menyeru ke arah kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun mendamaikan di antara manusia bergaduh dan sesiapa melaksanakan demikian adalah untuk menuntut keredaan Allah, semoga Allah berikannya pahala yang berlipat ganda.” (Surah An-Nisa’, ayat 114)
Ps : Casa moga tiada sengketa antara kita lagi :)
0 comments:
Post a Comment