Blogger pun ada kewajipan ke? Ada, jika blog anda ada ramai pengunjung. Tambah-tambah yang ada pengikut beribu-ribu dan berpuluh ribu lagi banyak kewajipan dia. Ada orang kata, blogger yang kata, blog tempat dia meluah apa yang dia rasa, apa yang dia fikir. Betul!
Tapi kalau luahan, apa yang dirasa tu dibaca oleh beribu-ribu orang disana bagaimana? aaahhh...blog aku suka hati aku lah, suka hati aku lah nak tulis apa. Aku tulis aku nak baca, dah kalau begitu kau tulis je lah kat notepad kat Microsoft word, kau bacalah seorang diri.
Jadilah seorang penulis blog yang ada kewajipan pada pembaca, yang ada kewajipan pada masyarakat. Yang memberi sesuatu kepada masyarakat. Penulis pernah membaca satu blog yang agak terkenal, ada beribu-ribu pengikut. Dan satu entry tu, ada benda yang tak berapa betul atau tak betul langsung. Ramai komentar disitu mengutuk dan mengkritik berkenaan entry tersebut. Jika apa yang dikata itu diikuti sebilangan besar orang yang membaca apa yang dia tulis dan sampaikan, bagaimana?
Segala fakta atau sesuatu perkara mestilah betul jika nak disampaikan dalam blog, kena ada kajian dan bukti. Jangan semborono belasah tulis atau kopi pasta begitu aje. Kalau entry pasal anda tengok wayang semalam, anda kata tak best, dan movie tu betul-betul best. Anda kata tak best sebab tertidur selepas 10 minit menonton, tersedar dan tengok semula 5 minit nak habis. Fakta sebegitu tak mengapa, movie best dikata tak best, sebab setiap individu ada citarasa movie masing-masing. Fakta begini pun ada kesannya juga, orang yang berhajat nak tengok mungkin tak jadi tengok huhuhu...
Ramai blogger diluar sana, kebanyakkannya lost dengan matlamat asal blognya diwujudkan. Tiada matlamat atau target untuk apa blog diwujudkan. Sekadar meluangkan masa terluang, menghilangkan rasa bosan. Menulis dan mengepost bila bosan. Terdapat juga blogger yang menjadikan blog seperti diari hidup, dibaca oleh setiap orang. Diari konvensional yang berbentuk buku rasanya akan disimpan betul-betul ditempat yang selamat. Tidak mahu sesiapa menjumpai atau membacanya. Bolehkah blog disamakan dengan diari?
Jangan ambil serius huhuhuh... blog diwujudkan oleh Google dan diberi percuma kepada pengguna untuk diisi apa sahaja yang terlintas difikiran, melihat sesuatu perkara, diambil gambar dimuat naik ke blog. Apa-apa sahaja, kita tengok wayang, kita beli selipar baru, beg baru. Kita pergi makan dan ambil gambar kedai tu. Dan bermacam-macam cerita dalam tu. Google adalah sebuah enjin carian. Pihak Google memerlukan maklumat yang kita sampaikan dalam sebuah blog. Dan orang yang menyampaikan apa yang dia jumpa dan bukan seorang yang memasukan ke dalam blog, berjuta-juta orang diseluruh dunia melakukannya. Mungkin ada carian di google - berat sebiji tahi hidung yang digentel. Lalu, dihujung dunia sana ada orang yang membuat pencarian berkenaan berat tahi hidung yang digentel.
Orang yang menulis berkenaan berat tahi hidung yang digentel tadi mesti membuat kajian terlebih dahulu, dengan mengorek hidung dan menyelongkar segenap rongga hidung, digentel. Lalu ditimbang dialat timbangan yang sensitif dengan berat micron. Orang ini lebih baik dan mulia, dari orang yang menyampaikan benda yang tak betul tadi. Sekurang-kurang dia mengkaji tahi hidung tadi, tidak semborono menulis atau kopi pasta benda yang tak betul. Pihak google dengan sendiri dapat manfaat dari blog yang diwujudkan untuk pengguna. Dan kita pun mendapat manfaat juga. Buka Google, buat carian. Kita akan ditemukan dengan blog berkenaan maklumat yang kita cari.
Janganlah meletak artikel atau sesuatu yang sia-sia. Dan dalam satu terjemahan petikan al-Quran yang bermaksud :
"Dan apabila mereka mendengar perkataan tidak bermanfaat, mereka berpaling darinya dan mereka berkata, "Bagi kami amal-amal kami, dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil."
[Al-Qasas: 55]
Lagi bagus jika blog anda unsur-unsur dakwah kearah kebaikan kerana ada hadis nabi menyebut :
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
Maka, sampaikan segala kebaikan dalam blog anda. Walaupun sepotong ayat dari Nabi kita atau dari AlQuran.
Janganlah meletak artikel atau sesuatu yang sia-sia. Dan dalam satu terjemahan petikan al-Quran yang bermaksud :
"Dan apabila mereka mendengar perkataan tidak bermanfaat, mereka berpaling darinya dan mereka berkata, "Bagi kami amal-amal kami, dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil."
[Al-Qasas: 55]
Lagi bagus jika blog anda unsur-unsur dakwah kearah kebaikan kerana ada hadis nabi menyebut :
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
Maka, sampaikan segala kebaikan dalam blog anda. Walaupun sepotong ayat dari Nabi kita atau dari AlQuran.
0 comments:
Post a Comment