Sejak kecil kita dimomokan dengan cerita makhluk asing, samada filem, dokumentari atau melalui bacaan lain. Semuanya bersumberkan sebelah barat. Sehinggakan mereka seruis mengkaji makhluk asing. Persoalannya wujud atau tidak?
Ada sesetengah orang percaya makhluk asing ini wujud. Bayangkan ruang angkasa kita yang luas ini. Dengan keadaan yang seolah-olah tiada penghujung. Tentunya wujud satu sistem yang menyamai sistem suria kita. Sistem suria yang terdiri dari planet-planet yang mengelilingi matahari. Sebiji matahari yang dikelilingi oleh planet-planet dipanggil sistem. Bumi kita didalam Sistem Suria. Planet bumi kita mengeliling matahari.
Dan tahukah anda Sistem Suria kita ni, terletak didalam satu lagi Sistem yang besar yang dipanggil Galaksi, bukan Galaxy Tab tu, yang tu kecik je. 7.7 inci kot yang paling baru, rasa beli gak nanti. Adoii... melalut kepada Galaxy Tab pula. Kat mana tadi? yup, sistem Suria kita terletak dalam satu sistem yang besar dipanggil Galaksi. Galaksi ni dipanggil Galaksi Bima Sakti, dalam bahasa enggeris dipanggil The Milky Way.
Dalam Galaksi Bima Sakti ini terdapat beribu-ribu malah berjuta sistem yang macam Sistem Suria kita tadi. Kalau hendak diibaratkan, Sistem Suria kita kita yang ada 9 planet kesemuanya yang mengelilingi matahari dikecilkan sebesar sebiji pasir. Sistem Suria kita tadi yang sebesar pasir tadi diletakan dalam satu baldi bersama sistem-sistem yang lain. Jadi kita dapat sebaldi pasir. Baldi tadi boleh diibaratkan seperti Galaksi Bima Sakti yang mengandungi banyak pasir yakni sistem-sistem seperti Sistem Suria tadi.
Baldi tadi cukup besar untuk menampung berjuta-berjuta pasir. Dan kalau anda mendongak ke langit dimalam yang cerah, Anda akan melihat bintang. Bintang itu sebenarnya adalah sebiji matahari yang ada planet-planet mengelilinginya. Disebabkan ianya jauh, ia kelihatan kecil dan hanya nampak pada waktu malam kerana keadaan yang gelap. Bintang-bintang tadilah yang diibaratkan pasir yang diletakan dalam baldi yang besar tadi.
Betapa banyaknya bintang dilangit, ada orang pernah kata, kalau nak mengira bintang dilangit, kira aje pasir dipantai. Matahari kita dan bintang-bintang tadi membentuk Galaksi Bima Sakti. Untuk pemahaman mudah kiasan pasir tadi, matahari dan bintang-bintang diibararkan sebiji pasir dan diletakan dalam baldi.
Dan ruang angkasa kita bukan hanya ada satu baldi sahaja malah, berjuta-juta baldi yang mempunyai berjuta-juta pasir didalamnya. Kita hidup didalam sebiji pasir diantara banyak-banyak baldi tadi. Jadi dapat bayangkan betapa banyaknya matahari dan planet-planet yang ada diangkasa?
Untuk makluman juga satu baldi ni atau Galaksi kita, Galaksi bima Sakti ni cukup luas tidak dapat diukur dengan kilometer (km) kerana cukup besar. Jarak dari hujung ke hujung diantara 70 000 hingga 100 000 tahun cahaya. Apa itu Tahun Cahaya?
Tahun Cahaya ialah satu skala untuk mengira jarak seperti sentimeter, meter, kilometer... dan seterusnya sampai 1 tahun cahaya. Cahaya bergerak selaju 300000 km sesaat. Maka satu tahun cahaya ialah persamaan dengan jarak 9,460,730,472,580.8 km. Ini satu tahun cahaya, kalau jaraknya 100 000 tahun cahaya? luaskan. Ya memang ruang angkasa ciptaan ini Maha Luas dan Allah Maha Perkasa menjadikan sedemikian rupa. Subhanallah...
Itu jarak satu baldi tadi kalau Galaksi Bima Sakti diibaratkan baldi yang mengandungi berjuta-juta bintang didalamnya. Dan setiap bintang tu, ada planet mengelilingi, dan planet itu ada kita didalam menghuninya. Dari situlah para saintis dan para pengkaji percaya adanya kehidupan selain kita. Kerana terdapat banyak bintang dan banyak planet. Dan semestinya peluang untuk menjumpai planet seperti planet bumi ada diantara berjuta-juta dan billion-billion planet didalam baldi (galaksi) tadi.
Kita bukan hanya satu baldi, tapi berjuta-juta baldi yang didalam baldi tu ada berjuta-juta pasir pula. Tapi tahukah anda kita dapat menjangkau jarak yang luas itu? Dan berapakah jarak lapisan langit seperti yang didalam AlQuran dan Hadis yang mempunyai tujuh lapisan. Tidak terjangkau diakal dan kiraan manusia. Mungkinkah Galaksi Bima Sakti lapisan pertama langit?
Dan tahukah anda pahala solat kita, doa-doa kita melalui tujuh lapisan langit ini untuk sampai kepada Allah. Solat yang tidak ikhlas, tidak diawal waktu, tidak sempurna belum tentu sampai ke langit ke tujuh. Mungkin lapisan pertama pun sudah tidak lepas. Tapi kalau malas solat takut tak lepas, lagi lah teruk dari tak solat langsung. Solat ikhlas dan sempurna atas ketakwaan kepada Allah, insyaAllah akan sampai :)
Dan pasal Makhluk Asing tadi, benda mengarut tu tidak wujud walau seekor pun. walaupun terdapat berjuta-juta planet diangkasa ini. Sebab? Dalam hadis dan AlQuran hanya ada 4 makhluk sahaja yang berakal Manusia, Jin, Syaitan, dan Malaikat. Makhluk asing tu mungkin dajal atau Yakjuj dan Makjuj yang akan keluar bila hampir kiamat nanti.
Kesian Mat Salleh punyalah kaji dan kaji, buang masa dan buang duit. Yang perlu dikaji hanya Alquran sahaja. Didalamnya terkandung rahsia alam. Petunjuk untuk kita dunia dan akhirat. Tapi yang mengkaji makhluk asing ni lebih baik dari seorang muslim yang tidak mengambil endah langsung dengan ciptaan Allah.
Sekurang-kurang kajian mereka untuk mencari makhluk asing banyak menghasilkan penemuan-penemuan lain yang berguna untuk manusia sejagat.
Artikel diatas aku tulis berdasarkan pemahaman aku tentang galaksi sejak aku kecil dan masih disekolah rendah lagi. Buku-buku seperti ini, menarik perhatian aku untuk membaca, membaca dan membaca dan membaca. Masa rehat aku habiskan diperpustakaan berbanding rakan-rakan lain yang bermain bola dipadang. Sebab itu aku jadi kaki bangku, tak reti tendang bola sampai sekarang huhuhuh....
ps: Ramai-ramai orang diangkasa ni, hanya seorang sahaja yang kita jatuh cinta dan berkahwin sehidup semati dengannya. Persoalannya siapa dan dimana kamu berada?
0 comments:
Post a Comment