iklan. Jangan klik hahaha...

Saturday, 12 May 2012

Blog Femes Penyebar Berita Palsu

Agaknya diorang jadi femes sebab dok sebar berita palsu kot. Terbaru berkenaan kes video dera bayi. Ramai blogger dan Facebooker upload gambar bayi yang konon-konon di dera tu. Ramai akan percaya tanpa usul periksa.

Itu pasal kes video bayi kena dera, kalau berkaitan benda lain, benda yang berkaitan akidah macam mana ye. Gambar bayi yang di upload tu sebenarnya gambar bayi mat salleh yang kena penyakit otak.

Ni lah gambar yang diupload tu.




Bila ada orang yang upload gambar bayi yang didera tu. Lalu aku buat sedikit pencarian kat internet. Aku cakap kat Facebook itu bukan gambar bayi yang didera tu, siap boleh kata kawan dia yang bagi dia baru tengok bayi tu kat hospital.

ewah,ewah... kawan kau tengok di hospital ye.. lalu aku bagi link gambar sebenar. Terus diam, bisu senyap... nak femes pun agak-agak la kakak-kakak, abang-abang blogger femes oooiiii...

Boleh tengok gambar dan cerita bayi mat salleh disini http://4chan.livejournal.com/1853675.html

Itulah kelemahan orang kita, suka terima dan telan apa saja yang disuap. Belum tentu berita tu betul atau tidak. Yang buat cerita palsu satu, yang tukang sebar satu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...