iklan. Jangan klik hahaha...

Robot Jahat Muncul Juga Akhirnya.

Zaman aku kecik-kecik dulu, aku terlalu minat dan taksub dengan satu siri kartun animasi yang canggih dan sofistikated gitu. Animasi Jepun memang cool. Banyak animasi jepun yang menarik, diantara yang menarik ialah Patlabor mobile Police.





Patlabor ni mengisahkan anggota polis jepun yang memandu robot-robot untuk melawan penjenayah dan yang kool habisnya penjenayah juga menggunakan robot canggih. Kiranya robot polis lawan robot jahat. Latar belakang kisah Patlabor ni negara Jepun di Masa depan, diantara tahun 1998 - 2002, huh! sekarang dah 2012, robot polis tu belum ada pun lagi.

Hero cerita ni ialah seorang awek cun lagi seksi nama Noa Izumi ( i love u, i really love you :P ) dia pandu dan kawal robot seperti gambar diatas, Noa Izumi ni dalam cawangan unit robot. Cara dia kawal dan lawan memang terer giler tak padan ngan kecomelannya.

Dalam, banyak-banyak robot penjenayah tu, ada satu robot yang agak susah nak ditewaskan, robot berbentuk bulat dan berkaki. Lincah, bertukar jadi bola. Kebal. Tapi biasala, my darling Noa Izumi dapat tewaskan robot tu ;).

Dan setelah bertahun-tahun kisah ni hampir aku lupakan bila dah menginjak dewasa dan tiada siri atau filem yang dikeluarkan lagi. Memori berkenaan robot Patlabor dan Noa Izumi ni muncuk kembali setelah, Penyelidik di Amerika telah cipta satu robot bulat macam robot penjenayah yang hebat dan susah nak ditewaskan tu.





Ini di peringkat penyelidikan dan prototaip berskala kecil sahaja, kalau dah jadi besar dan jadi penjenayah macam dalam Patlabor tu, harapnya Noa Izumi ada bersama Patlabornya huhuhu...

Tunggak utama disebalik pencipta robot-robot ni ialah Yutaka Izubuchi, designer segala mekanikal dalam cerita ni. Gundam pun dia design juga :)

Ada sesiapa nak bagi Model Patlabor ni for me, ada kat kedai Queensbay Mall tapi mahal yang amat huhuhu..

P/s : Dan untuk ingatan kamu, kenangan itu bukan umpama gambar. Kenangan itu adalah diri kita, sebahagian dari diri kita. Jika cuba melupakan kenangan itu seperti juga melupakan sebahagian diri kita. Cuma hanya masa dapat buat kita lupa memori itu samada pahit atau manis.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...