iklan. Jangan klik hahaha...

Kemalangan Drag Racing Himpunan Jutaan Belia Di Putrajaya - Gambar dan video

Malam tadi, di himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. Berlaku kemalangan ngeri di litar Drag kereta yang diadakan, sebuah kereta yang menyertai acara drag tersebut terbabas di kanan jalan dan merempuh penonton yang menyaksikan acara itu dibahu jalan.

Kereta jenis Mitshubishi Lancer Turbo yang gagal dikawal itu terbabas lalu merempuh Jutaan Belia yang menonton. Dari sumber menyatakan hanya dua orang penonton yang cedera, ada pula yang menyatakan seorang maut. Untuk pengesahan lebih lanjut dengar je hebahan rasmi dari pihak berkuasa nanti.

Drag Racing ialah satu perlumbaan kereta pada jarak tertentu, di satu jalan yang lurus. Kereta yang paling pantas sampai ke garisan penamat dikira pemenang. Jika dua buah kereta mempunyai kuasa yang sama, berlumba. Pemandu yang cekap mengawal minyak,kluc dan menukar gear akan menentukan kemenangannya.

Aku selalu juga terbabit dalam Drag Racing ni, susah nak dikawal. Biasanya enjin kereta aku akan pecah kerana gagal mengawal pertukaran gear yang betul. Ini yang paling mencabar, timing kena betul. Nasib baik aku hanya berlumba dalam game Need For Speed, The Most Wanted je, takdelah nak melanggar penonton kalau terbabas huhuhuh... dan kereta automatik jangan gelenya (gatal) nak try drag racing ni ye, ofkos kau akan ditinggalkan dibelakang.

Updated : 17 cedera, 3 cedera parah.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...