iklan. Jangan klik hahaha...

Instagram

Instagram adalah satu aplikasi Android yang semakin digilai ramai. Berjuta orang sudah memuat turun di Google Play (dulu dikenali Android Market). Maka tidak hairanlah jika aplikasi ini dibeli oleh pihak pengurusan Facebook dengan harga jutaan dolar.


Instagram merupakan aplikasi untuk mengedit gambar menjadi menarik dan nampak seperti kerja seorang yang profesional yang mahir menggunakan perisian untuk mengedit gambar seperti Photoshop dan seangkatan dengannya.


Menariknya sesiapa sahaja yang tidak tahu asas langsung dalam perisian seperti Photoshop. Dalam tempoh beberapa saat akan dapat menghasilkan gambar yang menarik.


Kelebihan Instagram yang lain ialah selepas sesuatu gambar diambil. Gambar yang diedit dalam Instagram terus boleh diupload di Facebook, di Twitter dan beberapa laman sosial yang lain.


Terdapat pelbagai seleksi kesan khas yang dapat dipilih untuk gambar yang diambil. Gambar-gambar yang penulis muat naik diblog dientry sebelum ini adalah contoh foto yang diedit menggunakan Instagram.


Selain aplikasi untuk mengedit gambar. Instagram sendiri adalah seperti satu laman perkongsian sosial yang lain. Seperti Facebook dan Blog. Jadi berhati-hati ketika mengedit sesuatu gambar. Satu dunia akan dapat melihat. Apatah lagi gambar yang agak privasi. Namun,ada pilihan untuk menukar aturan supaya audien dapat dipilih atau tukar sahaja aturan untuk disaksi oleh diri sendiri.


Jadi apa tunggu lagi, pengguna Android telefon bimbit atau tablet sila muat turun sekarang di Google Play sementara masih percuma. Saiz fail 17mb.


Nah, satu lagi foto dapur rumah aku yang diambil dengan kamera telefon bimbit diedit menggunakan Instagram. Cantik tak? kalau tak cantik, korang ambil gambar dapur korang. Sila edit di Instagram, post kat blog korang ye.

Selamat menggunakan Instagram!


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...