iklan. Jangan klik hahaha...

Sebuah Blog Lama Untuk Masa Depan

Blog ni akan jadi lama dalam jangkamasa berpuluh-puluh tahun lagi. Selagi ada internet dan khidmat blogger dari Google ni masih ada.


Kisah-kisah, gambar-gambar dalam blog ni akan jadi kisah silam dimasa depan. Penulis mati, blog ini tetap ujud dialam siber.


Blog ini akan menjadi sumber rujukan dan ingatan kepada penulis. Kepada blogger lain. Kepada sahabat, kepada orang yang berkaitan dan kepada siapa sahaja -mungkin..


Isinya mungkin biasa-biasa sahaja kepada orang lain. Tapi,menjadi luarbiasa kepada penulis dan orang yang berkenaan. Kepada seseorang yang keras hatinya yang selalu menjenguk blog ini.


Betapa masa akan merubah segalanya. Mungkin akan mengukir senyum jika nukilan ini dan isinya dibaca berpuluh tahun akan datang.


Aku yakin dendam tidak wujud lagi bila leka dengan telatah anak-anak dan cucu-cucu. Bila uban memenuhi kepala, bila wajah berkedut seribu. Bila cucu mula bertanya akan kewujudan dan asal usul blog ini.


Blog ini blog biasa, sebuah blog untuk masa depan!


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...