Sekarang bila serba serbi moden, jengah sahaja Facebook. Jika orang yang dirindu ada blog, jengah aje blog tanpa gagal setiap ketika. Penafian dimulut dapat dibuat, penafian dihati, diri dan tuhan sahaja yang tahu. Betapa rindu itu menyiksa diri. Anggap sahaja blog ini seperti bumbung rumah, seperti orang dulu-dulu bila rindu.
Bumbung rumah sudah dicat baru, sudah bertukar headernya, gara-gara tidak tahu kemana dihujung minggu yang serba indah free and easy. Buka sketch up, 3D kan dia. Touch up guna Canvas. Potong guna Snipping Tool.
Tiba-tiba teringat kat awek lama aku yang seorang ni, berpisah cara baik. Dengar khabar dah dapat pasangan yang lagi bagus dan hebat dari aku, seorang doktor. Ada hikmah disebalik perpisahan, kalau masih bersama belum tentu dia bahgia. Aku edit gambar dia jadi tergedik-gedik, walau pun dia bukan perempuan yang gedik hehehe... selalu juga singgah jadi stalker kat blog dia ni senyap-senyap huhuhuhu...
0 comments:
Post a Comment