Aktiviti meneropong planet-planet dan cekerawarala kembali lagi di USM, selalunya di buat dipadang kawad USM. Kali ini, para peminat astronomi berpeluang meyaksikan planet Zuhrah dengan mata sendiri. Seingat aku pada tahun 2010 yang lalu berpeluang menoropong planet Marikh dan kali ini, pastinya tidak akan melepaskan peluang meneropong planet Zuhrah pula.
Planet Zuhrah |
Planet Zuhrah atau dikenali sebagai Venus dalam bahasa inggeris yang bermaksud Dewa Cinta dan Kecantikan. Merupakan planet Kedua terdekat dengan matahari. Saiznya hampir sama dengan bumi, hanya berbeza kurang 650km berbanding bumi.
Pada 6 jun 2012 nanti, Planet ini akan mengorbit matahari, sejajar dengan kedudukan bumi. Matahari, Planet Zuhrah dan Bumi. Maknanya planet ini akan berada ditengah-tengah. Fenomena ini akan dapat disaksikan selama 6 jam bermula terbit matahari pada pukul 7.12 pagi sehingga 1 petang. Dalam jangka masa tersebut planet Zuhrah dan Bumi sama-sama mengorbit matahari sejajar dan sebaris.
Dipadang kawad USM nanti teleskop akan disediakan oleh Kelab Astronomi USM. Teleskop beberepa biji, namun peminat yang ramai akan beratur untuk menyaksikan planet nanti. Semasa beratur hendak meneropong planet Marikh dulu, ada seorang makcik seorang peminat astronomi veteran sedang menggunakan teleskop.
Makcik tu dengan asyik meneropong, namun yang menggelikan hati aku. Dia guna teleskop terbalik, jadi rasanya tidak nampak apa-apa sehingga ada seorang kakitangan membantu. Terdapat buku terkenal sempena nama planet ini bertajuk Men are from Mars, women are from venus.
0 comments:
Post a Comment