iklan. Jangan klik hahaha...

Sunday, 29 July 2012

Korek

Minggu lepas aku balik menyambut Ramadhan. Mulanya antara 50/50 nak balik ke tak ni. Masa bersahur pun masih berkira-kira, nak balik ke tak. Dalam dok berkira-kira tu, dah hampir petang. Pukul 3 lebih, aku ambil beg, ambil selai baju masuk, 2,3helai spendor huhuhuh..

Pukul 3.40 bertolak dari Penang, biasa aku drive ambil masa 5 jam. Bermakna akan sampai pukul 8 malam. Kali ni, aku pecut laju dari biasa. Bila dah laju dari biasa, dan perasaan was-was nak balik tu. Biasanya perkara yang tidak diingini berlaku.

Semasa di dalam Negeri Kedah, aku lupa dekat mana, semasa memotong sebuah kereta. Dengan kelajuan melebihi 100km/s. Tiba-tiba je ada seekor lembu yang besar melintas jalan dengan selamba dan slow motion. Kalau brek mengejut, memang kereta kan hilang kawalan. Nak tak nak, aku tekan laggi minyak supaya mengatasi lembu tu. Lembu tu masih dilorong kanan. Fuhhhhh.. nyaris, sipi-sipi je. Aku berdebar tak ingat, kalau tidak mahu hancur kereta langgar lembu tu.

Tuan lembu pun satu, kot ye pun tambatlah elok-elok lembu tu. Kali kedua pula ialah semasa kat trafik lite, masih kat Kedah. Lampu hijau, kereta berebut-rebut tekan minyak. Aku masih dijalan aku, tiba-tiba je ada sebuah kereta dari susur kiri masuk lorong aku. Hampir bergesel.. fusssss....

Dan kali ketiga semasa memotong sebuah trak pick up, di atas jambatan Tasik Banding, nun dihujung jambatan sana ialah selekoh. Semasa memotong menghampiri penghujung selekoh tu. Ada sebuah kereta dah masuk lorong aku. Aku cuba elak, kereta jadi terhoyong-hayang.

Bawa kereta laju ni tak selamat sebenarnya, tapi sebab nak kejar masa berbuka. Aku cuai seketika. Namun sempat sampai rumah sejurus sebelum waktu berbuka 7.30 camtu :) aku balik buat surprise konon-konon.


Petang esok, aku ajak adik dan abang aku pergi bazar ramadhan di Rantau Panjang cari kuih dan lauk pauk dan cuci mata tengok awek untuk berbuka. Dalam perjalanan tu, banyak tanah merah berterabur atas jalan. Menurut adik aku, ada bijih besi dijumpai dalam kebun getah penduduk kampung. Kesan tanah tu yang melekat kat tayar lori yang angkut tanah-tanah tersebut. Rezeki mereka.

Ini petikan berita berkenaan penemuan tersebut.


Bukit dibelakang aku ni ada bijih besi tu, Bukit Kwong namanya, aku pernah daki 16 tahun dulu :)




RANTAU PANJANG: Penemuan bijih besi di Kampung Gual Dalam, Bukit Kwong kira-kira 13 km dari sini menjadi sumber rezeki baru kepada penduduk tempatan.

Tidak pernah terfikir dan tiada dalam pengetahuan mereka tanah kebun di kawasan tersebut mempunyai sumber galian yang bernilai tinggi.

Penemuan bijih besi juga menyebabkan harga tanah di kawasan tersebut meningkat kepada lebih RM100,000 seekar.

Galian itu ditemui pada 2010 di bahagian selatan Bukit Kwong. Di situ terdapat hampir 80 ekar tanah milik penduduk disahkan mengandungi  bijih besi.

Di bahagian hilir pula baru ditemui galian tersebut kira-kira  lapan bulan lalu. Kawasan terbabit seluas kira-kira 70 ekar.

Penolong Pengurus sebuah syarikat  perlombongan, Halim Deraman berkata, tanah yang mengandungi bijih besi sebahagian besar dimiliki penduduk, di mana ada memiliki geran hak milik.

Katanya, tanah tersebut ditanam dengan  getah dan lain-lain tanaman.

“Pemilik tanah sebelum ini memang tidak tahu tanah mereka mengandungi bijih besi yang sangat berharga. Hanya setelah bijih besi ditemui barulah mereka tahu tanah mengandungi logam besi.

“Hasil penemuan tersebut menyebabkan ada syarikat sanggup  membayar tanah dengan harga RM120,000 seekar,” ujar Halim ketika tinjauan Harakahdaily bersama Adun Gual Periok, Mohamad Awang di lokasi perlombongan baru-baru ini.

Antara syarikat yang menjalankan aktiviti perlombongan di kawasan tersebut termasuk Perfect Mining Sdn Bhd.

Halim berkata, bijih besi yang dilombong sekitar 4,000 ke 5,000 tan sehari.

Tanah-tanah yang mengandungi bijih besi disodok mengggunakan jentera dan dibawa ke pelabuhan Tok Bali sebelum dieksport ke China.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, kerajaan negeri memberitahu bijih besi seberat 40,000 tan seminggu dihantar ke China.


Sumber : klik sini 


Ps: Tajuk entry korek merujuk aktiviti korek bijih besi tu :)





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...