iklan. Jangan klik hahaha...

Muka Kesian

Muka Kesian


Pernah tak kita lihat seseorang dan air muka dia tu kesian. Kita kesian bila melihatnya. Aku rasa kesian kat seseorang yang ada air muka kesian. Tak tau apa yang dia rasa macam mana. Mungkin dia okey,okey sahaja, kita je yang rasa kesian. Kuatkan semangat jangan rasa kesian sangat. Bila rasa kesian, rasa bersalah dan berdosa pula kalau-kalau tak dapat menghilangkan air muka kesian seseorang tu. Mungkin natural air muka dia begitu.


Jika dia pun tak rasa kesian pada dirinya. Buat apa membazir perasaan kesian padanya. Kesian atau ejaan sebenarnya kasihan berasal dari perkataan kasih. Kasih seerti dengan cinta. Arrggg...rupanya dalam hati aku ada cinta sesama manusia. Perasaan kesian tu, perasaan positif juga. Biarlah ada perasaan kesian ini bercambah dalam hati agar aku sesekali tidak meninggi diri.


Kesian pada makcik tua yang nampak kesunyian. Kesian pada pekerja bangla yang penat dan kepanasan. Kesian kepada pekerja kilang yang bekerja shift 12jam. Kesian pada bekas buah hati. Jika dia membawa tulisan ini. Kesian pada adik perempuan aku yang baru putus cinta, pakwenya kahwin gadis lain. Kesian pada ayah aku yang dilanggar kereta yang dipandu budak perempuan baru belajar ketika pulang solat jumaat 3 hari lepas. Ayah tidak cedera teruk, sedikit luka dan kepala berjahit.


ps: Kesian pada diri sendiri adalah lebih baik dari kesian pada orang yang menyakiti hati kita.


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...