iklan. Jangan klik hahaha...

Friday, 10 August 2012

Siapa johari Pain?

Malam sebelum kemenangan Pandalela dalam acara terjun 10m di sukan Olimpik tak sewenang-wenang seorang pemilik akaun yang bernama Johari Pain telah post satu status diwall Facebooknya berbunyi :
"Gua berani kerat kote laa klau pandalela menang pingat mlam ni nih.." yang maksud dalam Bahasa Melayu bakunya ialah "Saya berani memotong zakar saya kalau Pandalela menang pingat pada malam ini"




Malangnya, malang bagi Johari Pain, bertuah pada Pandalela dan Rakyat Malaysia, Pandalela berjaya memenangi pingat gangsa. Maka, Johari Pain yang mencabar untuk mengerat zakarnya terpaksa menunaikan janjinya. "Janji Dikerati' untuk mengerat alat sulitnya.

Ramai orang marah dengan kenyataan yang dibuat Johari Pain yang seakan-akan memperlecehkan kemampuan atlet Malaysia. Berikutan dengan itu Johari Pain menjadi trending di laman tweeter dengan hashtag #janji dikerati. Fanpage dijuga diwujudkan bagi menuntut Johari Pain menunaikan Janjinya antaranya seperti senarai dibawah.

Johari pain Cpat Kerat Kote Pandalela bawa Blik Pingat.
Kami nak Johari PAIN tunai janji
Kami Tuntut Johari Pain Tunai Janji.
Kami semua nak johari pain potong anu
Kami Anti Johari Pain Kerana Menghina Atlet Malaysia

Khabarnya akaun Facebook johari Pain sudah tidak aktif. Rasanya tidak tahan dengan tekanan yang diberikan. Sebab mulut, kote binasa. Lain kali kena berhati-hati bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, lebih-lebih lagi pada sesuatu yang penting dan menjadi tumpuan ramai.


Kesian pada Johari Pain, mungkin niatnya sekadar hendak bergurau tapi gurauannya tidak kena tempat dan masa. Atau mungkin juga akaun Johari Pain ini sengaja dibuat oleh seseorang, statusnya juga ditulis oleh seseorang dengan niat tertentu. Manusia ada berbagai kerenah dan cara yang bermacam untuk mendapat perhatiaan.

Buat satu akaun palsu, tulis benda merapu. Sebarkan dan beritahu konon-konon ada seseorang ini membuat sesuatu, jadi perhatian ramai, dapat berbagai komen. Dan BOOOOOMMMM!!!!!! matlamat tercapai.. Apa yang dia untung? takde kot, tapi apa yang dia nak kira tercapailah. Membuat satu trending di Facebook dan Tweeter.

Kita sebagai manusia yang diberi akal tidak perlu cepat percaya dengan sesuatu perkara. Ada betul ada yang tidak, dunia tanpa sempadan dan maklumat dihujung jari ni, dengan mudah kita dapat bermacam-macam maklumat yang tidak ada kesahihannya. Buka minda untuk meneliti setiap butir perkara.



4 comments:

Noor said...

sapa la agknya yg xbrapa cerdik mengeluarkan kenyataan mcm tu..eeii..

adaberada said...

Johari Pain laa hahaha...

Mr.Razif said...

tengah kecoh skang kat fb si johari nie..haha

VyNerSOFT said...

nah . sudah difollow balik :)

Sudi2 kunjugi blog buruk saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...