iklan. Jangan klik hahaha...

Gopinath Jayaratnam Menghina Islam ?

Siapakah Gopinath Jayaratnam ? Pemuda ini dikatakan memaki agama Islam di Facebook miliknya. Ramai orang sudah share dan menyebarkan berkenaan pemuda india ini di Facebook masing-masing. Ada yang memaki dan mengutuk, ada juga yang memberi nasihat. Ada yang memaafkan dia.





Kalau betul seperti apa yang didakwa yang pemuda ini menulis di wall Facebooknya berunsur provokatif terhadap agama Islam. Siasatan yang adil hendaklah dijalankan oleh pihak berkuasa. Ramai orang yang tidak tahu pangkal hujung akan percaya dengan apa yang diterima, dibaca, dishare diinternet begitu sahaja. Tanpa research yang mendalam, tanpa bukti, tanpa mengkaji kesahihan cerita dari sumber yang dipercayai atau tidak.

Jika benar berlaku seperti yang dikata. Gopinat A/L Jayaratnam mesti meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dengan kenyataan beliau. Malah kepada seluruh umat Islam seluruh dunia. Pemuda ini juga mendakwa akaun Facebooknya telah di hack dan kenyataan yang dibuat bukan darinya, Sejauh mana kebenarannya. Pemuda ini juga sudah meminta maaf.

Dan jika dialah yang orang yang bertanggungjwab membuat kenyataan menghina Islam itu. dia sudah dapat pengajaran. Pasti akan datang dia akan lebih berhati-hati, dan jika tidak suka dan benci kepada agama Islam cukuplah dalam hati.

di zaman nabi Muhammad S.A.W dulu, orang yang menghina agama Islam dan menghina baginda sendiri. Baginda tidak membalas dengan kekerasan atau makian. Baginda tunjukkan sifat terpuji dan baik sebagai seorang muslim, tidak membalas melainkan dengan kebaikan. Cara ini, terkesan dihati orang-orang kafir sehingga ada yang memeluk Islam. Kisah-kisah penghinaan orang bukan Islam kepada Islam boleh di google, membaca kitab-kitab atau bertanya kepada alim ulama.

Tapi, bagaimana cara kita? ada yang sanggup membunuh pemuda ini? ada yang memaki seperti bukan orang muslim, seperti tiada iman. Penuh emosi. Mempertahankan agama betul dan tidak salah, tapi ada caranya. Cara yang betul yang diredhai Allah dan seperti nabi Muhammad buat.

Gopinat A/L Jayaratnam ialah pemuda India, orang kafir. Tidak tahu tentang Islam. Memang kena dia benci dan tidak suka Islam kerana dia tidak tahu. Tugas kita sebagai orang Islam memberi pencerahan kepada pemuda ini. Kalau pun tidak dapat menarik dia masuk Islam, cukup dia memahami Islam, agama suci yang penuh harmoni dan sukakan kedamaian dan keamanan.

Kita sebagai muslim dan orang Islam, yang tahu tentang Islam. Yang dilahirkan dalam Islam. Berketurunan Islam adakah kita tidak pernah menghina Islam? Betul !, kita tidak pernah menghina Islam dengan kata-kata dan tulisan. Tapi, kita menghina Islam dengan cara dan perbuatan kita. Cuba kaji berapa ramai bayi yang dibuang oleh orang Islam, oleh remaja Islam. Itu bukan menghina agama Islam?

Cuba tanya berapa ramai remaja Islam yang berkapel melakukan zina, adegan ringan-ringan dengan pasangan. Itu bukan menghina Islam? Cuba tanya berapa ramai perempuan-perempuan yang tidak memakai tudung, yang dia sendiri tahu benda itu adalah haram dan akan dibakar di neraka. Itu tidak menghina Islam? Cuba tanya berapa orang yang tidak melakukan solat dan puasa. Itu tidak menghina Islam?

Tepuk dada tanya iman, kalau cara kita pun menghina Islam. Jangan cuba berlagak jadi hero mendabik dada mempertahankan Islam. Pertahankan islam dan iman dari dalam diri dahulu, bila umat Islam elok dan baik budi pekerti, baik cara dalam serba serbi. Insyaallah, tiada yang berani mencaci dan mengkeji Islam lagi, malah mungkin orang bukan Islam yang memandang ketinggian pekerti kita akan tertarik dan masuk Islam.

Semoga agama Islam kekal terpelihara suci dari musuh Islam, umat Islam makin maju. Semoga kita dibawah lindungan Allah sentiasa dari godaan syaitan dan nafsu dan dijauhkan dari api neraka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...