iklan. Jangan klik hahaha...

Friday, 14 September 2012

Secawan Kopi Di Starbuck

Cappucino


Aku di Starbuck pekena Cappucino, kopinya agak mahal. Lepak bagai ahli perniagaan besar. Kiri kanan orang macam ahli korporat. Orang melayu tetapi sembang dalam bahasa Inggeris.

Peminat kopi tegar dan suka suasana kedai kopi barat akan suka lepak disini. Tidak kisah jika secawan kopi sama harganya dengan 5kg beras.

Starbuck ada wifi percuma boleh berinternet dikomputer tablet ipad atau Galaxy Tab. Buka FB macam tengok saham forex kononnya.

Bagi pelepak yang gajinya sejemput. Elok kiranya duit secawan kopi dibelanjakan pada benda-benda lebih berfaedah. Bawang putih bawang merah didapur, pampers anak-anak,tuala wanita isteri. Colgate,sabun di bilik mandi. Itu lebih penting.

Membazir bukan hanya diertikan dengan membuang makanan yang tidak habis dimakan. Membeli barangan yang tidak setimpal juga membazir.

Kini, di Tanah Suci Mekah. Sudah ada kedai-kedai Starbuck. Sudah ada kedai-kedai barat. Taraf hidup sudah jadi tinggi. Belanja ke sana juga sudah tinggi. Tidak macam dulu lagi. Bukan sebab kedai Starbuck, bukan. Tapi sebab budaya prestij dan mewah yang dibawa. Walaupun kita disana, kaya atau miskin tarafnya sama. Memakai sehelai kain.

Peminum kopi di Starbuck atau di gerai Pak Ali, tarafnya nampak berbeza. Tapi taraf seseorang sebenarnya ditentukan dengan sikapnya. Sikapnya pada manusia lain.

Jika seorang boss, walau tarafnya tinggi. Sikap pada orang bawahan tidak pernah adil. Dia takkan dihormati, malah dibenci.

Sebelum berlalu pergi,
Setelah bateri ipad mati,
Sebelum kawan aku angkat kaki,
Aku hulurkan tip pada gadis pembawa kopi.
Gadis itu memandang aku sejak tadi,
Orangnya manis cantik sekali.
 
 
Ps : kopi semanis orangnya

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...