iklan. Jangan klik hahaha...

Sunday, 2 September 2012

Batu

Petang, 30 Ogos 1981.

Budin mundar-mandir didepan kedai emas, dideratan kedai-kedai di pekan Tanah Merah, Kelantan. Sejak pagi tadi lagi dia begitu. Sesekali menjenguk ke dalam kedai. Masih ramai pelanggan.
"Ishh.. Sampai bilalah pelanggan nak habis ni,"? Bentaknya dalam hati.






Tauke kedai emas yang sibuk melayan pelanggan tidak senang hati dengan perlakuan seorang lelaki yang dari tadi kelihatan

didepan kedainya. Bukan bersangka buruk, kedai emasnya tidak pernah dirompak atau dikebas walau sebentuk cincin. Orang Kelantan baik-baik belaka. Rezeki tahun ni bertambah, sejak awal Ramadhan lagi kedainya sentiasa dipenuhi orang.

Tapi, kelibat Budin yang agak luar biasa dari biasa, mengundang resah dihatinya. Ditambah dengan pakaian Budin yang lusuh, kotor dan tidak terurus. Kulit gelap dibakar mentari, rambut kusut masai.

Setelah, tiada pelanggan dalam kedai emas Tauke Chong. Dia memberanikan diri masuk. Mengeluarkan sesuatu dari kocek baju petak-petak lusuhnya. Satu bungkusan kain buruk.

Bungkusan dibuka, diberi pada Tauke Chong yang sedia melayan pelanggan. Resah hati Tauke Chong hilang, prasangka pada Budin sejak tadi hilang.

"Tauke, saya mahu jual ini batu,"

Batu kecil sebesar duit 5 sen bertukar tangan. Tauke Chong membelek-belek penuh minat. Sesekali dahinya berkerut. Banyak kali dia memeriksa batu kecil berwarna merah itu dengan teropong khas.

"Saya boleh angkat 2000 ringgit," Tiba-tiba Tauke Chong bersuara. Budin terkejut besar. Terkejut mendengar harga batu kecil yang dijumpai ketika menjala ikan disungai tempoh hari besar harganya.

"Apa 2000 ringgit Tauke?,"
"Ok lah, 2500 ringgit,"
"Haa.. 2500 ringgit?,"

Budin terkejut dan hampir mahu pitam. Matanya mula gelap, matanya mula kelabu dengan duit sebanyak itu. Duit yang dia tidak pernah pegang sebanyak itu. Budin seakan tidak percaya harga batu yang tersangkut dijalanya bersama ikan-ikan puyu, bersama ikan-ikan sepat, bersama anak-anak udang harganya begitu mahal.

"Ok lah, harga terakhir saya boleh letak 3500 ringgit. Macam mana, encik setuju?,"
"Err.. Ok,ok tauke,"

Tauke membayar harga yang ditawarkan. Batu kecil yang tidak berharga dimata Budin tidak disangka sudah bertukar menjadi beribu-ribu duit. Fikirannya melayang-layang dan berangan-angan, macam-macam boleh dibuat dengan duit sebanyak itu.

Tauke mengira duit dengan berhati-hati, bila yakin cukup, tidak lebih tidak kurang. Dihulurkan duit itu pada Budin. Tanpa dikira, Budin terus memasukkan duit kedalam kocek seluarnya. Dari luar, digenggam duit itu.

"Terima kasih, Tauke,"
 "Err Encik,kalau ada lagi bawa ke kedai saya ye,"

Budin senyum, keluar dan berlalu pergi. Nasib keluarganya akan berubah dengan batu yang ditemui disungai, belakang rumahnya. Tak perlu dia mengambil upah menebas kebun orang kampung lagi.

Dia juga bertekad ingin mengambil dan menebus semula tanah yang dipajakkan pada orang luar oleh arwah ayahnya.

Dan masih ada seketul lagi batu yang sama sebesar buah kelapa dibawah katilnya. Yang dibawa cuma serpihannya. Esok hari Merdeka yang istimewa buat Budin, tanahnya akan menjadi miliknya semula.

Selamat Menyambut Kemerdekaan.


ps : post ini sepatutnya dipublish pada 30 Ogos 2012, tapi terlewat dari tarikh asal :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...