iklan. Jangan klik hahaha...

Monday, 3 September 2012

Daerah Penuh Setia

09.05 am, 1 September 2001.

Pagi tu, Budin terlambat ke terminal bas. Tiket yang dibeli jadual geraknya tepat pukul 9 pagi. Sekarang pukul 9.05 minit. Laju dia berlari memikul beg dan mencari bas ekspres.

Ada, masih ada dan belum pergi lagi. Nasib baik bas itu tidak seEkspres namanya. Tersengih dan menghulur tiket pada pembantu drebar.

"Kamu bernasib, kami masih menunggu kamu, kalau ikut jadual
sudah lama kami tinggalkan kamu."
"Maafkan saya bang."

Melilau mencari tempat duduk, ada satu kerusi kosong dibahagian belakang. Sebelahnya ada gadis comel sedang sibuk bermain dengan telefon bimbit.

Budin duduk melepaskan penat berlari tadi. Bas mula bergerak keluar dari terminal. Dikeluarkan gula-gula mentos dari beg galas yang diletak diatas pahanya. Balutan dibuka, sebiji mentos dimasukkan kedalam mulut.

Mentos itulah sarapannya, tadi Budin bangun agak kesiangan. Selepas solat subuh baru Budin tidur setelah rancak berborak dengan rakan-rakan.

"Awak nak mentos tak? Nah," Budin memberanikan diri memberi gula-gula mentol pada si gadis disebelah.

"Err..terima kasih, saya tak makan mentos," Gadis itu menolak baik. Mungkin fikir gadis itu, agak-agaklah kau nak mengorat, kau bagi aku mentos. Kenal batang hidung pun tidak.

Tidak tahu nak sembang dan bertanya apa dengan si gadis. Budin mengeluarkan telefon bimbit dan menulis lalu menghantar pesanan ringkas pada kekasih hati.
"Ayg, abg dah atas bas, onDaWay balik :) "
"Moga selamat sampai abg, ayg cintakan abg, walau apa pun berlaku," Balas kekasih hati Budin. Ayat tipikal perempuan melayu yang bercinta.

Budin lelapkan mata, gadis disebelah pun sama. Lena dibuai perjalanan yang panjang. Dalam pukul 3 atau 4 petang sampai bas itu di Kelantan.

Budin balik untuk bertunang dengan kekasih hati. Hari ini hari sabtu, esok ahad hari pertunangan. Bakal tunang balik awal untuk menyiapkan majlis pertunangan. Mereka satu kampus, satu pengajian, satu universiti. Keluarga sebelah pihak bersetuju untuk mengikat tali pertunangan pada esok hari.

Tiba-tiba, Budin terkejut dari lamunan dan mimpi bahgia. Ada jeritan kuat para penumpang dan bas terhuyung hayang. Melantun ke kiri dan ke kanan. Bas seperti hilang kawalan. Kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa agak berbahaya laluannya.
 
 
Lalu, bas yang hilang kawalan terbabas. Melanggar semak dan terjunam ke gaung yang dalam. Pokok-pokok tidak mampu menahan bas dari terus jatuh. Semua orang menunggu saat ajal.


Gongcangan yang kuat dari perut bas, membuatkan ramai penumpang melantun keluar melalui tingkap yang pecah. Budin turun sama tercampak keluar.

Bas terus jatuh dan jatuh lenyap dari pandangan. Jatuh dibawah gaung yang berhutan pekat tebal.

Nyawa Budin masih panjang, dengan sisa tenaga yang ada. Budin sempat berpaut pada akar-akar kayu ditebing gaung yang dalam dan membunuh itu. Lama dia disitu, tanpa ada daya untuk berganjak dan bergerak. Kudratnya hilang, terkejut dan tidak percaya dengan apa yang baru berlaku.

Dan tidak sewenang-wenang antara sedar dan hampir pengsan. Budin melihat 2,3 orang manusia datang menghampirinya. Tangannya ditarik, badannya diangkat. Kumpulan manusia itu, mengusung Budin kebawah gaung melalui denai-denai curam yang susah dilalui.

Dibawah gaung itu seakan ada satu perkampungan. Sekitarnya bersih. Ada 2,3 buah rumah berdekatan. Budin diusung ke dalam salah salah rumah itu.
 
 
 
 
 


Budin dirawat dan dijaga oleh penghuni rumah itu. Ada beberapa orang yang datang melawatnya. Orang-orang yang dia lihat ini seperti masyarakat kampung melayu tidak seperti orang asli.

Budin meraba-raba kocek seluarnya. Dia ingin menghubungi keluarga dengan telefon bimbitnya. Malang, kuasa baterinya sudah habis. Kampung itu tiada bekalan elektrik. Apatah lagi ingin meminjam pengecas telefon.

Sehari dikampung itu, Budin rasa sudah pulih. Dia ingin mengetahui nasib penumpang bas, dia ingin memberi khabar pada keluarga dan kekasih hati. Mereka pasti bimbang dengan nasib budin.

Hari kedua, budin dibawa ke tempat bas yang jatuh terjunam. Pelik, bangkai bas itu sudah berkarat dan ditumbuhi semak samun dan pokok yang menjalar. Tak mungkin dia silap bas. Tak mungkin.

Bila ditanya kemana penumpang yang lain. Seorang pakcik memberitahu Budin, mereka ditanam dikubur besar dibawah pokok kemboja besar tidak jauh dari bangkai bas.

"Pakcik, saya mahu pulang. Tunjukkan saya jalan keluar,"
"Boleh nak, esok selepas subuh, pakcik tunjuk jalan keluar"

Subuh hari ke3, Budin ditunjuk jalan keluar seperti yang diminta. Budin cuma mengikuti langkah pakcik tua dari belakang. Kiri kanan masih gelap. Sampai dipenghujung denai. Budin ternampak jalan tar, jalan kampung. Bila ingin ucapkan terima kasih, orang tua itu hilang dalam kepekatan subuh hutan.

Dia berjalan seketika menuju kearah remang-remang cahaya. Nampak macam lampu dari rumah penduduk kampung.

Ada cahaya makin mendekat. Cahaya dari lampu motorsikal. Budin cuba menahan, namun pemandu motor memecut laju ketakutan seperti melihat hantu.
 
Kecewa, Budin terus berjalan menuju ke arah Kampung. Sampai disebuah masjid. Jemaah yang masih ada kaget, hairan melihat Budin. Pakaian yang dipakai koyak rabak dan lusuh.

Dihospital Kota Bharu, Budin dirawat lagi. Baru 3 hari lepas dia dirawat dirumah pakcik tua diperkampungan bawah gaung.

Ramai sanak saudara datang melihat dan melawat. Budin hidup kembali! Itu kata orang.

Menurut ayahnya, sudah tiga tahun sejak kemalangan menimpa bas yang dinaiki Budin. Baru semalam Budin muncul disebuah masjid, dikampung didaerah Grik. Sudah 3 tahun keluarga, sahabat menganggap Budin sudah mati.

Berita penemuan dan kemunculan Budin tersebar ke seluruh negeri dan sampai ke telinga Kekasih hati Budin. Ditemui Budin dihospital.

"Maafkan Ayg abg, ayg ingat Abg dah tiada, ayg menunggu dan menanti abg"

Cinta Budin, Cinta mati dan tiada galang ganti. Dalam 3 hari dia dikampung itu, kekasih hati Budin sudah berubah hati. Sudah kahwin dengan lelaki lain.

Tahun ini 2012, berbeza tahun tarikh yang sama. Waktu dan hari yang sama yang menimpa Budin. Cincin yang dibeli untuk pertunangan masih disimpan.

Cintanya dipisah oleh masa. 3 hari yang panjang. Kampung itu tidak pernah ditemui. Kawasan kemalangan itu sudah diletak tanda amaran. Jalur kuning juga ditambah.

Cinta itu penuh misteri, yakinlah ia akan ditemui. Dan gadis mentos itu juga masih hidup hingga kini. Gadis yang menolak mentos, mungkin tidak menolak cinta Budin.
 
Dan jika kekasih Budin mempersoalkan kesetiaan cintanya. Kesetiaan hatinya, pergi mati dengan rasa itu. Cinta Budin cinta mati!

Cinta Budin bukan untuk orang yang mudah melatah, cinta matang Budin juga untuk orang sesematang rasa cinta Budin.

Jangan persoalkan cinta Budin, jika kau tidak pernah jejak daerah misteri 3 hari penuh panjang itu.

Kampung itu penuh dengan cinta. Cinta pada manusia juga cinta pada yang Esa.

Berkunjung ke daerah Setia, kau takkan curang sampai bila-bila.
 
 
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...