Budaya menyalahkan orang lain tak pernah hilang seperti lagu klasik kanak-kanak.
---------------------------------
Bangau oh Bangau
kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus,
ikan tidak timbul.
Ikan oh Ikan
Kenapa tidak timbul?
Macam mana mahu timbul,
Rumput panjang sangat,
Rumput oh Rumput,
Mengapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang,
Lembu tak makan aku..
Dan seterusnya...
Sampai kepada ular yang kata,
Memang makanan aku,
Memang makanan aku.
Dan ular pun tidak boleh disalahkan sebab memang katak tu makanan dia.
Diakhirnya, akan ada puncanya. Punca segala permasalahan. Untuk sampai ke punca itu, masing-masing menyalahkan orang lain.
Walaupun jika diteliti, ular dan bangau tiada kaitan secara langsung. Cuma ada sebab dan akibat.
Setiap orang dalam dirinya ada falsafah yang dipegang. Dibentuk dari kecil dan persekitaran. Falsafah yang kita tidak kita sedari.
Falsafah diri yang dianggap betul oleh diri sendiri yang sebenarnya tidak betul jika dipraktikkan keatas orang lain. Akan mengakibatkan kesan yang tidak baik keatas orang lain.
Ada yang berfalsafah, "jika aku dah benci, aku akan benci selamanya" atau yang positif "Jika orang lain boleh, aku pun boleh" atau "pendapat aku sahaja betul dan orang lain salah".
Falsafah ini akan mencorak cara berfikir dan membentuk cara bertindak. Namun, falsafah yang betul adalah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah melalui ajaran Nabi.
Apa falsafah hidup anda?
iklan. Jangan klik hahaha...
Budaya Menyalahkan Orang Lain Dan Falsafah Hidup
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment