iklan. Jangan klik hahaha...

Zakar Suami Jadi Kuat Dan Nafsu bertambah Setelah Mengambil Pil Perangsang Seks

Oleh :

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR

7 Oktober 2012


“Gagah, besar, tahan lama dan

perkasa,”. Ia bukan iklan bangunan

pencakar langit, projek jutaan ringgit,

sebaliknya kata-kata tarikan iklan ubat

atau produk perangsang tenaga batin

itu menjadikan seorang suami lupa

diri.

Demikian pengakuan seorang isteri,

Hamidah (bukan nama sebenar), 28,

dari Rompin, selepas suaminya mula

ketagih mengambil pil perangsang

seks sejak lebih dua tahun lalu

semata-mata inginkan kepuasan

dalam perhubungan kelamin.

Hamidah yang mempunyai tiga orang

anak berkata, sejak suaminya

menggunakan pil perangsang itu, dia

terpaksa melayan kehendak suami

tanpa mengira masa walaupun ketika

datang bulan.

“Masalah saya adalah suami sangat

kuat nafsu sejak dia mengambil pil

perangsang seks. Dia mahukan seks

setiap hari termasuk sewaktu saya

didatangi haid,” katanya kepada Sinar

Harian.

Hamidah yang baru melahirkan anak

bongsu enam bulan lalu berkata,

keinginan suami semakin membuak-

buak semasa dia dalam tempoh

berpantang.

“Saya juga dipaksa melayaninya

selepas 15 hari melahirkan anak

meskipun kesan sakit semasa

melahirkan bayi masih terasa pada

ketika itu,” katanya.

Hamidah berkata, jika tidak dilayan

nafsu suaminya itu, lelaki yang sudah

hidup dengannya sejak lima tahun

lalu itu boleh bertukar perangai serta

merta.

“Kalau keinginannya tak dipenuhi,

saya pula tak tahan mendengar

leterannya, malah dia akan bersikap

kasar terhadap saya,” katanya.

Layan tanpa kira waktu

Menurut Hamidah, sedang sibuk dia

membuat kuih raya pada Ramadan

lalu, suaminya datang tiba-tiba lalu

meminta Hamidah masuk ke bilik

tidur kerana sudah kemaruk nafsu.

“Kadang-kadang saya terpaksa

meninggalkan kerja lain semata-mata

ingin penuhi permintaan suami.

Malah, katanya, lebih teruk suami

memaksa anak-anak supaya tidur

awal hingga menyebabkan kerja

sekolah anak tidak dapat disiapkan.

“Hidup saya dalam keadaan tertekan.

Anak-anak pula menjadi mangsa

apabila dipaksa tidur seawal jam 9

malam akibat sikap jelik si bapa,”

katanya.

Katanya, akibat sikap suaminya itu, dia

pernah terfikir untuk bercerai, namun

hatinya kuat untuk tidak melepaskan

si suami.

“Mana tahan kalau hidup macam ini.

Saya fikir sebab ada anak-anak sahaja

saya kuatkan hati. Kalau bukan kerana

anak, sudah lama saya tinggalkan

suami.

“Bagi saya tujuan perkahwinan

bukanlah seks semata-mata,

sebaliknya banyak perkara yang perlu

diberi keutamaan terlebih dahulu,”

katanya.

Katanya, suaminya itu dahulu tidaklah

kerap melakukan hubungan intim,

sehinggakan seorang rakannya

memberinya pil perangsang seks.

“Malah dia juga selalunya tewas di

ranjang. Mungkin faktor malu

menyebabkan dia terpaksa

menguatkan tenaga batin untuk

mencapai kepuasan,” katanya.

Pernah berbincang

Hamidah berkata, dia juga pernah

berbincang dengan suami berhubung

hal itu, namun suami mengakui sukar

untuk membuang tabiat tersebut.

“Suami mengakui kesan ubat itu

sungguh kuat hingga menyebabkan

dia ketagihan untuk mengambilnya

setiap hari.

“Dia meminta saya memberinya

sedikit masa untuk dia mengurangkan

ketagihan agar dia dapat menjalani

kehidupan normal seperti dahulu,”

akui wanita itu lagi.

Seorang lagi wanita yang hanya mahu

dikenali sebagai Rahmah (bukan

nama sebenar), 32, berkata, penangan

ubat kuat itu menyebabkan suaminya

bercita-cita mahu berpoligami.

Rahmah berkata, suaminya yang

dahulu baik dan amat menyayanginya

sudah berubah sikap kerana

mempunyai ‘kekasih gelap’.

Katanya, hancur hatinya apabila

mengetahui suaminya itu curang

dalam diam, malah terkejut apabila

suami sanggup bermadu kasih

menerusi sistem pesanan ringkas

(SMS) di telefon bimbit lelaki itu.

“Hancur hati saya apabila mengetahui

suami sudah pandai bermain kayu

tiga. Sangkakan saya panas sampai ke

petang rupanya hujan di tengahari,”

katanya.

Katanya, dia mengesyaki suaminya

curang selepas lelaki itu

menggunakan ubat perangsang seks

sejak enam bulan lalu.

“Saya hairan kerana setiap kali suami

pulang ke rumah, dia terus

mendapatkan saya untuk melakukan

hubungan seks.

“Nafsu suami lebih kuat berbanding

sebelum ini dan saya mula curiga

dengan sikapnya itu,” katanya.

Bagaimanapun, ibarat kata-kata

pepatah ‘sepandai-pandai tupai

melompat akhirnya jatuh ke tanah jua’

dia terkejut apabila menemui pil

perangsang ketika mahu membasuh

seluar suami.

“Selepas kami melakukan hubungan

seks pada malam itu, saya bertanya

suami tentang pil perangsang di

dalam seluarnya. Setelah berdolak

dalik, akhirnya suami mengakui

mengambil ubat tersebut,” katanya.

Sejak itu, katanya, sikap suami mula

berubah dan pernah mengakui ingin

berkahwin dengan wanita lain.

“Hanya linangan air mata sahaja yang

dapat saya zahirkan ketika lafaz itu

diucapkan suami kepada saya. Tak

sangka, suami sanggup berpoligami

semata-mata inginkan seks,” katanya.

“Suami juga sanggup melukakan hati

saya dengan berterus terang inginkan

wanita yang lebih muda daripada

saya untuk memenuhi kehendak

batinnya,” ujar ibu kepada dua orang

cahaya mata itu.


Ps: Lelaki akan terdaya melakukan hubungan seks selagi zakarnya keras. Walaupun sudah berumur dan tua, selagi zakarnya mampu tegak dan mampu menusuk faraj isteri selagi itu dia mampu melakukan hubungan seks. Kisah dalam akhbar sinar harian ini adalah kisah klasik lelaki lembik yang menjadi "Hulk" dan menyalahgunakan "kuasa". Perkahwinan bukan untuk seks semata-mata walaupun berkahwin adalah untuk menghalakan hubungan seks.


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...