iklan. Jangan klik hahaha...

Tuesday, 16 October 2012

Fanpage Facebook I <3 Kelantan Melawan Encik Shafie Rosli

Beberapa hari ini panas, (panas dalam fanpage I (logo hati hitam) Kelantan ) bila Admin Fanpage ini. Memuat turun printscreen seorang lelaki bernama Shafie Rosli. Siapa Shafie Rosli ini? mengapa beliau begitu anti Kelantan dan rakyat Kelantan?

Kena pula dengan Admin I Love Kelantan yang seperti membesar-besarkan isu ini. Jadi begitu berdosa dan bersalah sekali Si Shafie Rosli ini.

Si Shafie Rosli pula tidak sedar yang segala komen di Facebook, diblog atau dimana-mana sahaja asalkan berada disekitar internet. Jika tidak diprivasi komen itu untuk diri sendiri atau untuk kawan-kawan. Maka, komen itu akan dibaca oleh banyak mata.

Jika komen berbentuk kutukan kepada rakyat Kelantan. Si Shafie Rosli ada kawan orang Kelantan atau ada kawan kepada orang Kelantan. Nah, printscreen akan berlaku. Bukti sudah jelas, hendak menafikan pun sudah tidak berguna. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

Untuk makluman, fanpage I love Kelantan punya ramai Liker. Terdiri semestinya dari rakyat Kelantan diseluruh pelosok Malaysia.

Asalnya fanpage ini dibangunkan untuk mengubat kerinduan rakyat Kelantan yang berkelana diluar Kelantan. Dimuatnaik gambar-gambar makanan Kelantan seperti budu, ikan rebus, petai jering, tempat-tempat menarik. Dan nukilan-nukilan sastera Pok Dogol yang menggamit memori dan menaikkan semangat KeKelantangan.

Sekarang, dengan timbul isu si Shafie Rosli yang pemikiran agak cetek bila mengeluarkan kenyataan berkenaan Kelantan.

Fanpage ini menjadi whistle blower untuk menaikkan semangat rakyat Kelantan untuk bangkit menentang seorang manusia yang bernama Shafie Rosli. Manusia yang dijatuhkan hukuman berat kerana mengutuk Kelantan.

Maka, berduyun-duyun Liker yang terdiri dari seluruh rakyat Kelantan di Seluruh Malaysia melancarkan perang pada Si Shafie Rosli. Bermacam kutukan, berbagai cemuhan, beraneka makian kena pada batang hidung Si Shafie Rosli ini.

Si Shafie Rosli bila mendapat tahu komennya jadi isu diFanpage I Love Kelantan. Terus 'like' fanpage I Love Kelantan yang komennya cukup menyampah pada rakyat dan Negeri Kelantan. Benci sudah jadi Suka.

Beliau dengan ayat merendah diri, meminta maaf di Fanpage tersebut. Manusia ini tidaklah ego seperti Yahudi atau Israel. Manusia Islam yang sembahyang mengadap kiblat dan bertuhankan Allah ini, seperti juga rakyat Kelantan yang lain.

Namun, admin fanpage ini tidak berpuashati. Dimuatturun lagi, versi penuh kutukan Shafie Rosli pada rakyat Kelantan. Minyak harus ditambah ke dalam api. Biar marak membakar.

Admin fanpage I love Kelantan dan para rakyat Kelantan seakan tidak berpuas hati selagi Shafie Rosli ini. Manusia yang mengutuk rakyat Kelantan ini tidak dipenjara 50 tahun, tidak disebat 100 kali.

Mulutnya harus ditengeh-tengeh sampai berdarah. Jarinya harus dikerat-kerat. Kepalanya mesti dipijak lunyai hingga terkeluar otak. Jika hukuman ini dijalankan, maka admin dan rakyat Kelantan baru boleh tidur dengan aman.

Setakat meminta maaf dan tiada hukuman pada manusia Shafie Rosli ini. Admin dan rakyat Kelantan tidak senang duduk. Hukuman harus dilaksanakan.

Mereka tidak senang untuk makan, untuk berak, untuk bermain Facebook. Tidak akan pancut ketika bersetubuh. Mandi tidak basah. Berjalan tidak betul, berkereta seakan pemandu mabuk selagi hukuman tidak dijalankan.

Sebenarnya, rakyat Kelantan seperti juga rakyat negeri lain. Ada jahat, ada baik. Ada bangsat, ada yang mulia. Kelantan, Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan negeri-negeri lain adalah sama. Yang membezakan hanyalah iman didada dan ketakwaan pada Allah.

Orang-orang seperti Shafie Rosli, yang tidak suka pada orang Kelantan harus berpegang pada fakta ini. Jangan suka mengeluarkan kata-kata atau tulisan rakyat Kelantan atau negeri lain.

Pihak admin fanpage I like Kelantan, sudah-sudahlah memainkan sentimen isu ini. Jika benar ingin menjaga maruah rakyat Kelantan. Mainkan isu lain. Profesional dan gunakan isu yang ilmiah dan membolehkan para liker untuk berfikir.

Isu perempuan rakyat Kelantan yang tidak bertudung. Remaja lelaki Kelantan yang ketagih pil kuda. Isu-isu yang berkaitan dengan kesucian agama Islam. Pertahankan, mainkan isu ini berulang kali. Hingga gejala buruk berkurang atau terhenti terus.

Katakan muatturun gambar gadis Kelantan tidak bertudung. Kemudian, kalau tidak boleh nasihat. Kutuk dan maki kaw,kaw punya sampai lebam. Nescaya gadis itu bertudung. Itu sekadar contoh.

Penulis tidak bermusuh dengan Shafie Rosli, admin I love Kelantan. Mahu pun seluruh Rakyat Kelantan. Kita akan mati, tidak sekarang esok atau lusa. Tapi kita tetap akan mati.

15 comments:

Anonymous said...

Saya sebagai rakyat kelantan memang terasa hati dengan statement shafie rosli.tak tau knapa anti sangat dengan rakyat kelantan.bagi saya manusia sama saja,ada baik,jahat..tapi beliau telah minta maaf.baguslah..bagi saya admin page kelantan boleh tutup kes ni,tak payah perbesarkan lagi.nanti keadaan akan jadi semakin buruk..nanti orang luar akan bertambah pandang serong kepada rakyat kelantan,,

Anonymous said...

"Mulutnya harus ditengeh-tengeh sampai berdarah. Jarinya harus dikerat-kerat. Kepalanya mesti dipijak lunyai hingga terkeluar otak. Jika hukuman ini dijalankan, maka admin dan rakyat Kelantan baru boleh tidur dengan aman.

Setakat meminta maaf dan tiada hukuman pada manusia Shafie Rosli ini. Admin dan rakyat Kelantan tidak senang duduk. Hukuman harus dilaksanakan.

Mereka tidak senang untuk makan, untuk berak, untuk bermain Facebook. Tidak akan pancut ketika bersetubuh. Mandi tidak basah. Berjalan tidak betul, berkereta seakan pemandu mabuk selagi hukuman tidak dijalankan"
admin blog nie mengata dulang paku serpih, hang pon sama memperbesarkan mane yg kecil, mengada2kan bende yg tiada.... x perlu auta n pusing2, ko pon 2 kali lima, ayat je putar belit lebih skit. haha....

adaberada said...

anon 10:34, yeke dua kali lima? tak perasan pula. Mungkin silap Admin menilai sesuatu, mohon teguran :)

Anonymous said...

at the first place kenapa ye shafie tu mengutuk rakyat kelantan? kalau ye pun ada sakit hati dgn org kelantan, janganlah generalisasikan semua rakyat kelantan. Dan lagi 1, nampak agak tidak cerdik di situ (beliau phd holder) bila meluahkan kata2 begitu di fb nye. Sy sebagai org Pasir Mas, kelantan agak tersinggung juga dgn ayat shafie. Tp, setiap manusia pasti pernah melakukan kekhilafan. Cuma ini patutu dijadikan pengajaran kepada org lain supaya berfikir dulu, guna otak dulu sebelum mengeluarkan apa2 statement.. Kita dikurniakan akal fikiran. Itu yg membezakan kita dgn ciptaan Allah yg lain.

Anonymous said...

betol2 saya rase betol jugak ape yang admin ni ckp tapi jangan la menggunakan bahasa kesat untuk memahamkan sesorg...i dont think all kelantanese would done such worst thing over shafie...the assumption is to much....mungkin gertak sahaja..admin i <3 kelantan pon sepatutnya tidak mengapi-apikan isu ini..to shafie pula jadikan lah ini iktibar...we are all muslim and kutuk megutuk bukanlah cara hidup islam..boleh mengkritik, tp kritikan membinalah..bukan nye kritik smpai org tu down or whatsoever...kita ambil iktibar lah..eloklah kita menyusun kata sebelum berkata-kata...

nopal said...

Assalamualaikum, berkaitan kes yang terjadi ini, saya sendiri tidak faham kenapa seorang yg bergelar ahli akademik berperangai sebegitu? Saya sendiri mempunyai isteri dari negeri kelntan. Mybe cara dan pembawkan org dari negeri-negeri berlainan tp itu bukan alasan untuk diwarwarkan ketidakpuasan hati di alam maya . Alngkah ceteknya pemikiran sebegitu. Mybe Shafiei rosli perlu muhasabah diri sendiri , kita sebagai manusia tidak sempurna. Ad kekurangan, ada kelebihan dan semua ini mesti diterima sebaik mungkin bukan dengan mewarwarkan ketidakpuasan hati tnpa memikirkan keburukan diri sendiri.

Anonymous said...

yg elok nik aziz, yg kurang elok annuar musa.
ayoh berperang bersama2, setakat ikut resmi hanjings kerumun shafie sorg, saper2 pun boleh..

Anonymous said...

maaf admin...sy merasa anda bias disini...mgkin tidak terkena pada batang hidung sendiri..maka pendapat ini sahaja yg boleh diutarakan,maklumlah berat mata memandang,berat lagi bahu memikul...permintaan maaf itu sudah semestinya perlu tetapi kalau maaf itu semudah ejaannya maka ramailah yg mencuri,membunuh,merogol yang kemudiannya meminta maaf..tp adakah keadaan akan menjadi seperti sebelum kejadian??namun apa yg sudah terjadi telah pun terjadi... bak kata admin,dimana2 saja pun org ini sama,ada baik dan jahat..jadi tidak hairanlah kalau permintaan maaf itu dipandang sepi..

adaberada said...

Anon 14:17

Kawe bias ko sapo pulok.
Kawe asal atah paje tu jah.
Bo stakat kecek Shafie tu, kito bleh tempis dgn hujah, buke dgn maki hamun. ko guono gu bereh?
Set kito mesti beyehh.. dok? :)

Anonymous said...

kawe ore kelate..agak terasa jugak la dengan statement Shafie Rosli nih...
tp lg menyakitkan hati ttg keterangan diri beliau dalam fb tu..amat2 anti dgn org kelantan..klu setakat komen2 lantak la..
pasal admin 1luv kelate tu diaorg dah sebarkan permohonan maaf Shafiei Rosli tp cuba admin baca surat memohon maaf dari Shafie Rosli tu..hanya Shafie Rosli saja yg tahu ikhlas ko dok beliau memohon maaf atau atas dasar cemuhan dari rakyat kelate atau dasar jaga periuk nasi sendiri..
kenyataan admin pasai sek puan kelate hok tok bertudung tu betul..tp masalahnya sek2 tu tadok dale fb kawe..hok mano ado kawe komen jugop..
kecik hati jugak dgn komen admin adaberada nih..kito tadok la nok sampai Shafie Rosli ni keno hukuman bunuh ko rejam ko keno katok kok rang ko...
kes Shafie Rosli nih sama la dengan kes liyana ka aper nama dia tu yg buat komen lepas gaji guru or bunus guru dinaikkan...semua org naik angin even bukan bugu sekali pun..sampai si liyana ni menutup terus blog kerana tak tahan dengan amarah org ramai..
so Shafie Rosli ni terpaksa la hadap sama..
terlajak perahu buleh undur lg..terlajak taip org print screen tanggung sendiri

Anonymous said...

nie sy c0py paste ab0ut ShafieRosli : Purely Johorean.. For me, Johor is just second to KL.. A vibrant economic power, and strong cultural bonding.. It pave the way for high end economic maneuvers that of course make the outsider felling jealous ~ then outsider is specifically from the pantai.. I know, they just dont have anything at their pantai.. as they hate outsider, we no double nor triple.. In deed quadrupedally hate them!!..
sape y die mksudkn PANTAI???

adaberada said...

Ada hikmah juga dengan apa yang berlaku.
Bila benda ini jadi isu dan kecoh,
Mungkin "Shafie Rosli" kedua dan ketiga tidak akan muncul lagi. Atau kalau ada pun, tidak akan berani mengeluarkan kenyataan.
Perbincangan bertemu mata adalah yang terbaik diantara beliau.
Itu pun jika Shafie Rosli berani.
Moga dia dapat penjelasan sebenar berkenaan Kelantan.
Maki hamun lagi memburukkan keadaan.
Mungkin perlu diwujudkan akta untuk menghukum orang seperti ini, tidak kira menghina negeri mana.

Anonymous said...

Pantai? Pantai Dalam pun kira pantai gak kan. Hik3.Xda plak orang Pantai Dalam tu nak marah2 pun. Isunya xda lah besar mana pun. Tp saja disensasikan je. Shafie tulis tu pun ada benarnya. Sebagai org yang berhemah tinggi, kita terima mana yang betul, kita sangkah apa yang salah. Tu lah dia budaya ilmu. Bukan sibuk nak berkelahi last2 kerja sendiri pun x menjadi. Tp, rasanya xdalah apa yang si Rosli katakan itu sampai ke tahap menghina. Just agak kasar lah.

Anonymous said...

apa daaaaa. mcm org xda kerja sibuk nak memaki hamun. shafie cakap sikit je, yang kat page tu maki dan kutuk berbakul-bakul. shafie dapat dosa satu, dapat pahala bertimbun sbb org kutuk dia. yang maki dia, dapat lah dosa berbakul2. kan dah satu kerja nak cari si shafie tu nnt kat padang masyar nak mintak maaf. shafie plak kena cari kawan dia yang dia kutuk tu je.

admin page tu pun sengal ubi. g post profil, dgn number phone skali. mmg cari nahas le. klau shafie kena pukul dah sure2 admin yang kena dulu. klau ada org report, admin yg kena saman sbb post maklumat peribadi org. admin page tu jugak boleh kena tangkap sbb dia lah yang sebenarnya membuat provokasi. boleh ditahan dan didakwa dibawah akta pemperbesarkan isu dan akta hasutan serta penimbulkan provokasi.

tu lah. shafie patutnya beringat bila nak post. dan admin page tu pun kena rasional lah nak post. yang komen tu banyak tak educated + sengal-sengal ubi gak. tengok org Kelantan yang educated komen cakap tu bukan hal besar pun. kang xpasal2 page kena tutup, admin duduk belakang tiang. dunia-dunia, ini macam ana banyak fening lahhhh.

gua ada tunjuk kat kawan gua org Kelantan. dia kata adat lah tu org cakap2. bukan dia kata nak bakar bendera ke, ludah bendera ke, pijak gambar ke nak smpai ketahap dikatakan menghina. dia kata yang bijak pandai xambik port pun benda ni. yang xde kerja je saja nak cari pasal. tah. no commet.

Anonymous said...

betul tu. admin i love kelantan dan liker yang maki hamun tu yang blh kena legal action. cakap nak gah. klau kena tangkap baru tau. nampak sgt admin tu tak bijak dan cetek akal sbb post maklumat pribadi even profil facebook dengan apa tujuan sekali pun boleh disaman. dgn tujuan mengancam lagi lah. mmg kalau kena mmg teruk lah, boleh kena reman. nak-nak page i love kelanatan tu mememang page kaki kutuk kerajaan. mau ke kem kemunting...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...