iklan. Jangan klik hahaha...

Thursday, 18 October 2012

Penyokong Kelantan Memalukan Bangsa ?

Rasanya kisah Fanpage I Like Kelantan melawan Shafie Rosli sudah tamat dengan permohonan maaf Shafie Rosli secara terbuka kepada rakyat Kelantan.

Kronologi
-----------------

Shafie Rosli mengeluarkan pendapat di Facebook.



 Seseorang melihat dan printscreen apa yang ditulis oleh Shafie Rosli :

Wan Shaliha Wan Abdullah : salam... saya individu yang bertanggungjawab amik gambar nie, bila saya terbaca komen shafie 2, perasaan marah timbul dan post kat fb.. saya tidak berniat ape2, cuma mahu die sedar bahawa tindakannya adalah perkara yang serius dan dapat menimbulkan kemarahan kami warga kelantan . saya berharap sangat sume fren I heart KELANTAN jgn mengeluarkan kata-kata kesat, mencaci, mngungut, mengancam dsb sebab ini bukan budaya kita dan ditentang sekeras-kerasnya dalam ISLAM. Segala kata-kata kesat, cacian maahupun ugutan tersebut tidak membantu menjernihkan keadaan malah akan mengambarkan gambaran yg kurang elok kepada kita rakyat kelantan. Perkara ini telahpun dibawa ke pihak atasan UTM dan berharap tindakan sepatutnya dikenakan kepadanya. semoga perkara ini menjadi teladan kepada org lain spy berhati-hati utk bercakap sesuatu yg kite sendiri x pasti. Waallahualam...


 Admin I Like Kelantan menerima printsreen ini :

Sejujurnya, sedih dan terkilan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang mengaku telah merdeka jiwanya tetapi pada masa yang sama tetap bodoh dan bebal menghina rakyat Kelantantanpa ada sekelumit perasaan malu.

Terbaru, seorang tutor sambilan di UTM, Skudai yang bernama Shafie Rosli dari Johor menghina seluruh rakyat Kelantan . Benarlah orang kata, walau setinggi mana pun belajar tetapi ditakdirkan oleh Tuhan untuk menjadi 'bodoh' tetap juga membawa 'kebodohan' nya kemana
-mana walaupun menyambung pengajian peringkat PHD pada umur 25 tahun.

Kepada Shafiei Rosli, kami seluruh warga Kelantan mendoakan anda supaya anda selamat. Doa orang yang dizalimi dan disakiti insyallah didengar olehNya. Mungkin ujian awal Allah adalah memberi kamu 'kebijaksaan' menyambung PHD pada umur 25tahun. Tapi hari esok belum pasti.

Melaungkan 'say NO to fanaticim' , tetapi diri sendiri yang terlalu bebal dengan fanaticm. Inilah contoh manusia yang paling bongkak yang pernah kami jumpa.

Ngaji tinggi-tinggi , tapi bodo bertingkat-tingkat.

"Anda boleh membunuh 100 pemuda Kelantan, tetapi anda belum tentu mampu membunuh 1 jiwa pemuda Kelantan "

Ayuh tekan share dan sebarkan 'kecerdikan' seorang tutor sambilan dari UTM ,Skudai ini.
 
 
Mendapat reaksi dan tekanan Rakyat Kelantan, lalu Shafie Rosli meminta maaf secara terbuka :
 
 klik untuk membaca



Namun, masih ramai diluar sana, manusia seperti Shafie Rosli ini. Mereka menghina rakyat Kelantan dan negeri Kelantan kerana mereka tidak memahami rakyat dan Negeri Kelantan. Seperti seorang bukan Islam menghina agama Islam. Mereka menghina kerana mereka tidak tahu apa itu Islam.

Orang yang tidak tahu sesuatu perlu difahamkan. Seperti Shafie rosli yang tidak tahu keadaan rakyat dan negeri Kelantan perlu difahamkan. Seperti orang bukan Islam yang menghina agama Islam, perlu difahamkan mengenai keindahan Islam.

Ini contoh segelintir penduduk luar yang masih 'tidak tahu' dan seperti anti-Kelantan. Printsreen jangan tak print!

Betul ke penyokong Kelantan memalukan bangsa ? ini kalau dapat pada Admin I Like Kelantan mahu tercirit minta maaf budak ni. Sila jaga kata-kata anda sebelum diluahkan, fikir sebelum buat bukan buat baru berfikir.



.

5 comments:

Anonymous said...

admin i love kelantan patut kena sita. klua kenyataan lebih sudu dr budu. mungkin dia berani kr ramai, sorg2 rasanya kecut! rakyat kelantan xperlu terasa pedas jika xmakan cili. tulisan shafie ada benar ada batil.

Anonymous said...

Anonymous said:

Saudara apabila menulis gunakan akal. Sebagai rakyat kelantan, saya merasakan komen yang saudara berikan ini menampakkan saudara in tergolong dalam orang yang "kurang cerdik." Jangan hanya melihat salah rakyat kelantan sahaja. Orang dari negeri lain pun sama sahaja. Saudara pun sekiranya ramai berani juga. Saya juga merasakan mungkin orang yang anti rakyat kelantan ini pernah kecewa dengan orang kelantan.Akhir kata daripada saya jangan mengata orang kalau diri itu tidak sempurna. cermin-cermin diri anda

Anonymous said...

apa yang shafie katakan itu ada benarnya juga. mengapa perlu terlalu emosi? ianya hanya sekadar kritikan. namun diprovoke sbgai hinaan. ini boleh dikategorikan sebagai provokasi dan menyebarkan fitnah. pd saya, ini hanya perkara kecil yang diperbesarkan bagi mendapat publisiti murahan. kalau org salah faham dgn kita, kita terangkan. kalau g serang ramai sapa2 pun boleh buat.

Anonymous said...

hal yang begini pun nak dibesarkan. patutnya bawa shafie rosli tu ke Kelantan. Bagi layanan yang baik, tunjukkan dia Kelantan yang sebenar. Tunjukkan budaya yang tinggi. Ini teladan Rasulullah S.A.W. Tp ni dia kena maki je. Padahal dia xda guna ayat maki pun, menghina pun tidak. Apa yang saya lihat disini kejadian di FB tersebut telah semakin memberikan imej negatif kepada orang luar.

Anonymous said...

kenapa padamkan nama pemilik fb tu...isk2..
iyor la...kelate buruk belako..
bakar stadium la gocoh la..katok ore la..
klu ore g stadium kito gak kito laye molek jah..sek dio gak asal lawe kelate jah penuh..doh gak klu lawe kelate buleh ajok gocoh...klu keno dendo gak tak pe..ore kelate bayar..sek demo tgk jah..
klu sek luar start dulu akhbar senyap jah..klu kelate gak penuh la surat kabar tu..
nasib la jd ore kelate gak...kekadang rsa kelantan nih seperti malaysia dgn indonesia..
walau dgn sesiapa pun malaysia lawan indon akan tetap menyokong pasukan lawan wpun malaysia asyik mewar warkan yg kita nih serumpun..
aper dah aku merepek...aperpun kelantan tetap dihati dan kawe bangga menjadi ore kelate

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...