iklan. Jangan klik hahaha...

Cara-Cara Hendak Lulus Ujian MTest - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah KPLI

Ramai orang hendak jadi cikgu diluar sana tidak kesampaian. Berapa kerat je yang mohon yang dipanggil untuk menduduki ujian MTest. Bila dapat Mtest lulus cemerlang, akan berpeluang untuk dipanggil temuduga.

Seorang kawan, dengan penuh dukacita dan kecewa bercerita " Aku dah enam (6) kali buat permohonan KPLI, selalu dipanggil temuduga. Kali keenam, aku berjaya dipanggil temuduga. Aku ingat aku akan berjaya, orang kata bila dah dipanggil temuduga, peluang untuk dapat sudah cerah.

Semasa ditemuduga, kawan itu bertanya pada penemuduga peluang untuknya berjaya. Penemuduga berkata, "jangan risau, cuba lagi kalau tidak dapat, ada orang 3, 4 kali dipanggil temuduga tidak dapat-dapat. Akhirnya dapat juga."

Temuduga ialah untuk mengesan calon yang berpotensi yang sudah lulus MTest. Adakah kali pertama, kali kedua, kali ketiga dia tiada potensi? adakah kali keseribu, baru potensinya muncul dan dapat dikesan? Bolehkah peribadi seseorang berubah dalam beberapa tahun? mungkin ada tapi tak ramai. Seperti seorang artis yang sosial, minum arak, berdisco, berkhalwat, berzina. Kemudian, beberapa tahun kemudian memaki tudung, insaf dan tidak meninggalkan solat. Akan ada orang yang boleh berubah drastik seperti ini.

Tapi, jika calon KPLI yang jika dipanggil temuduga pada tahun ini tidak dapat. Pada tahun depan, dipanggil lagi sekali terus dapat. Adakah penemuduga dapat mengesan perubahan dirinya? Kalaulah, misalnya tahun dia dipanggil temuduga dia tidak dapat menjawab Rukun Negara, maka dia gagal. Tahun lagi sekali dipanggil dia dapat menjawab, maka dia lulus. Adakah dengan mengingati Rukun Negara, peribadinya terus berubah dan layak menjadi cikgu? Pada tahun lepas, dia tidak layak sebab lupa Rukun Negara.



Kementerian tapis ketat calon KPLI

Berita Harian,3/5/2010
------------------------

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat ANN M, Kuala Lumpur bertajuk 'Lima kali mohon KPLI tak dilayan' yang disiarkan ruangan ini 17 April lalu.

Bagi permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), syarat dan kelayakan asas serta syarat tambahan untuk menduduki Ujian Calon Guru Malaysia (MTest) dan temu duga adalah berpandukan kepada dasar serta keperluan Kementerian Pelajaran yang berbeza pada setiap tahun.
Untuk Ambilan Jun 2010, antara syarat dan kelayakan asas diperlukan ialah umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010; memiliki ijazah sarjana muda yang diiktiraf kerajaan; memiliki kepujian Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SPMV atau prinsipal Bahasa Melayu pada peringkat STPM dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM/SPMV.

Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga menetapkan syarat tambahan seperti sihat fizikal dan mental; memiliki ijazah sarjana muda dengan PNGK 2.75 ke atas; memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dipohon; memiliki pengalaman mengajar dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

Sekiranya seseorang calon itu memenuhi syarat dan kelayakan asas serta syarat tambahan ditetapkan, peluang untuk seseorang calon dipanggil menduduki MTeST dan temu duga adalah lebih besar berbanding calon lain yang tidak menepati syarat dan kelayakan berkenaan.

Ujian MTeST yang diduduki bertujuan untuk melihat kesesuaian calon daripada aspek sahsiah keguruan mereka. Seseorang calon yang berpengalaman mengajar sepatutnya mampu untuk menjawab dan memperoleh tahap yang baik dalam ujian itu.

Pemilihan yang ketat adalah selaras dengan Teras Ke-5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu untuk memartabatkan profesion perguruan agar terus dihormati dan melahirkan guru berkualiti.
Dengan jumlah permohonan yang tinggi iaitu hampir 70,000 orang bagi program KPLI, kementerian tidak berkompromi dalam soal pemilihan seseorang calon guru. Pelbagai aspek diambil kira dengan matlamat untuk melahirkan guru berkualiti dan berwibawa pada masa depan.

-------------------------------------------------


Sebenarnya, kes dan situasi kawan penulis itu dikongsi oleh beribu-ribu pemohon KPLI. Ramai yang memohon. Siapa yang dapat itu sudah menjadi rezeki mereka. Yang masih tak dapat, masih gigih mencuba. Jadi bagaimana untuk lulus MTest ? dan dipanggil temuduga? dan ada peluang untuk jadi cikgu?

Menurut kawan yang berkali-kali mengambil MTest, soalan hampir sama setiap tahun. Bagaimana jika pemohon yang mengambil MTEst menghafal kesemua soalan-soalan ini? mustahil untuk mengingati semua soalan. Tapi tidak mustahil untuk mengingati satu soalan.

Ideanya ialah wujudkan satu komuniti pemohon KPLI. Setiap seorang mengingati satu soalan, jika ada 80 soalan dan 80 individu dalam komuniti itu. Maka, kesemua soalan sudah ada dalam tangan. Soalan itu dikongsi, dibincang, dikaji, dan dihafal untuk digunakan pada tahun hadapan. Bila soalan dan jawapan ada dalam tangan. Tiada masalah ketika menduduki ujian MTest itu. Peluang lulus cerah untuk dipanggil temuduga.

Untuk bersama-sama menjadi komuniti ini, dan anda berhasrat ingin menjadi sebahagian penghafal soalan sila LIKE fanpage Facebook ini        Himpunan Pemohon KPLI         minimum diperlukan hanya 80 orang, lagi ramai lagi bagus. Setiap seorang diberi tugas untuk mengingati soalan. Nombor soalan akan diberi kepada si penghafal. Setiap soalan yang dikumpul dan akan dikongsi bersama ahli.



Ps : Ini idea tak masuk akal, ini idea gila. akan ada orang gelak KAH KAH KAH KAH!!!, tak henti,henti. akan ada yang kata ini idea loser. Orang akan kata macam-macam. Psssttt, jangan sampai pihak Kementerian tahu, nanti mereka ubah dan gubal soalan baru tiap-tiap tahun. Jangan heboh-heboh, ini kita-kita sahaja.

Ps2 : Ini pun berkesan jika KPLI ada lagi dan belum dimansuhkan.

Ps3: Ini buka cubaan menipu, ini memang nak menipu.

Ps3 : Sila tengok ps yang ke4 dibawah sekali. 










Bila sudah berjaya ke temuduga ini tip-tip bila ditemuduga, Semoga Berjaya!


Sebelum menghadiri temuduga KPLI, calon-calon perlu ketahui bagaimana markah penilaian diberikan dalam sessi temuduga tersebut.
Markah Penilaian:
1. Sijil-sijil aktiviti
Penilaian markah diberikan berdasarkan jawatan yang anda sandang semasa di sekolah ataupun di university. Contohnya: Kelab Catur. Pengerusi : 5 markah, Timbalan  Pengerusi :4 dan ahli biasa 1 markah. Ini adalah untuk menilai anda sebagai seorang yang aktif, yang berkepimpinan dan juga bersosial. Semakin aktif anda dalam aktiviti kokurikulum, semakin tinggi markah anda. Jangan lupa bawa sijil yang lengkap semasa sessi temuduga nanti.
2. Kesesuaian kursus perguruan yang dipohon
Lihat sijil (ijazah) anda, dan adakah ianya relevan dengan kursus yang dipohon. Dinasihatkan anda memohon kursus perguruan yang berkaitan dengan sijil ijazah anda. Contohnya, anda memiliki ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam, tapi anda mohon kursus dalam bidang pendidikan jasmani. Ianya tak bersesuaian! Bidang kejuruteraan awam sesuai dengan kursus Fizik ataupun matematik. Pendidikan Jasmani sesuai untuk mereka yang memiliki Ijazah dalam Sains Sukan. Ramai calon gagal dalam temuduga disebabkan pemilihan kursus yang tidak sesuai ini.
Cara permarkahan:
- Sangat Sesuai : 50 Markah
- Kurang Sesuai : 20 Markah
- Tak sesuai Langsung : 0 Markah
Jadi, beringat semasa memohon di lain masa :-)
3. Pengalaman Mengajar
Anda pernah memiliki pengalaman mengajar sebelum hadir temuduga? Jika ada, ianya sangat membantu. Mungkin anda pernah mengajar tuisyen? Mengajar sebagai guru ganti, guru sandaran? Nyatakan pengalaman anda..Pengalaman ini berguna semasa temuduga nanti.
4. Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi sangat penting dalam sessi temuduga. Yela kan, nak jadi cikgu kena la pandai bercakap. Tak pandai, anak murid tidur saja nantiJ Kemahiran berkomunikasi ini sangat diutamakan dalam sessi temuduga yang mana ianya melibatkan kejelasan suara, kefasihan bahasa yang digunakan, kelancaran pertuturan dan sebagainya. Jadi, bercakaplah dengan baik semasa temuduga nanti. Anggap diri anda seperti seorang guru yang sedang mengajar! Iaitu bercakap dengan lancar, jelas, dan mudah difahami. Jangan cakap saja lancar, tapi susah nak faham. Tips: Jangan bercakap dengan dialek negeri seperti dialek Jawa, Klate, Ganu dll.
Permarkahannya
- Kefahaman/kebernasan : 10 Markah
- Sebutan : 10 Markah
- Kelancaran : 10 Markah
- Kejelasan Suara : 10 Markah
- Penguasaaan Bahasa : 10 Markah


Itulah yang calon perlu ketahui sebelum menghadiri temuduga. Dah tahu, ianya membantu.
Seterusnya…
Calon perlu tahu proses sessi temuduga dijalankan.
Pakaian:
Lelaki – berambur pendek dan kemas, bertali leher, kemeja lengan panjang,berseluar slackgelap, bertalipinggang kepala kecil, berstoking dan berkasut  kulit/licin gelap (hitam)
Wanita – bertudung ataupun rambut diikat rapi, berbaju kurung, berkasut dan berstoking.
NOTA: Jika anda menghadiri temuduga bagi kursus Pendidikan Jasmani, anda perlumembawa pakaian sukan yang bersesuaian yang menutup aurat dan juga jangan lupaair minum.
Semasa sampai di pusat temuduga, calon perlu mendaftarkan kehadiran mereka pada pegawai yang bertugas. Anda diminta daftarkan kehadiran anda dan juga memberikan dokumen-dokumen yang diminta oleh pegawai bertugas. Jadi, berikannya. Tips saya, datang awal ke pusat temuduga untuk mencari lokasi bilik temuduga dan seterusnya menjadi orang terawal ditemuduga.
Dalam sessi temuduga, ianya dibahagikan kepada 2 sessi.
Sessi berkumpulan
Dalam  sessi pertama ini, calon akan duduk semeja dengan 4-5 calon temuduga yang lain saling menghadap antara satu sama lain. Panel penemuduga (biasanya 2 orang) yang biasanya otai dalam bidang perguruan (mungkin pengarah maktab) akan memberikan kesemua calon satu topik berkenaan bidang perguruan. Dan topik tersebut perlu dibaca, diteliti oleh calon dahulu sebelum sessi berdiskussin berkumpulan dimulakan. Contoh topikyang diberikan, kes-kes buli yang semakin meningkat di sekolah dan jalan penyelesaiannya. Jadi, kelima-lima calon dikehendaki membincangkan secara berkumpulan akan topik yang diberikan dengan cara berkhemah, professional dan realistik. Tips semasa sessi berkumpulan ini:
  • Tidak bercakap terlalu lama sehingga memakan masa calon lain
  • Tidak menyampuk apabila giliran calon lain bersuara
  • Cakap dengan jelas, terang, lancar, dengan bahasa tubuh yang baik
  • Jadikan sessi perbincangan menjadi aktif, tidak kaku dan neutral
  • Apabila bercakap, lihat pada calon-calon yang lain, bukannya melihat panel penemuduga
  • Jangan menimbulkan suasana negative dalam sessi perbincangan, contohnya ketika menidakkan idea/pandangan dari calon-calon yang lain.
  • Cuba habiskan sessi perbincangan dalam masa yang diberikan…
Dalam sessi ini, permarkahan diberikan dari segi kebernasan idea, kemahiran komunikasi, mampu untuk bekerjasama, penyelesaian masalah dan sebagainya.
Sessi Temuduga Individu
Dalam sessi temuduga individu ini, calon akan dinilai secara individu.  Calon akan dipanggil seorang demi seorang ke dalam bilik temuduga. Anda akan berhadapan dengan 2 calon penemuduga yang akan menggasak anda dengan soalan-soalan killer.
Saya tak mahu kongsi panjang dalam sessi temuduga ini, tapi saya ingin kongsikan poin penting dalam sessi temuduga ini. Iaitu…soalan paling famous, paling mudah, tapi paling susah nak dijawab…
“ Mengapa Anda Ingin Menjadi Guru?”
Ya, itulah soalan killer yang ditanya oleh panel penemuduga. Ramai calon gagal dalam sessi ini kerana gagal memberikan jawapan yang sepatutnya. Jawapan sepatutnya untuk menjadi guru adalah dengan menunjukkan anda benar-benar meminati bidang perguruan, dan bukannya kerana terpaksa (susah cari kerja lain ataupun nak kerja mudah). Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda 100% ingin menjadi guru! Minat anda, kesungguhan anda untuk menjadi guru dapat dinilai oleh panel penemuduga dengan melihat mimic muka anda, ccara bercakap, cara memberikan pandangan, gerak geri tubuh dan sebagainya. Jadi, ingat! Fokus pada soalan KILLER ini dan cuba jawab yang terbaik. Jawapan untuk soalan ini bergantung kepada diri anda sendiri. Anda tak perlu menghafal mana-mana jawapan. Luahkan suara dalaman anda! Kenapa ingin menjadi guru! Insyallah..
Contoh jawapan:
Selepas tamat pembelajaran dari university, saya membuat kajian berkenaan pekerjaan yang bakal saya pohon. Saya lihat kelayakan saya, dan apakah kejaya yang sesuai dengan keinginan dan kehendak dalaman saya. Sudah pasti saya inginkan kerjaya yang saya cinta dengannya, pekerjaan tetap, dan gajinya adalah setimpal dengan kelayakan yang saya miliki. Dan ternyata bidang perguruan adalah satu bidang terbaik dalam pemilihan kerjaya saya.
Dengan menjadi guru, saya dapat membantu anak bangsa menjadi lebih maju dalam kehidupan terutamanya berkaitan dengan mata pelajaran yang bakal saya ajarkan nanti.
Selain menyumbang kepada bangsa, agama dan Negara, bidang perguruan menjanjikan banyak kelebihannya tersendiri  yang tidak terdapat dalam bidang kerjaya yang lain.
Nota: Contoh jawapan di atas diambil dari jawapan yang diberikan oleh calon yang dah berjaya dalam temuduga KPLI




Ps4 : Jangan risau orang yang tidak suka idea ini, percayalah page ini tidak sampai 80 like. Kalau mencecah, jom teruskan hahahahaa....

1 comments:

Jahirah said...

erm KPLI dan DPLI dah tak terbuka....huhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...