iklan. Jangan klik hahaha...

Sunday, 21 October 2012

Kelantan A.K.A The Red Warrior JUARA PIALA MALAYSIA 2012 !!

Kelantan mengalahkan pasukan ATM 3 - 2. Kedua-dua pasukan nampak hebat untuk merebut kejuaraan. Namun, pasukan Kelantan, The Red Warrior membuktikan mereka lagi hebat dan mantap.





Suasana perlawanan tadi amat cukup-cukup-cukup dramatik. Terbaik pernah disaksikan. Walaupun terjadi beberapa kekasaran kepada kedua-dua pasukan pemain. Tetapi, permainan dan perlawanan tetap lancar.

Pastinya warga Kelantan dan penyokong The Red Warrior gembira dengan kejayaan ini.

Ini gelombang merah!



Kelantan mendahului ATM 1-0 selepas tamat separuh masa pertama pada final Piala Malaysia menerusi gol Norshahrul Talaha (m-44). Gol pendahuluan Kelantan menerusi Norshahrul Talaha pada minit ke-44 ini menaikan semangat pasukan Kelantan. NamunATM menjadikan kedudukan 1-1 menerusi Rezal Zambery pada minit ke-48.

Norshahrul kembali meledak pada minit ke-50 dan Marlon James menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-62.

Gol kemenangan Kelantan diperoleh menerusi Indera Putra Mahyuddin pada minit ke-95. Ini kejayaan treble buat pasukan Kelantan. Tahniah juga kepada pasukan ATM kerana mara ke Perlawanan Akhir.


KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.

Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan.

Tahun lalu, Kelantan kalah Negeri Sembilan.

Dalam perlawanan malam ini, ATM  hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar.

ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam.

Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol.

Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13.

Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.

Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.

Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48.

Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua.

Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM.

Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit.

Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka.

Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.
Berikut kedudukan jaringan:
ATM (2) mln Kelantan (3)

Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61

Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49
Indra Putra minit ke-95

PERKEMBANGAN SEMASA PERLAWANAN:
120+4: Kelantan muncul juara, jaringan 3-2
120+4: Masa tambahan
119m: Sepakan percuma jark jauh oleh ATM
118m: Sepakan percuma ATM diambil Fitri Omar
117m: Indra kasari Martoloto
115m: Kad kuning untuk Rizal
110m: Azlan Ismail masuk padang
108m: Martoloto diberi kad kuning
107m: Pergeseran Martoloto dan Syakir
106m: Mohd Daudsu cedera, diusung keluar padang
106m: Babak kedua masa tambahan bermula
105m: Kedudukan semasa Kelantan 3, ATM 2
104m: Sepakan penjuru kesembilan ATM, gagal raih gol
100m: Ruben ditukar.
97m: Jaringan ATM, tandukan oleh Alex James, tetapi ofsaid.
95m: Kelantan tambah gol, menerusi Indra Putra. Kedudukan Kelantan 3, ATM 2.
90+3: Perlawanan separuh masa kedua tamat. Kedudukan terikat 2-2
90+2: Sepakan percuma kepada Kelantan, tetapi tendangan tinggi, diambil oleh Indra Putra
90+1: Alex James gagal ambil hantaran tinggi ke gawang Kelantan tapi diselamatkan Apex
90m: Masa tambahan 3 minit
88m: Cubaan Venice Elpe dihalang daripada melakukan 'crossing' ke gawang Kelantan
79m: Cubaan Rizal ke gawang Kelantan gagal
77m: Indra Putra cuba sepak ke gawang, tersasar tinggi
75m: Sepakan penjuru buat Kelantan
72m: Zaquan ambil sepakan penjuru ATM
71m: Cubaan Alex James hantar jaringan jarak jauh gagal tersasar
69m: Obina ditolak Marteleto
69m: Zaquan buat hantar tapi dihalang Syakir
68m: ATM hantar bola ke pintu gagal
67m: Cubaan Rizal Fahmi ke arah pintu gol Kelantan tapi tersasar
64m: Cubaan gol ATM tetapi gagal dihalang
61m: Gol ATM oleh Alex James, tandukan hasilan gol penyamaan
61m: Kad kuning bagi Kelantan
59m: Azmi Muslim masuk, Fitri Omar keluar
57m: Sepakan penjuru Kelantan diambil Afiq terlalu rendah, gagal rai gol
55m: Sepakan penjuru ATM ke-6
55m: Sepakan percuma Kelantan kerana Afiq ditolak
54m: Cubaan Kelantan gagal ditepis Zaquan
53m: Cubaan Zaquan hantaran jarak jauh tp ofsaid
51M: Cubaan Hai-O tapi gagal hantaran
49m: Gol bagi Kelantan, oleh Norshahrul
48m: ATM dapat gol penyamaan oleh Rezal Zambry
46m: Subamaniam tidak dapat meneruskan permainan kerana mengalami kecederaan.
46m: Perlawanan separuh masa kedua bermula.
45 + 2m: Separuh masa pertama selesai. Kedudukan Kelantan 1, ATM 0
45m: Masa tambahan dua minit diberikan
43m: Gol pertama Kelantan, dijaringkan oleh Norsharul Idlan Talaha
41m: Cubaan Kelantan gagal
35m: Kad kuning ke atas Shahrul. Kad kuning kedua buat Kelantan

34m: Tendangan Zaquan Adha jauh dari sasaran

33m: Sepakan penjuru ATM, cuba cari tandukan Hai-O tapi gagal
31m: Tolakan Ruben ke atas Norsharul Idlan Talaha

30m: Cubaan dari jarak jauh Farizal berjaya ditangkap penjaga gol ATM
30m: Kedudukan masih 0-0
28m: Sepakan penjuru diambil Kelantan

27m: Sepakan percuma diambil Aidil Zakuan

26m: Syakir menjatuhkan Hai-O
22m: Norshahrul gagal melepasi gawang ATM, kecuaian kali kedua

23m: Kad kuning dilayang kepada Obinna Nwaneri
7.50m: Marlon Alex James alami kecederaan
5:58m: Cubaan Kelantan jaringkan gol oleh Afik Nizam Zain gagal
2m: Sepakan penjuru pertama, cubaan dibuat Aidil Zakuan
1m: Cubaan jaringan gol oleh Amir Ridzuan gagal menembusi gawang Kelantan
0.01m: Sepak mula menandakan perlawanan akhir Piala Malaysia antara ATM dengan Kelantan bermula, dilakukan oleh pemain ATM selaku tuan rumah, Marlon Alex James. 



Namun, ada duka disebalik kejayaan pasukan Kelantan. Sedekahkan Al-fatihah kepada keluarga mangsa seorang penyokong Kelantan yang meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan.


KUANTAN: Seorang penyokong bola sepak Kelantan maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis dekat Raub, pagi tadi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata dalam kejadian jam 9 pagi itu mangsa, Muhamad Saiful Daud, 19, dari Kampung Manek Urai Lama, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
"Mangsa dan rakannya dikatakan sedang dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu ATM, malam ini," katanya di sini, hari ini.

Rakan mangsa berusia 20-an yang mengalamai cedera parah dirawat di Hospital Raub (HR), katanya.

Mohamed Fauzi berkata, pihak polis telah memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kejadian itu. Mayat mangsa dihantar ke HR untuk bedah siasat. - BERNAMA


PS : Setiap kali pasukan Kelantan melawan pasukan lain. Penulis perhatikan ramai yan g tidak menyokong pasukan Kelantan kenapa ya ?


1 comments:

nik ros said...

ALHAMDULILLAH..kelate menang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...