iklan. Jangan klik hahaha...

Piramid Melayu Dan Piramid Bosnia Wujudkah Piramid Ini ?

Sekumpulan peminat sejarah Melayu yang terdiri dari orang-orang Melayu sendiri percaya akan kewujudan piramid Melayu. Itu keyakinan dan kepercayaan komuniti ini. Perkara fiksyen, khayalan amat seronok jika dilayan. Wujudkah piramid Melayu? wujudkah piramid Bosnia ?



Kalau wujud dimanakah lokasi piramid ini? dimanakah piramid Melayu ini. Setakat ini masih menjadi persoalan. Dari satu blog yang menulis berkenaan piramid ini, ia satu tempat rahsia ada satu pasukan khas menjaganya.

Dah kalau rahsia, penulis tu tahu dari mana? teori mengatakan ada di hutan negeri Pahang. Dijaga rapi sepasukan pengawal khas. Kerajaan tak nak orang ramai tahu tentangnya, konon-kononnya. Mahu menjaga rahsia kuasa piramid dan tidak mahu teknologi yang ada diketahui pihak luar. Amboi, tahap gaban punya alasan kononnya menjadi rahsia kerajaan. Rahsia sulit. Top Secret. Ni kesan tengok cerita fiksyen sains zaman kanak-kanak tanpa pengawasan orang tua.

Oit, kalau betul ada piramid kat bumi Malaysia ni. Sudah tentu kerajaan war-war kan pada umum. Tidak tengokkah di Mesir, Piramid Giza yang hebat itu menerima beribu kunjungan setiap tahun ? itu boleh menjana pendapatan negara dan menaikkan nama negara di mata dunia.

Bukan untuk mempertikaikan kepercayaan mereka. Cuma, tindakan percaya tanpa usul periksa benda yang tidak pasti menampakkan tahap kecerdikan dan daya pemikiran logik kita.

Ini petikan dari blog yang percaya piramid Melayu tu ada, siap bagi hadis dari Nabi dan petikan kitab-kitab lagi.
-----------------------------------------------------------

"
18.Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.

19.Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.

20. Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.

21.Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.

22.Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha.

23.Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.

------------------------------------------------


Ini sedikit yang diambil, ada banyak lagi perkara dan benda yang nak perbodohkan pembaca Melayu. Penulis adalah Melayu, sebab dia Islam. Yang nak diperbodohkan juga orang Melayu.

Oit, yang berpusing-pusing, kepala bana dia, kapal angkasa.

Yang lembu berwarna metalik kepala bana dia Robot atau Mecha.

Kitab mana yang penulis rujuk ni. Kitab rekaan sendiri masa dapat dalam mimpi kot.

Walaupun nampak mengarut, tapi ramai orang yang minat benda begini. Benda misteri, rahsia, konspirasi, hantu akan ada peminat yang ramai. Penulis blog mengarut yang bertujuan hendak dapatkan perhatian dan trafik mungkin suka menulis dan menipu begini.

Menipu anak bangsa Melayu sendiri. Oit, benda begitu tidak memajukan bangsa. Benda begitu melembabkan bangsa.

Bangsa lain sudah ke Marikh, ada pesawat canggih, ada robot canggih, kereta canggih. Kau masih nak percaya yang zaman dahulu Melayu bina Piramid? ada lembu robot ? ada piramid janakuasa ?
Kepala bana dia piramid, kepala bana dia janakuasa, kepala bana dia lembu robot.

Piramid tu Kubur Firaun, dia yang bina. Nak mati dan disemadikan disana. Kau nak samakan Melayu dengan Firaun kah?

Perihal, piramid di Bosnia. Penulis berkesempatan berbual dengan seorang Profesor Arkeologi USM yang terlibat secara langsung dengan kajian Piramid di Bosnia. Pasukan Arkeologi USM memang diiktiraf diperingkat antarabangsa dengan penemuan-penemuan hebat mereka.

Kerajaan Bosnia menjemput team Arkeologi dari USM ini untuk menyelidik kewujudan piramid disana. Menurut Profesor yang terlibat itu. Tiada tanda-tanda piramid ditemui hanya bentuk muka bumi semulajadi. Atau mereka disuruh tutup mulut ? dah kalau disuruh tutup mulut. Buat apa dipanggil mereka buat penyelidikan lagi ? baik diam-diam, tidak siapa yang tahu.

Ini websita Arkeologi USM klik http://arkeologi.usm.my/ dan tanya apa-apa soalan atau berkunjung sendiri kesini. Jangan baca diblog-blog mengarut yang sesat kepala bana.

Ini Facebook rasmi Arkeologi USM klik Facebook Arkeologi USM

Ps: Membaca menambah ilmu, tapi membaca dari sumber yang mengarut dan terus percaya membuta tuli, itu menyesatkan. Penulis tiada sengketa dengan blogger dan peminat yang percaya akan piramid Melayu ini. Perkara yang betul tetap betul, dan salah tetap salah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...