iklan. Jangan klik hahaha...

Persoalan Untuk Blogger, Duit Nuffnang Haram Atau Tidak ?

Ramai blogger meletak iklan dari Nuffnang untuk mendapat sedikit 'hasil' dari berblog. Malah ada blogger yang sepenuh masa berblog dan mendapat pendapatan dari hasil iklan di blog mereka. Termasuk blog ini juga ada meletak iklan dari Nuffnang.







Bagaimana cara meletak iklan Nuffnang yang betul? tengok cara letak iklan di blog ini.  Ketiga-tiganya mesti ada. Leaderboard, Skycrapper, Large Rectangle kena ada. Itu cara yang betul meletak iklan diblog. Ada sesetengah Blogger hanya meletak satu atau dua sahaja kombinasi ini. Carilah tutorial cara-cara meletak blog nuffnang di blog orang yang membuatnya.

Persoalannya halalkah hasil duit yang kita dapat dari Nuffnang ini. Nuffnang mendapat duit dari pengiklan-pengiklan yang menjadi pelanggan mereka seperti Maxis, Celcom, Digi. Samsung dan banyak lagi. Selain itu, syarikat arak dan judi juga turut beriklan dengan nuffnang. Walaupun kita diberi pilihan untuk tidak memaparkan iklan arak dan judi ini diblog kita.

Namun duit yang Nuffnang dapat dari Maxis, Celcom, Samsung dan syarikat akan masuk dalam satu akaun yang sama. Dari akaun itu juga, duit yang telah bercampur dari syarikat judi dan arak itu akan digunakan untuk membayar kepada blogger.

Melainkan pihak Nuffnang prihatin dengan blogger umat Islam, yang tidak sesekali boleh makan hasil dari sumber yang haram yang akan menjadi darah daging dan daging itu akan dibakar di Neraka. Pihak Nuffnang prihatin dengan cara, wang dari syarikat judi atau arak dibuat akaun lain. Wang ini tidak dibayar kepada umat Islam. Rasanya mungkin pihak Nuffnang tidak seprihatin ini.

Untuk menjawab soalan ini, alim ulama harus dirujuk. Halal atau Haram ? atau kita lebih senang dengan mengambil sikap tidak tahu ? buat-buat tidak tahu. Halal atau tidak, tunggu sahaja di akhirat nanti. Kalau halal selamat, kalau haram, menjawablah nanti. Jika ada kata putus dari Alim Ulama berkenaan hal ini, maka dengan senang hati kita boleh meletak iklan dan makan hasilnya. Jika haram, kita pakat-pakat buang iklan ini.

Artikel ini tentunya tidak disukai pihak Nuffnang selaku Big Boss kita yang majoritinya bukan beragama Islam. Ini cuma pendapat peribadi penulis dan tidak ada pendapat Alim Ulama yang mengatakan halal atau haram berkenaan hal ini. Mungkin belum ada siapa lagi yang majukan kepada pihak berwajib.

Pendapat tidak selalunya betul dan boleh dibangkang bila-bila masa. Namun, pertikaian pendapat haruslah membawa kita ke satu matlamat. Ke mana lagi kalau bukan ke Syurga ?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...