iklan. Jangan klik hahaha...

Kisah Terowong Rahsia Dan Harta Karun di Kelantan

Pak Do dan seorang kawannya suka memburu binatang hutan, sama ada ayam hutan atau pun kijang juga kancil. Hutan tebal yang memang menjadi habitat kepada binatang-binatang ini akan menjadi 'habitat' kepada Pak Do dan rakan-rakannya yang lain.

Tapi ini bukan kisah binatang buruan mereka, ini kisah tentang terowong yang mereka jumpai di dalam hutan ketika berburu binatang. Sewaktu mereka asyik memburu binatang, mereka tersasar jauh ke dalam hutan dan mula sesat.

Ketika sesat inilah mereka menjumpai satu terowong atau gua. Dalam terowong atau gua ini terdapat banyak barangan tinggalan orang, harta karun!. Dikawasan berdekatan terowong itu juga terdapat satu telaga yang amat dalam. Telaga ini dalam kerana di gali diatas bukit. Bukit ini dipanggil Bukit Kwong.

Setelah mereka berjaya keluar, mereka menceritaka tentang penemuan ini kepada orang lain. Cubaan untuk mencari lokasi penemuan tidak sengaja mereka ini gagal ditemui. Ramai yang cuba mencari tetapi gagal. Lokasi yang tepat tidak diketahui. Pak Do dan rakan-rakan juga menemui secara tidak sengaja.

Itu cerita mitos yang penulis dengar dari orang tua ketika kecil. Sekarang pun, di kampung segelintir orang tahu akan cerita ini. Cerita ini mungkin betul dan mungkin rekaan semata-mata jika tidak dibuktikan kesahihannya. Tetapi, tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.

Mungkin ada sesuatu disana yang mungkin kita tidak tahu. Menunggu masa untuk dibongkar. Bukit Kwong sekarang telah dikorek-korek, kerana penemuan bijih besi disana. Rujuk tulisan tentang Penemuan Bijih Besi di Bukit Kwong DISINI. Dan betullah kata orang tua, ada harta karun di Bukit Kwong.

Asal-usul nama Bukit Kwong tidak diketahui, adakah dinamakan sempena Kwong Yik Bank yang ditubuhkan pada tahun 1913 di Tanah Melayu. Bila Jepun datang menyerang harta-harta Kwong Yik Bank disembunyikan di sebuah Bukit yang dinamakan sempena Bank tersebut? itu takulan nakal dan tidak berasas penulis sahaja :)

Sekarang di Kelantan kecoh dengan penemuan satu terowong di Palekbang. Seorang kontraktor yang menjalankan kerja-kerja dikawasa sekitar telah menemui terowong ini. Belum lagi pakar-pakar memasuki terowong ini, belum diukur dengan alatan canggih, sudah terdengar desas-desus mengatakan terowong ini panjangnya menjangkau 100km.




Terowong yang dijumpai di Palekbang,Kelantan



Terowong dibina atas beberapa sebab, antaranya sebagai tempat lalui rahsia, tempat tinggal rahsia, tempatan simpanan rahsia. Orang yang tidak mempunyai kuasalah yang membina terowong ini. Kalau sudah berkuasa dan ditakuti, buat apa hendak sembunyi-sembunyi lagi.

Kalau pun betul terowong di Palekbang wujud seperti yang didakwa, ia mungkin laluan rahsia sekumpulan manusia. Persoalannnya kumpulan manusia yang mana? dan untuk apa terowong itu diwujudkan? orang yang berkuasa dan tidak ditakuti tidak akan membuat terowong rahsia ini. Hanya golongan yang tidak berkuasa sahaja yang membuatnya.

Jika tentera Jepun yang membuatnya untuk apa? untuk menyeludup senjata dan jalan memasuki Malaya? terowong yang didakwa sejauh 100km itu sahaja memakan masa pihak Jepun untuk menggalinya. Mudah sahaja angkat senjata dan menyeberangi sempadan Thailand dan Malaysia.

Walau pun begitu, terowong itu tetap misteri dan menunggu masa untuk dikaji, mungkin ada rahsia tersembunyi yang kita tidak ketahui. Tunggu pihak berkuasa dan pakar akeologi membongkarnya.

di Vietnam terowong dibina untuk menentang askar-askar Amerika. Amerika kalah sebab terowong ini. Pintu-pintu masuknya sangat sukar dikesan. Sehinggakan askar Amerika ini mendirikan khemah-khemah diatas terowong yang dibina oleh askar vietnam. Sekarang terowong yang ini boleh dilawati dan dimasuki oleh pelancong.


Ini salah satu lubang atau pintu masuk ke terowong di Vietnam. Lubang yang kecil sukar dikesan, kalau dikesan sekali pun, askar Amerika yang berbadan besar tidak muat dan sukar untuk memasukinya. Untuk gambar dan cerita yang lebih amazingggggggg sila klik DISINI






Di Tanah Arab pula, terowong dibina untuk menyeludup dan sebagai alternatif pengangkutan. Sekatan yang dikenakan oleh Israel kepada penduduk Gaza.

Ini cerita terowong di Gaza.

TEROWONG harapan. Mungkin itu ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan kepentingan ribuan terowong bawah tanah di kawasan bersempadanan Gaza dan Mesir yang dibina penduduk Palestin di wilayah bergolak itu bagi menyeludup masuk pelbagai barangan keperluan, termasuk bantuan kemanusiaan.

Jika tidak kerana kewujudan terowong sulit bawah tanah itu, mungkin nasib 1.5 juta penduduk Gaza bertambah sukar kerana mereka bukan saja terjejas teruk akibat serangan berdarah 22 hari rejim Zionis pada Disember 2008 dan Januari 2009, malah turut dikenakan sekatan yang tidak munasabah oleh Israel.
Di wilayah yang 75 peratus penduduknya tiada pekerjaan, terowong penyambung nyawa rakyat Palestin di Gaza itu sebenarnya memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan lelaki, termasuk remaja yang memerah keringat 24 jam sambil berdepan bahaya.



Salah satu terowong yang menghubungkan Gaza dan Mesir




Mereka ini berkhidmat dengan nyawa sebagai taruhan kerana silap hari bulan, terowong tempat mencari sesuap nasi bukan saja untuk diri sendiri, malah penduduk Gaza keseluruhannya, boleh bertukar menjadi terowong maut jika diserang tentera Israel sekiranya mendapat tahu kewujudannya.

Israel menguatkuasakan sekatan serta melarang pelbagai barangan, khususnya bahan binaan seperti simen dan besi daripada dibawa masuk ke Gaza sejak tiga tahun lalu apabila Hamas mengambil alih kuasa pentadbiran wilayah berkenaan.

Pelaksanaan dasar sekatan yang mendapat kerjasama Mesir itu dibuat dengan alasan bahan seperti besi dan simen boleh digunakan pejuang Hamas untuk membuat senjata. Namun, hakikatnya ia menyukarkan Gaza untuk dibangunkan semula selepas mengalami kemusnahan teruk akibat bedilan Zionis.

Hakikatnya, barangan keperluan asas, makanan dan perubatan sebenarnya juga sukar dibawa masuk ke Gaza melalui pintu sempadan sedangkan keutamaan warganya di pasca peperangan ketika ini ialah mendapatkan keperluan asas, termasuk kelengkapan dan bantuan pendidikan.
Justeru, terowong bawah tanah inilah yang berfungsi membawa masuk keperluan penduduk, walaupun ada dakwaan mengatakan pejuang Hamas turut mempunyai terowong rahsia sendiri untuk menyeludup senjata.

Dalam kunjungan ke Gaza baru-baru ini, penulis berpeluang dibawa menyaksikan sendiri operasi memunggah dan menyeludup barangan keperluan, termasuk bahan binaan di sebuah lokasi rahsia di Rafah yang bersempadanan Mesir.

Dari luar, kawasan itu kelihatan seperti tempat perlombongan pasir, tetapi sebaik memasukinya, terlalu banyak timbunan pasir dapat dilihat di sekelilingnya sebelum mata bertumpu ke arah puluhan kanvas yang menutupi setiap terowong sulit berkenaan.

Penulis dibawa melihat dua jenis terowong. Yang pertama berbentuk seperti perigi buta dengan kedalaman sehingga 30 meter dan mempunyai laluan bawah tanah sejauh antara 300 meter hingga hampir satu kilometer menghubungkan Gaza dan Mesir.

Terowong jenis ini digunakan bagi membawa masuk keperluan asas seperti makanan, tepung, minuman dan bahan binaan. Tidak kecuali produk elektronik termasuk telefon bimbit, laptop sehinggalah pakaian berjenama dibawa masuk menerusi laluan tikus itu.

Maka, tidak hairanlah pelbagai produk terbaru di pasaran dunia boleh didapati di merata kedai di bandar Gaza. Tetapi, hanya mereka yang mampu saja boleh memilikinya, manakala yang kurang berkemampuan tetap mengharapkan bantuan masyarakat dunia.

Terowong jenis ini dilengkapi tangga besi dan kren untuk membawa naik barangan ke atas dengan pada setiap masa lebih 20 pekerja kebanyakannya anak muda sibuk memunggah dan mengangkut pelbagai barang sebelum disusun di atas lori dan treler yang menunggu.

Kebanyakan pekerja terowong berkenaan kelihatan agak bengis. Malah, penulis dan jurugambar tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar pekerja terowong atas faktor keselamatan kerana tidak mahu identiti mereka yang kebanyakannya tinggal di kawasan berhampiran terdedah.

Seorang pekerja terowong berusia lingkungan awal 20-an berkata, terowong berkenaan beroperasi 24 jam dan segala pergerakan dalam kawasan itu perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelak kewujudannya dikesan tentera Israel.

Dia yang sudah empat tahun bekerja di beberapa terowong di kawasan itu berkata, sepanjang 22 hari serangan tentera Israel 18 bulan lalu, beratus-ratus terowong dibedil dan operasi di kawasan itu terpaksa dihentikan.

Bagaimanapun, ada beribu-ribu terowong menghubungkan kawasan ini dengan Mesir dan mustahil semuanya dapat dimusnahkan, katanya.

Laporan berita tempatan baru-baru ini menyebut, pihak berkuasa Mesir sudah memusnahkan kira-kira 400 terowong sulit bawah tanah di sekitar Rafah sejak awal tahun ini.

Malah, beberapa hari selepas kepulangan penulis dan anggota rombongan ke tanah air, agensi berita antarabangsa mendedahkan, tentera Israel memusnahkan beberapa lagi terowong berkenaan.

Sepanjang serangan 22 hari ke atas Gaza 18 bulan lalu, tentera Israel melancarkan beratus-ratus peluru berpandu di sepanjang 14 kilometer sempadan antara Gaza dan Mesir, mengebom anggaran 300 hingga 500 terowong yang melintasi bahagian bawah tanah kedua-dua negara.

Namun, di sebalik kemusnahan itu, ratusan terowong sama ada digali semula atau dibina kerana walaupun beroperasi secara haram, hakikatnya ia sangat penting bukan saja sebagai peluang pekerjaan, malah bagi menyalurkan keperluan asas penduduk.

Ketika ini, pihak berkuasa Mesir dilaporkan sedang memasukkan hadangan bawah tanah di sepanjang sempadan dalam kawasan negara itu bagi menghalang pembinaan lebih banyak terowong menghubung kedua-dua negara.

Sekatan yang dikenakan Israel bagi menghalang kemasukan bahan binaan juga menyaksikan ada penduduk yang miskin, terpaksa mencari sisa runtuhan bangunan dan besi buruk untuk dikitar semula bagi membina dan membaik pulih kediaman yang musnah teruk dibedil tentera Israel.

Sebuah lagi terowong yang sempat penulis lawati dalam kunjungan empat hari ke Gaza minggu lalu itu ialah terowong berbentuk mendatar yang terletak kira-kira 10 meter dari bawah permukaan tanah.

Terowong jenis ini dipasak dengan kayu di kiri dan kanan serta bahagian atasnya bagi memastikannya kukuh dan mengelak berlakunya runtuhan.

Selebar kira-kira satu meter, terowong jenis ini digunakan khas untuk membawa masuk kereta dan motosikal. Tetapi kereta agak besar saiznya tidak cukup muat untuk dibawa masuk.

Penulis yang masuk beberapa meter ke dalam terowong itu perlu berjalan secara berhati-hati bagi mengelak terkena kejutan elektrik berikutan banyak kabel berkuasa tinggi pada dinding di kiri dan kanan terowong.

Kewujudan terowong seperti inilah membolehkan pelbagai model kenderaan dapat dilihat di atas jalan raya di bandar Gaza, termasuk model keluaran 2009 dan 2010. Namun, sekali lagi hanya yang berkemampuan mampu memilikinya.

Selain kereta model lama yang kadangkala sudah tidak lagi digunakan di Malaysia, mereka yang kurang mampu pula masih menggunakan perkhidmatan kereta kuda, keldai dan unta sebagai pengangkutan dan untuk mengangkut barangan, terutama hasil pertanian.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...