iklan. Jangan klik hahaha...

Tolong! Beg Duit Saya Kena Curi

Semalam selepas balik kerja aku ke Bank, Maybank Gelugor. Waktu petang selepas waktu pejabat tidak ramai orang, parking pun senang. Sampai di bank. Dua Mesin ADM sedang diperbaiki. Aku tercongok tunggu. Kemudian masuk seorang makcik ingin guna mesin itu juga.

Pekerja yang membaik pulih mesin tu kata, proses tu agak lama. aku dan makcik tu terus menunggu, beberapa orang lain lagi sedang guna mesin ATM. Kemudian, masuk seorang perempuan bertubuh gempal, tidak bertudung. Tanpa bagi salam terus dia datang kepada aku.

"Boleh minta tolong tak, beg saya kena curi. Saya nak pinjam duit RM12.00 buat tambang balik"


Aku tidak tahu sama ada perempuan itu bercakap benar atau tidak. Tapi, zaman sekarang kita kena lebih hati-hati. Dengan sopan aku berbohong " saya pun takde duit jugak ni"

Terus dia berlalu pergi pada orang lain yang sedang guna mesin, tidak dilayan. Ada orang yang masuk sahaja, dia akan merapati dan berkata benda yang sama. juga tidak dilayan. Kebetulan mesin ADM telah siap, makcik yang menunggu bersama aku sedang menggunakan mesin.

Sampai turn aku, makcik tu keluar, perempuan yang bertubuh gempal tadi terus mendapatkan makcik tadi. Diluar sebalik cermin, aku tengok perempuan gempal itu bersungguh-sungguh bercerita sesuatu pada makcik itu.

Brother yang repair mesin tadi sedang repair mesin ADM sebelah satu lagi beritahu dia selalu nampak perempuan gempal itu diBank dan minta duit denga cara yang sama.

Dari dalam aku tengok makcik tu hulurkan duit kepada perempuan gempal tadi. Tetapi perempuan gempal itu masih tidak berlalu pergi, masih didepan bank. Sebaik keluar aku menyapa perempuan itu.

"Tak nak buat report ke beg duit kena curi?"
Dia menjawap "tak mengapalah, saya malas ke Balai Polis"
Aku saja nak menduga dia, keluarkan telefon bimbit lalu berkata "Kawan saya Polis, dia bertugas dekat-dekat sini saja, saya telefon dia. Sekejap lagi dia sampai"

Perempuan itu mula kelam kabut
"Errr.. duit saya je kena curi, beg dan IC ada lagi"

Laaa..tadi kata dompet kena curi masa letak kat public phone. Ada ke pencuri sekarang yang baik hati bagi balik beg dan kad pengenalan?

Dia berkeras tidak membenarkan aku menelefon polis, sekarang dia mula berubah, dari suara simpati minta dikasihani, berubah jadi kasar dan memaki aku.

"Kau sibuk apa pasal"?

Memang dasar penipu. Gamaknya modus operandinya berkeliaran dibank diwaktu petang semasa orang tidak ramai. Buat cerita disamun menagih simpati untuk mendapat duit. Macam-macam cara orang hendak menipu sekarang.

Kalau pun betul disamun, rasa elok pinjam syiling dari orang tidak dikenali buat panggilan kepada orang terdekat atau pinjam sekejap telefon bimbit. Penipu ramai yang bijak-bijak, kita kena lebih bijak dari mereka.

Makcik yang sedekah duit itu tetap mendapat pahala kalau memberi pertolongan yang ikhlas. Masih ada orang yang baik seperti inilah penipu diluar sana berani mengambil kesempatan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...