iklan. Jangan klik hahaha...

Blogger Yang Cantik Tapi Gugup

Tidak pernah tengok pun rancangan Generasi Y di TV1. Tapi, tadi dalam pukul 3 pagi. Ya, 3 pagi. Mata tak mengantuk dan hosmate ajak makan nasi yang dia masak.

Tengah menjamu selera, buka tv1 dan terpaksa rela tengok rancangan Generasi Y secara tidak sengaja. Layan dan tidak menukar ke saluran lain, bila ada jemputan yang cantik dan comel di tv1.

Rupanya dia seorang blogger, jadi minat untuk ikuti rancangan tu sebab dia blogger dan aku pun blogger juga. Tapi, mungkin sebab dia sedap dipandang.

Topiknya, "berguru dengan internet". Semasa pengacara menanya soalan pada dia, Fira namanya. Fira nampak gugup, suara pun bergetar nervous. Orang biasa-biasa yang tidak biasa berdepan dengan orang ramai. Apatah lagi berdepan kamera dan audien.

Bila aku jenguk blog dia, ternyata dia memang gugup seawal mendapat jemputan dari RTM. Oh,dear.. tak perlu takut and over excited sebegitu sampai terbawa-bawa ke sesi rakaman.

Tapi,wajah cantik dan manisnya menutup kegugupan tadi. Apatah lagi Dr.Lufti, pakar motivasi juga panel jemputan dan pengacara Muiz pandai berjenaka dan hidupkan suasana.

Untuk Fira, kalau TV jemput anda lagi. Buat biasa-biasa dan jadi diri anda yang sebenar. Boleh baca pengalaman Fira dijemput ke RTM diblognya diarisatuhati.blogspot.com.

Blogger macam aku tidak mungkin dijemput, kalau dijemput. Perlu didraftkan dulu entry-entry yang setiap hari orang hit kesini. Entry penaik trafik biasanya entry yang menjadi kesukaan orang ingin mengetahui.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...