iklan. Jangan klik hahaha...

Saturday, 23 February 2013

Gadis Malang.

Beberapa tahun yang lalu semasa menyewa bersama dua orang kawan. Seorang adik dan abang. Terjadi pertenglingkahan antara keduanya disebabkan seorang gadis.

Puncanya si adik membawa pulang seorang gadis ke rumah. Abangnya mengamuk bila mendapat tahu adiknya membawa pulang gadis tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

Aku pun terkejut bila balik ke rumah ada seorang gadis muda mungil bergetah. Rasanya umurnya awal 20an.

Rupanya gadis itu lari dari rumah dan menumpang dirumah kami disebabkan ajakan si adik tadi. Jauh dia naik bas kesini. Sampai lewat malam.

Menurutnya, dia selalu dipukul oleh ayahnya. Aku tengok ada kesan luka dan parut pada badannya. Bila ditanya, dia menjelaskan parut dan luka itu sebab jatuh motor. Badannya pun masih sakit-sakit.

Kebetulan, pada masa gadis itu ada dirumah. Kawan aku yang pandai mengurut ada dirumah. Bila berborak dan makin mesra. Kawan aku ni, menawarkan diri untuk mengurut gadis ini.

Ades, kau biar betul. Gadis tu pula, dengan selamba membiarkan tangannya dipegang dan diurut oleh kawan aku. Aku tengok tanpa melarang. Makin lama, makin naik tempat urutannya. Nasib baik ketika tu bukan berdua. Dalam hati aku, ni nak mengurut atau ambil kesempatan? tapi tak dinafikan kawan aku ni pandai mengurut. Urutan memang sedap, keluar semua angin dalam badan. Yang penting dia baik, sudah.

Ada masanya, selamanya seminggu dia tinggal dirumah sewa kami tu. Dia tetiba je masuk bilik aku berborak. Seram sejuk terasa bila gadis masuk bilik huhu...

Lepas itu, yang aku tahu dia menuju ke Kuala Lumpur. Entah apa nasibnya disana. Kalau berjumpa dengan orang yang ingin mengambil kesempatan dan berniat tidak baik. Punah ranahlah dia.

Pergolakan dalam rumah tangga, ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak. Anak yang melawan ibu bapa dan tidak mendengar kata. Punca anak lari rumah. Rumah bukan syurga lagi.

Kisah ini mungkin banyak berlaku diluar sana. Gadis yang lari dari rumah tiada tempat untuk menuju. Moga gadis malang ini sudah berjumpa jalan bahgia. Sudah kembali kepangkuan keluarga atau sudah disamping suami tercinta.

1 comments:

Anonymous said...

mcm menghidangkan ikan segar dpan kucing..adakan si kucing itu akan menjamah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...