iklan. Jangan klik hahaha...

Penanda Aras Kebahgiaan.

Kebahgiaan kekadang subjektif dan berbeza mengikut seseorang, suasana, latar belakang, taraf hidup, comel cantik lawa gemuk kurus gelap putih. Kebahgiaan boleh dimiliki sesiapa sahaja.

Si Polan dan si Polan mungkin akan berkata. "Ahh..dia itu tidak bahgia berbanding dengan aku. Aku lebih bahgia". Dari mana pendapat seseorang untuk menyatakan seseorang itu tidak bahgia.

Mungkin jika seseorang yang berjawatan idaman bergaji lumayan. Melihat seorang buruh berkeringat membanting tulang demi gaji yang tidak seberapa. Si bergaji besar mungkin berbisik dalam hati "aku lebih bahgia berbanding dia".

Tetapi keadaan ini berubah bila si bergaji besar ada bermacam masalah dan krisis. Krisis dengan pihak atasan, kerenah rakan sekerja kaki mengampu. Geng makan gaji buta bercakap pandai. Geng goyang kaki dan bermacam kerenah lagi. Krisis keluarga suami atau isteri curang. Atau hubungan cinta yang hancur berkecai.

Jika si bergaji besar tadi menghadapi masalah seperti dinyatakan. Berbeza pula dengan buruh bergaji kecil yang tidak menghadapi masalah dengan rakan sekerja dan tiada masalah peribadi. Kebahgiaan mungkin milik si buruh bergaji besar tadi.

Situasi lain, seorang yang single yang tiada kekasih melihat pasangan kapel yang mesra bercinta. Mungkin dalam hati berbisik "Bahgianya aku jika ada pasangan seperti mereka".

Tapi si single tidak tahu, pasangan kapel itu pun ada masalah sendiri. Mungkin nampak bahgia. Tapi,bila bergaduh, Masya Allah segala mak nenek bentuk cacian keluar dimulut. Ditambah dengan perangai pasangan yang menyakitkan hati. Bukan semua pasangan kapel yang tidak bahgia, ada juga yang bahgia hingga ke jinjang pelamin.

Jadi apa aras kebahgiaan? dua situasi diatas sebagai contoh. Banyak lagi contoh-contoh yang lain.

Bagi diri penulis, kesihatan adalah kebahgiaan. Sihat mental dan fizikal. Cuba kalau mental tak sihat walau ada duit banyak. Sakit hati dengan sesiapa. Marah kat seseorang. Dengki, iri hati. Hati jadi tidak tenang dan bahgia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...