iklan. Jangan klik hahaha...

Tuesday, 26 March 2013

Awek Penjual Top Up

Semalam duit dalam dompet tidak berapa banyak. Selepas bayar harga makanan tengah hari, ada lagi baki. Tapi tidak diperiksa. Kebetulan kredit telefon bimbit tidak berapa hendak ada, oppsss.. tak ada langsung sebenarnya.

Lepas makan tengah hari di kafe yang penuh dengan pelajar-pelajar USM yang bermacam-macam fesyen. Bukan Melayu ada yang berpakaian seperti hendak ke toilet atau hendak tidur. Tidak sesuai untuk tatapan umum. Tidak manis dan tidak sopan.

Di tepi kafe itu ada wujud kedai runcit, kedai koperasi asrama pelajar USM lebih tepatnya. Entah bila ada koperasi ini. Agak lama tidak menjenguk dan menjamu selera di kafe sebelah atas Desasiswa Indah Kembara ini.

Dalam kedai itu, pintu yang berkaca telus nampak ke dalam, tidak ramai pelanggan. Ada dua, tiga orang pelanggan - pelajar tengah memilih barang. Ada gadis, mungkin pelajar juga, yang menjaga kaunter jualan. Rancak bersembang dengan dua orang rakannya.

"Top up maxis ada?"
"Hendak berapa?"
"Sepuluh ada?"
"Ada"











Dia membuka laci, keluarkan seketul kertas top up yang berikat, bila dibelek-belek, dicabutnya satu yang bernilai sepuluh ringgit. Gadis penjual tu letak atas meja kaunter.

Aku seluk poket seluar, keluarkan dompet duit. Bila dibuka ada sekeping duit lima ringgit dan tiga keping duit satu ringgit. Tidak cukup lagi dua ringgit. Aku seluk poket seluar yang lain, cuba-cuba mencari ada sekeping dua yang mungkin tersesat. Hampa.

"Err...takpe la, duit saya tak cukup"

Gadis penjual top up itu sepontan menjuihkan mulutnya seakan mencemuh aku yang tidak cukup duit. Reaksinya tidak aku senangi. Paling tidak tunggulah aku keluar dari kedai, lalu kutuklah sepuas hati bersama rakan-rakan sembang yang lain.

Aku pun satu, hendak beli barang tapi duit tidak diperiksa. Dalam hidup pun kita selalunya begitu. Kita tidak tahu kemampuan kita, kita buat benda tanpa berfikir dan memeriksa terlebih dahulu. Kekadang benda yang kita buat dan bertindak menyakitkan hati orang lain. Tanpa fikir kesan pada orang lain, kesan pada diri sendiri juga.

Balik kerja aku singgah bank, aku penuhkan dompet. Nanti aku berkira-kira, hendak beli top up berharga sepuluh lagi dan beri duit RM100 sekeping pada gadis penjual top up tadi, itu pun kalau dia masih ingat aku hehehe...



Gambar ini tiada kaitan.





Ps : Cerita ringan-ringan, sekadar memenuhi entry :)

2 comments:

Anonymous said...

Teringat pulak entry bertajuk Gadis peminta top up yang dilabel peminta sedekah tu..huhu.Sadis.

adaberada said...

Waaa... ingat ye. Ini pembaca setia ni hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...