iklan. Jangan klik hahaha...

Tunangan Orang :)

Raya ke empat ini, 11 Ogos 2013 tarikh dipilih untuk langsungkan pertunangan. Kedua belah keluarga sudah diberitahu. Cuma tarikh langsungkan nikah samada tahun ini juga atau pun tunda tahun depan. Semoga niat yang baik ini diberkati oleh Allah.. Amin..

Bukan senang untuk berjumpa dengan pasangan yang sanggup sehidup semati dengan kita sepanjang hayatnya. Berkongsi apa sahaja, suka duka, nikmat perit, susah senang.

Si Dia ada saudara kembar. Kembarnya merancang untuk melangsung perkahwinan hujung tahun ini. Bermakna bulan November atau Disember ini. Lagi berbaki 5 bulan. Kalau ikutkan hati, siapa yang tidak mahu kahwin cepat-cepat dengan buah hati tersayang. Cuma tuntutan masa, ekonomi, komitmen pada kerjaya menjadi halangan kecil untuk dilangsungkan nikah dan kahwin bersama si kembarnya. Menumpang majlisnya, banyak benda dapat dijimatkan dari segala segi. Apatah lagi majlis dan kenduri bukan keutamaan, yang penting cukup syarat nikah dan sah sebagai suami isteri.

Dalam bercinta, proses mengenali banyak halangan yang datang. Tidak banyak pun tetap ada. Melalui pengalaman sebelum ini, aku tahu cinta ada dimana-mana dalam diri setiap manusia.

Ada insan yang masih belum sedar akan ini. Menangisi dan mendendami cinta lama yang kecundang dengan menutup pintu hati untuk cinta baru. Bila cinta baru hadir,cinta lama akan hilang. Umpama air hujan yang membersihkan sisa-sisa kotoran dengan titisnya yang lebat.

Aku raikan cinta terakhirku dengan bertunang dan nikah. Moga maut sahaja memisahkan nanti. Moga insan yang dalam hatinya ada kasih,cinta dan sayang akan berjumpa cinta terakhir.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...