Alhamdulillah, adik kepada rakan satu sekolah penulis dijumpai. Wan Aisyah binti Wan Exzam. Wan Exzam ni satu sekolah dengan penulis di Sekolah Menengah kebangsaan Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Wan Exzam ni pernah jadi Ketua Pengawas kat sekolah penulis. Agak femes dikalangan pelajar perempuan dan dijelesi pelajar lelaki huhuhu..
Anaknya hilang semasa bersama ibunya Arbaiyah membeli belah di Jusco/Aeon, Rawang. Kehilangan Wan Aisyah cepat tersebar di media sosial seperti Facebook, tweeter, blog dengan hashtag #findaisyah. Fenomena media sosial sebegini kadang-kadang dapat membantu dalam situasi getir ini.
Kenapa Wan Exzam tidak bersama dengan ibunya Arbaiyah dan Wan Aisyah? Sebenarnya mereka telah bercerai, sebab itu tidak bersama. Pada mulanya, penulis terfikir Wan Exzam yang larikan Wan Aisyah (tolong jangan saman kawe Wan Exzam huhu..). Andai kata berlaku perebutan hak jagaan terhadap Wan Aisyah, rasanya Wan Exzam akan mendapat kredit yang agak tinggi. Apatah lagi, ibunya ternyata cuai semasa membeli-belah walau apa sekalipun alasan. Anak kita hendaklah jangan terlepas pandang walau sesaat atau pun terLUPA seperti kes tinggal anak mati kepanasan baru-baru ini. Semua orang tidak ingin anak hilang dan mati, kalau tidak mahu kenalah berhati-hati dan berwaspada. Bila berlaku baru hendak bagi bermacam alasan.
Syukur, Wan Aisyah dijumpai ketika hampir hendak menyambut hari raya. Tidak tahulah apa perasaan Wan Exzam dan Arbaiyah ketika anaknya hilang dan dijumpai di Pulau Pinang.
Wan Aisyah dijumpai pada pukul 5 pagi oleh seorang individu dan dibawa balik kerumah lalu dibawa ke Balai Polis Sungai Nibong. Mungkin berkat doa kawan-kawan dan seluruh rakyat Malaysia pada bulan Ramadan penuh berkat ini, adik Wan Aisyah dijumpai.
Pengajaran kepada ibu bapa yang CUAI dan PELUPA diluar sana. Jadikan ini iktibar. Jangan lupa anak ketika asyik bershoping, jangan lupa anak ketika mengejar meting. Ada orang tertinggal telefon bimbit dalam kereta atau pun dirumah pun tidak senang duduk inikan anak.
Ps: Wan Exzam akan adakan kenduri doa selamat, jemput datang kepada kawan-kawan yang mengenali.
0 comments:
Post a Comment