iklan. Jangan klik hahaha...

Bateri Kereta - Penjagaan Bateri Kereta, Harga Bateri Kereta




Penjagaan Bateri



Bateri jenama Bosch menurut orang yang berpengalaman berkualiti dan agak tahan lama. Contoh Harga bateri saiz Din55R berharga RM300 agak mahal.

Bateri kereta biasanya akan meragam pada tahun kedua atau ada yang sampai setahun lebih bergantung pada penggunaan dan penjagaan.

Teknik Penjagaan Bateri Kereta - Battery Maintenances
Cara Menjaga Bateri Kereta

1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan  seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan. 

2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.


3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.


4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.




Bateri kereta ada 2 jenis

1) Sel Basah
2) Sel Kering

Kedua-duanya mempunyai cara penjagaan yang berbeza



1)Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan ai rbateri. Biasanya ketahanan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan. Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yang baik, seeloknya seminggu sekali (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam) periksa level air bateri anda. Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali.

2)Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri.

Memandangkan cara penjagaannya berbeza sel kering lebih mahal daripada sel basah.
Harga bateri bergantung kepada saiz bateri dan jenis kenderaanserta bilangan plate dalam bateri.Biasanya N40Z (Kancil,Kelisa,Kenari dll) harganya RM125-RM145,NS60/L (Saga,Iswara,Wira,Waja dll) RM145-RM160.NS 70/L RM180-RM210.Ini untuk sel basah sahaja, jika sel kering harganya '+' RM50 lagi.

Bateri mempunyai ketahanan yang berbeza,bergantung kepada jenis,cara penjagaan, cara penggunaan dan kekerapan penggunaan. Bateri baru biasanya mempunyai jaminan selama setahun (petrol) dan 6 bulan (diesel).

Bateri boleh "kong" disebabkan

1) Sudah tua,lama,uzur,sampai masa
2) Alternator( kerja dia cas bateri ), sudah rosak,belt longgar atau
3) Wiring,fius (jarang2 la kalu kereta baru
4) Tak tutup lampu (boleh jadi jugak)
5) Kepanasan melampau juga mengurangkan hayat bateri.


Sistem alarm kereta tak boleh buat bateri kereta anda kong (kecuali salah wiring),disebabkan alarm akan 'draw current' kurang daripada 5 Ampere (standby or lock mode). Kecuali dah lebih 3 minggu tak start kereta.

Mungkin masa anda nak start kereta,tiba-tiba alarm berbunyi.Ini tandanya bateri ada masalah. Sebabnya masa kita start kereta, hampir 90% tenaga bateri digunakan starter (Benda ni guna dia start kereta)

PASTIKAN juga terminal bateri anda tidak "bersalji" dan bersih

tips...
Jaga bateri kereta secara berkala

BATERI boleh dianggap sebagai nadi yang menggerakkan kereta anda. Justeru, penjagaan bateri perlu dilakukan secara berkala bagi mengelakkan kereta berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan, sekali gus membantutkan aktiviti harian anda. 

Beberapa panduan penjagaan bateri kereta yang dipaparkan boleh membantu anda mengelak kejadian tidak diingini. 

Periksa paras elektolit berkala. Lihat pada bateri kenderaan anda (gunakan lampu suluh jika keadaan tidak jelas), pastikan paras penunjuk elektrolit bateri kenderaan anda berada di antara paras maksimum dan minimum sepanjang masa.

Jangan biarkan paras elektrolit berada di paras rendah (minimum) ataupun melebihi paras maksimum.
Tambah air bateri jika ia berada di paras minimum.

Apabila membuat penambahan air bateri, gunakan air suling dan elakkan daripada menggunakan air galian. 

Periksa ketumpatan bandingan selalu. Cas bateri sekiranya ketumpatan bandingan berada dalam keadaan nyahcas untuk masa yang lama.

Gunakan jeli petroleum pada tambatan bateri untuk mengelakkan pensulfatan dan periksa sambungan sama ada ketat atau sebaliknya
Pastikan palam pengalih udara ketat dan pastikan liang pengalih udara tidak tersumbat. 

Gunakan asid sulfik gred bateri apabila mengisi bateri yang baru. 

Pastikan bateri ditambat kukuh pada kedudukannya. Jika tambatan tidak kuat besar kemungkinan bateri tidak dapat berfungsi. 

Periksa penyambung bumi daripada berkarat dan kakisan.


Kesimpulannya bateri kering dan basah ada pro dan kontranya. Bateri basah murah dan tahan lama jika selalu diperiksa. Bateri kering agak mahal dan jangka hayat agak kurang berbanding bateri basah, namun tidak memerlukan penjagaan berkala seperti bateri basah.

4 comments:

BukaMataBesar2 said...

http://bukamatabesar2.blogspot.com/

BukaMataBesar2 said...

sangat berguna dan informatif

kereta perodua said...

Terima Kasih berkongsi ilmu

proton ipoh said...

Terima Kasih info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...