iklan. Jangan klik hahaha...

schedule posting

Apa itu schedule posting?
kita boleh menjadualkan bila post kita akan di publishkan mengikut tarikh dan masa yang kita tetapkan,
Bawah Post Setting > pilih Schedule > pilih tarikh dan masa yang sesuai > siap :)

Nur Amalina Che Bakri

 Nur Amalina Che Bakri ketika namanya menjulang naik.


Amalina, amalina apa nak jadi dengan anda.. khabar angin yang tersebar diinternet berkaitan dengan pemilik nama Nur amalina che Bakri yang berubah tidak bertudung dan seksi agak panas. Bagi yang tidak mengenali siapa Amalina ni, beliau merupakan pelajar cemerlang SPM 17A 2005. Kesahihan yang disebarkan diblog-blog masih tidak dapat dipastikan. Tapi melalui gambar yang tersebar, nampak macam dia dalam versi tak bertudung dan berambut merah. Emmm..kalau betul pun dia, pandai tak semestinya tak bodoh dalam beberapa perkara. Dia manusia biasa yang punya nafsu dan keinginan seperti orang lain. cuma yang membezakan dia dengan pelajar lain ialah dia pernah terkenal dengan pencapaian dalam bidang akademik. Macamlah korang baik sangat masa belajar kat IPT dalam dan luar negara. Zaman sekolah mungkin kau baik, tapi bila masa kau kapel dan musim mengawan tiba, perangai kau macam mana? kau juga lupa ayah ibu di kampung. Tu tak termasuk kau ponteng solat atau kau solat subuh pukul 8 pagi, kau solat zohor bila asar nak masuk, kau solat asar bila maghrib menjengah, kau maghrib bila.. aaahhhh malas aku nak tulis. Lepas tu, bila keluar kat blog pasal kisah buruk Amalina ni, kau mula nak tunjuk hero dan alim-alik taik kucing kau dengan komen-komen tahap wali yang abadi lagi suci.. kau lupa yang hati kau belum bersih dan tak cukup suci untuk menghukum orang. Ada baiknya kau cuma diam.. diam tu baik dan mencegah dan menambah dosa kering kau. Kalau dia betul macam tu sama-sama kita beli tiket ke sana dan dakwah dan nasihatkan dia? apa tak mampu beli tiket? mampu tapi kau kena blacklist PTPTN tak boleh keluar negara? cuba kontek dia atau mak ayah dia, tak tahu? Tahu tapi sibuk? kalau camtu kau doa je dari jauh, itu yang sebaiknya, bukan dengan kau mengutuk dan menghukum orang atau mengeluarkan dalil-dalil taik kucing kau.

kat bawah ni aku kepist (copy and paste) dari blog Tuan Zulkifli Bin Noordin, tanpa meminta izin kerana dia busy dan tak online huhuhu...




Salam 2 all.

Kebelakangan ini terlalu banyak berita idsebarkan konon cerita Nur Amalina Che Bakri telah gagal dalam pengajiannya.

Saya telah membangkitkan kesahihan cerita ini didalam Parlimen hari ini, kerana saya berharap isu saperti ini tidak diputarbelitkan. Tambah-tambah ramai yang menggunakan cerita ini untuk memperlekehkan keupayaan anak-anak Melayu bersaing diperingkat antarabangsa, dan memperlekehkan sistem sekolah kebangsaan kita, sebaliknya terlalu mengagung-agungkan sekolah lain!

Nur Amalina telah mengejutkan negara pada 26.03.2005 apabila menjadi pelajar Malaysia yang pertama mencapai kejayaan 17A didalam peperiksaan SPM dengan hanya belajar disekolah kebangsaan. Ramai yang mencemburui kejayaan Nur Amalina, terutama mereka yang terlalu mempertuhankan sekolah swasta dan sekolah-sekolah elit.

Berikutan kejayaan itu, Nur Amalina telah ditawarkan biasiswa untuk mengikut pengajian perubatan oleh Bank Negara. Nur Amalina telah mengikuti pengajian A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom. Beliau mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 5A dalam semua matapelajaran. Bukan itu sahaja, Nur Amalina telah mengambil matapelajaran tambahan Additonal Chemistry (hanya 3 pelajar yang berbuat sedemikian). Bukan sahaja beliau lulus cemerlang, malahan Nur Amalina memenangi 'extra-merit' dan dianugerahkan "Advance Award fo Chemistry".

Pada bulan Mac lepas, Nur Amalina telah membuat permohonan memasuki 4 universiti yang top di United kingdom iaitu Cambridge University, Imperial college, Bristol University dan Univeristy of Edinburgh. Tiga universiti yang akhir telah menawarkan tempat kepada Nur Amalina.

Nur Amalina telah memilih untuk mengikuti pengajian dalam Bachelor in Medical Study, Surgery & Science di University of Edinburgh. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian ditahun kedua. Yang paling membanggakan, pihak Univerisit Edinburgh telah menawarkan Nur Amalina membuat pengajian tambahan peringkat ijazah dalam Pharmacology with Industrial Experience kerana kejayaan cemerlang beliau. Ini bermakna Nur Amalina akan mendapat ijazah berkembar insyallah setelah beliau selesai pengajian beliau iaitu Ijazah MBChB dan M Med Sc.

Oleh itu saya berharap kabar-kabar angin berkenaan dengan Nur Amalina tidak akan disebarkan lagi. Malahan kita sepatutnya berbangga dengan kejayaan beliau dan mendoakan moga beliau bukan sahaja akan mencapai kejayaan cemerlang sebagai kejayaan peribadi, malahan menjadi ikon negara dan membuktikan bahawa anak Melayu juga berupaya menandingi orang lain dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa insyallah.

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
27 zulhijjah 1430
14 Disember 2009

*maklumat diperolehi daripada sumber University of Edinburgh dan lain-lain sumber yang boleh dipercayai

Cara untuk elak rindu pada seseorang

Rindu tu satu anugerah dari Allah, tapi kenapa mahu elak pula? emmm.. ni rindu bukan pada yang sepatutnya, bukan rindu pada mak ayah dikampung, bukan pada adik beradik, bukan juga pada kampung halaman. rindu ini pada orang yang tidak lagi rindu pada kita, senang kata orang dah tak hingin kat kita tapi kita gelojoh dan masih rindukan dia. Bila jadi camni, hati jadi gundah gulana, jiwa tidak tenang. Mandi sampai bil air meningkat tapi tak basah-basah, makan 2,3 pinggan nasi tapi masih tak kenyang walau perut buncit membonyot. Bangun pagi asyik teringatkan dia, bukan teringat nak sembahyang subuh atau nak mandi wajid dulu kalau terinzal malam tadi huhuhu..
Bila sampai tahap macam tu, dan orang disana pula tidak ambil peduli kerinduaan kita itu. Makin menjadi-jadi rindu itu, hingga nikmat hidup kita. hidup pada hari ini terganggu, tak boleh nak enjoy 100peratus, hampeh orang yang buat kita rindu tu kan? emmm..naper nak salahkan orang tu pula? dia ada suruh kita rindukan dia ke? ada? kalau tak ada disuruh macam tu kita berhak untuk tidak merindui dia.
Sebenarnya rindu ni datang bila kita tak ada apa-apa aktiviti hendak dibuat, takde hobi yang spesifik,takde buku nak dibaca,kalau pun tak minat membaca,tak main game, takde internet nak layan Facebook, nak tengok youtube, kalo ada internet pun lama-lama jadi bosan. bila takde aktiviti yang hendak dibuat, mulalah datang perasaan rindu tu, macam kambing dalam musim mengawan, kalau yang jantan dia punya terpedo hampir terkeluar dari sarung, kalau yang betina, dia punya tut... dah berair-air dan terbuka-buka. Itu masa musim mengawan kambing, awas jangan dekat..

Manusia,musim 'mengawan' datang bila takde benda nak dibuat, aktiviti fizikal atau pun rohani. Mulalah nak merindu pada si polan itu si polan ini. Cuba kita letak situasi pada masa kita busy atau terdesak, kalau student time nak hantar assigment date line dah dekat. Esok hantar,malam ni baru nak buat. Masa ni, otak dan fikiran difokus pada assignment tersebut, takde masa nak merindu. Situasi lain, masa kita lewat terbangun untuk pergi kerja atau kelas. Mandi 2,3 jirus, berus gigi ala kadar, calit-calit deodorant sikit. Kalau tak sempat dan lupa pakai, tak sampai pukul 12pm, ketiak kau dah bau macam longkang tersumbat dengan plastik Tesco. Masa tu ada kau rindu sama orang yang kau rindu tu? tak rindu, kau tak sempat nak rindu pun. fikiran kau fokus pada kelewatan kau... dah keluar rumah atau hostel, kau boleh pula terlupa pakai spendor, nahas kau kalau kau lelaki, zakar tak mengenal masa bila dia nak keras. Pakai jeans boleh cover lagi, kalau hari tu, kau pakai seluar slack nipis je. Perempuan tak kisah kalau tak pakai spendor, ada orang kisah? dalam kain kau mana ada orang nampak. Situasi terdesak dan fikiran yang fokus pada sesuatu dapat menghindarkan diri kita dari merindu pada seseorang. Maknanya fikiran kita dapat dipusatkan, difokuskan pada sesuatu. Kau langsung lupa pada kerinduan kau bila berada dalam situasi tu.  

Menganggur dan tidak bekerja juga mudah untuk kita rindu pada orang, kita tiada apa-apa nak dibuat, duit pun takde, rindu satu hal, kau nak kawin pun takde duit. Dah kau takde kerja, mana ada duit, tak boleh kawin. Kau akan merindu seseorang tu. Bagi yang bekerja, masa cuti jika takde pengisian waktu lapang, kau mula merindu pada si polan-si polan tu, tambah lagi jika tengok housemate atau roomate keluar dating. Kau pula macam ulat terkulat-kulat keseorangan. Untuk melatih otak dan fikiran supaya tidak melayan terbang rindu pada seseorang, cubalah isi masa lapang dengan bergaya, kau keluar dengan kawan-kawan yang sama solo macam kau, tengok wayang, main boling, guling tengah padang, ambil gambar bajet hensem dan cute pastu post kat Facebook bagi kawan-kawan FB jeles tengok kau bergembira diluar sana, walaupun hakikatnya gambar tu biasa je, tak enjoy sangat pun, tapi bila post kat Facebook ramai pula komen yang best-best. Lagi best kau rasa.
Buat sesuatu yang baru juga dapat melatih otak dan fikiran dari rindu pada seseorang. contohnya kau belajar buat web, belajar CSS, HTML, belajar coding. Apa? kau tak tau semua tu, aku pun tak tahu hahaha... belajar buat kek ke, masak tomyum ke, kucing masak asam pedas ke, kau makan kucing? buat la, janji boleh hilangkan rindu tu. Tengok VCD atau movie yang didownload pun boleh hilang rasa rindu, kalau tak hilangkan pun boleh alihkan fokus sekejap. Yang penting jangan biarkan fikiran kau tu 'menganggur' barang sekejap pun. Isi dan isi sampai penuh, sampai rasa rindu tu terkeluar dari otak dan fikiran kita.
Bertuahlah orang yang dikurniakan bakat melukis, dari lukisan dia dapat luahkan rasa rindu tu.. atas kertas atau apa-apa media. Macam kau rasa nak berak la, bila kau dah keluarkan semuanya, rasa sakit perut tu hilanglah, macam juga rindu. Kau keluarkan semua, rasa rindu tu hilanglah. Apa? esok rindu lagi? ala..esok taik pun ada lagi, berak lah lagi hahaha... kalau kau tak reti melukis, kau menulis je, tulis je apa yang kau rasa atau kertas, taip kat word atau tulis je kat dahi kawan kau yang tengah tidur, gerenti kau tak rasa rindu seseorang lagi, sebab kawan kau pasti mengamuk bila dahinya diconteng. Kau bergaduh dengan kawan, fokus rindu kau pada orang tu hilang huhuhu.. yang dahi ni tak betul
Yang paling berkesan aku rasa, kau dekatkan diri kau dengan Allah, rindu tu kan anugerah dia, macam nyawa kita ni juga la, dia boleh tarik balik. Amalkan ke Masjid atau surau terdekat dengan kau, solat jemaah. Kalau tak boleh semua waktu, kau buat 1 waktu dulu. Yang ni macam susah nak dibuat, yela usahkan nak jemaah kat masjid. solat sendirian pun kau asyik kantoi.
Tak boleh berjemaah pun, kau perdengarkan ayat-ayat suci alQuran pada diri sendiri, berzikir. Rasa rindu pada seseorang ni, boleh dikira macam penyakit hati. Inilah ubatnya..
Tapi,kalau orang disana pun rindukan kau, buat apa kau nak hilangkan rindu kau pada dia lagi? mangkuk betul kau ni, ajaklah dia kawin. bila kahwin, dapat bersetubuh hilanglah rindu tu huhuhu...

2012

1 januari 2012,
Udara hari ahad yang segar, udara 2012.
Syukur aku masih hidup, moga tahun ni makin dekat dengan Sang Pencipta,
Moga tahun, tidak diturun musibah dan dugaan dan ujian untuk kita mengingatiNYA.
Kita manusia, biasanya bila didatangkan musibah baru nak dekat dengan Allah, baru nak berdoa minta itu ini, pohon itu dan ini. Kalau student mungkin dekat-dekat akan bermunajat untuk lulus exam. Jadi bermusim, lepas exam lupa balik. Kalau yang berkapel, bila putus akan berdoa dan mendekatkan diri dengan Allah. Tengah syok berkapel kau tidak sedar segan silu berpeluk, berpegangan tangan,membonceng motosikal bersama, berdua-duaan dalam kereta. Paling teruk romen-romen, raba-raba dan yang paling dilaknat berzina tanpa ikatan sah. Bila putus cinta, kau salahkan pasangan kau yang tak setia, yang hilang rasa cinta. Kau tak sedar yang benda kau buat tu salah, kau bercinta tu tak salah. Tapi salah jika kau hampiri benda-benda merangsang kau kearah zina. Bersentuhan tanpa berlapik, berduaan tanpa muhrim. Bila tertakdir kau putus, kau jangan merasa down gila babi tahap sawan... sampai kau rasa hidup dah tak bererti tanpa dia disisi. Kepala hotak kau... dan kau berkata pada diri. mungkin ada hikmah disebalik perpisahan ini. Semestinya betul andaian kau jika putus cinta itu mendekatkan kau pada Allah. Kau mula berdoa dan bermunajat dan Sesesungguhnya Allah itu Maha pengasih pada hambaNya. Kau akan lebih tenang tanpa Si Dia yang bodoh tinggalkan kau tu, jika kau mendekatkan diri padaNya. Kau akan merasa nikmatnya solat, lembutnya sejadah dan ketakutan berhadapan dengan Pencipta. Hikmahnya juga jika kau putus, kau tidak berterusan hidup hanyut dengan maksiat, walaupun kau kapel kau tak berzina atau berpeluk atau bersentuhan. Ada ke berkapel yang betul yang diajar oleh Nabi kita? ada cara yang betul dalam islam? usahkan berkapel, mendengar suara yang boleh mendatangkan syahwat pun tidak dibolehkan. Kau kapel tak berjumpa konon, kau tak bertelefon? berSMS? kau tak manja-manja yang membuatkan zakar kau tegang, air mazi kau melimpah? faraj kau berair dan membasahkan spendor kau.. lalu kau gosok-gosok, untuk hilangkan tekanan air yang nak melimpah, sedap dan makin sedap. Kau pancut tanpa disedari, bila puas kau rasa menyesal dan malu sendiri. Nah..!! itu bunga-bunga zina yang kau tak sedari. Bagi yang tak pernah berkapel, aku tabik springg toing,toing... keep it up. Berkapel dan bersetubuhlah sepuas hati sampai kau lembik bila dah kawin nanti. Dapat pahala lagi huhuhu...

Salam perkenalan 2012.. tak tujukan pada sesiapa, hanya rekaan cereka akhir zaman.
Kau ada?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...