Ini konon-konon 10 tanda yang si dia jodoh kita, kopi pasta dari blog greenappleku.com yang kopi pasta dari i luv
islam.com. Kajian yang mendalam dan secara saintifik belum dibuktikan, ini mungkin pengalaman dan pemerhatian penulis atau mungkin terbaca dari kitab-kitab lama huhuhhu... tapi rasa macam betul je, sebab aku rasa pun camtu :)
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap
bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara
percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan
dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa
dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat
mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja
dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.
Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya,
tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri
kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang,
gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya.
Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit
tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun
malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah
kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan
bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak
mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita
sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih
sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah
miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu
menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita
lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang
dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh
dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita.
Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu
hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada
berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan
percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia
tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat
mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan
ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi
mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama
lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila
memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang
lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti
rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan
kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan
cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia
perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu
memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun
sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu
pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting,
kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain
dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi
kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita
hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab
seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia
mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke
klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita
mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter,
dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi.
Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk
kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata
orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa
bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan
susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di
dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna
daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan
keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia
tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu
kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan
di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya
kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak
mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila
kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing,
memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala,
manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan
memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat
saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca
fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas
pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita,
tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata
hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha
berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di
tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan
skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan
sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi
memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah
dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan
izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah
keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang
kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.
Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa.
Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah
kekal selamanya.
0 comments:
Post a Comment