Tahniah buat lepasan SPM yang cemerlang dan yang kurang cemerlang, itu bukan penamat segala-galanya. Universiti, ambil degree dan Master sampai Phd bukan segala-galanya. Tapi ilmu tu tetap penting kena dicari sampai ke tua dan mati. Tapi jika setakat ini saja kemampuan kita, ada benda lain lagi yang menunggu didepan. Jangan mudah putus semangat. Satu pintu tertutup, banyak lagi akan terbuka.
Kepada yang cemerlang, mesti tengah pening hendak memilih kursus apa dan dimana hendak sambung belajar nanti. Pemilihan kursus seeloknya mengikut minat dan arah tujuan kita bila bekerjaya nanti. Mungkin ada yang dah tetapkan matlamat dan mungkin ada yang masih kabur. Tidak tahu mana satu nak pilih.
Yang masih kabur tu, sebenarnya tiada minat yang mendalam dalam sesuatu impian. Kalau anda minat hendak bergelar doktor. Sudah tentunya anda akan memilih penkhususan khas untuk doktor dan tempat yang terbaik untuk kursus ini. Selain itu, (ini sebagai contoh sahaja) anda semestinya tidak takut dengan darah dan kes-kes kecemasan. Bersedia mental dan fizikal.
Dan bagi yang berbakat pula, seperti melukis. Tentunya minat kearah bidang yang berkaitan dengan bakat anda. Contoh bidang ini ialah seperti Arkitek, Perekabentuk dalaman, dan kerjaya yang berkait dengan benda-benda kreatif.
Bagi golongan yang agak 'geek', sains komputer mungkin sesuai untuk anda. Jadi Computer Programer atau Software Engineer. Dan mungkin juga bidang Mekatronik, mana tahu anda dapat cipta satu robot pintar satu hari nanti.
Dari pengalaman penulis sendiri (bukan statistik tepat), kebanyakan lulusan dari Universiti bila habis belajar dan mendapat Ijazah masing-masing tidak ramai yang bekerja mengikut bidang masing-masing. Banyak faktor yang mempengaruhi. Contoh terdekat dengan Penulis ialah bidang Arkitek.
Rakan-rakan yang cemerlang akan terus dalam bidang ini. Tapi, dikalangan rakan-rakan yang 'kurang cemerlang' dan kurang minat. Tidak lagi menceburi bidang ini. Ramai yang memilih menjadi guru dan sebagainya. Guru antara jawatan yang popular dikalangan lepasan Ijazah yang tidak terus ke bidang semasa belajar dulu. Mungkin faktor saingan yang susah untuk memohon jawatan sesuai dengan Ijazah masing-masing. Hilang minat juga, penyumbang kepada mereka ini memilih bidang lain lari jauh dari bidang yang diambil semasa belajar.
Dari situasi yang dinyatakan tadi, pemilihan kursus yang bersesuaian dengan kita amat penting. Jalan selamat ialah pilihlah bidang yang menjanjikan peluang pekerjaan bila tamat belajar nanti. Jika 3 tahun anda belajar dalam bidang Arkitek, tapi akhirnya melompat ke kerjaya lain bila tamat belajar nanti. Semacam rugi ilmu yang dipelajari. Apa kata, anda pilih kursus yang tepat. Belajar dan kerja dibidang yang sama.
Keputusan SPM yang cemerlang dan makin meningkat pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, bermakna persaingan untuk mendapat tempat dan Universiti juga amat terhad. Namun, yang paling merisaukan ialah persaingan bila tamat belajar nanti. Persaingan untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian dengan bidang masing-masing.
Kerjaya yang kritikal seperti doktor, pilot tidak perlu dirisaukan kerana permintaan yang tinggi sentiasa. Kerjaya yang 'biasa-biasa' mungkin menjadi rebutan. Oleh itu, untuk menonjolkan diri dikalangan pencari kerja lain, keputusan akademik anda haruslah mantap dan cemerlang. Dan bagaimana kalau semua cemerlang dan mantap macam anda?
Ada peluang lagikah anda untuk mendapat tempat disektor pekerjaan nanti. Atau ambil saja pengkhususan untuk bergelar cikgu kerana, memohon jadi cikgu adalah ikhtiar terakhir pencari kerja yang bukan bidang perguruan semasa belajar dulu. Seperti yang dikatakan sebelum ini, ini hanya melalui pengalaman dan pemerhatian dikalangan rakan-rakan sendiri.
Kerja adalah mencari rezeki, rezeki seperti yang dinyatakan dalam hadis, 9/10 rezeki datangnya dari berniaga. Jelas dengan berniaga, pintu rezeki akan terbuka seluas-luasnya untuk kita. Bila lagi mengharapkan bangsa lain memonopoli perniagaan. Generasi SPM yang cemerlang pada hari ini, seeloknya dididik dengan minat untuk melakukan bisnes memecah tradisi bangsa.
Guru kerjaya yang mulia,(merujuk pada kecenderungan para penganggur yang berijazah yang memohon kerjaya ini) namun jadi usahawan juga semulia guru. Usahawan yang akan memantapkan ekonomi bangsa, usahawanlah yang dapat memajukan bangsa, Usahawanlah dapat menjulang agama. Apakata pilih sama-sama memilih kerjaya jadi Usahawan berbanding kerjaya lain. Ada berani?
Kepada para pemegang Ijazah diluar sana yang masih terkial-kial mencari pekerjaan, bersabar dan tingkatkan usaha anda. Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu, jika kaum itu sendiri tidak mengubahnya. Surah ArRad ayat 11. Ayat Alquran sudah jelas, maka berusaha dan berusahalah selepas berdoa. Selebihnya bertawakal. Jadi ubah nasib dengan berniaga, jika susah untuk mendapat pekerjaan.
Banyak kursus yang ditawarkan kerajaan, cuba saja jenguk-jenguk PUNB atau SME bank. Atau guna simpanan sendiri, itu lagi bagus dari mengharapkan 'tongkat' dan disuap aje. Tapi jika kerja pun tiada, mana ada duit dan mana nak dapat modal? Maka gunalah kemudahan yang disediakan kerajaan tadi.
Ps : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Anda seribu daya atau anda seribu dalih?
2 comments:
rasa dah mcm baca buku motivasi plak..nice entry..heheh..
Cita-cita nak jadi Pakar motivasi masuk tv hehehehe....
Post a Comment