iklan. Jangan klik hahaha...

Tip Cara-Cara Hendak Mengorat Perempuan

Mahatma Gandhi pernah berkata pasal cinta.. Hanya orang yang ada keberanian sahaja yang boleh bercinta. Berani untuk menyatakan perasaan, berani untuk gagal bila bercinta, berani kecewa bila gagal. Berani memaafkan orang yang kecewakan kita dan berani segala-galanya dalam cinta.





Aku nak share satu tip yang mudah untuk dipraktikkan. Tidak melanggar batas agama. Sifat perempuan yang sukakan perhatian sentiasa, suka orang ambil berat sentiasa. Tip yang aku dapat dari seorang pakar motivasi terkenal semasa mengikuti satu kursus disebuah hotel. Bila dia tanya aku, "Dah kahwin belum?" Aku jawab belum. Dia tanya lagi sambil tersenyum dan berseloroh, "awek ada tak?". Aku jawab lagi "takde" dan dia bagi tip.

Jika anda sukakan seorang perempuan tu, jika sudah ada nombor telefon bimbitnya. Cara mudah untuk mendapatkan perhatiannya ialah dengan cara mengucapkan Selamat Malam setiap malam sebelum dia tidur tanpa gagal. Ucap je walau pun tiada respon. Tapi biasanya akan ada respon bila kita ucap selamat malam, mungkin akan dapat wish selamat malam balik.

Caranya selama 2 minggu berturut-turut anda menghantar SMS selamat malam padanya tanpa gagal. Dan bila masuk hari minggu ketiga. Cuba stop, senyap dan silent. Dan ajaibnya orang disana akan ternanti-nanti selamat malam dari anda. Malahan akan cuba Mesej dan kontek anda selagi tidak mendapat ucapan selamat malam dari anda.

Mengapa? sebab anda memberi perhatian padanya. Tak percaya? cubalah. Tapi, tidak semestinya dia akan terus jatuh cinta pada anda. Ini salah satu cara untuk memikat hatinya dulu. Dan bila dia tertunggu SMS ucapan selamat malam anda. Maka peluang anda cerah, dengan syarat tiada lelaki lain yang sudah 2 minggu menghantar SMS ucapan selamat malam padanya huhuhuh...

Dan kalau perempuan yang baca entry ni, anda tujukan padanya. Tidak terkesan lagi kot hahahah... tapi jika hati ikhlas tiada niat buruk lain. Lama-lama hatinya akan terbuka juga. Jikalau tip ini tidak berkesan, cuba tip yang lain pula ye.

Tak semua perempuan mudah terpikat dengan SMS selamat malam. Tapi kalau tak bersetuju dengan tip ini, sila cuba dulu. Baru tahu betul tak betul kan? Jadi mula dari sekarang cuba menghantar SMS selamat malam tanpa gagal pada perempuan yang kita suka.


Ps: Dan jika perempuan itu sudah jatuh cinta dengan kau, jangan sesekali melukakan hatinya. Perempuan untuk dilindungi dan disayangi bukan untuk kau maki dan sakiti !!
.

.
.





5 comments:

Anonymous said...

Ak nk tackle sorg pompuan tuh...
tp ak x tau cmne...
lgpun nie first time ^^
setiap kali msj, tnya kaba, sihat ke x, mkn ke x....mcm tu jew....boringla...
nk bt macam mane erk?
saya x de pengalaman dlm hal nie...
mintak pandangan pleaseee....

Anonymous said...

Slmt mlm

Anonymous said...

tanya psal pribadi skit mcm hobi dia ke atau bncang psal bnda yg pompuan suka,barulah lbh rpat dn x bosan

Anonymous said...

assalamualaikum.. sy dah cuba cara ni last2 hari kesepuluh dia reply mcm2 dia tanya mcm marah pun ada gak skrang ni tersangkut tak tau nak reply apa?? please help me??

Admin said...

Perempuan ni bagi saya memang misteri sebab nak pikat kena guna teknik yang betul, kalau x melepas la... huhu, masa kat sekolah dulu, lelaki yang feymes ni biasanya adalah lelaki yang periang n kelakar, tapi kalau sampai tahap annoying jadi menyampah plk kn? haha


Di sini juga ada doa >>
Doa Pengasih, Pelembut Hati Suami Isteri Anak dan Sesiapa Sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...