Apa kaitan antara Ipad dan sebungkus nasi? macam tiada kaitan tapi ada falsafah disini yang ingin disuarakan, falsafah tak semestinya betul. Bergantung pada penerimaan seseorang. Biasanya falsafah betul pada orang yang berfalsafah tu, pada pegangan falsafahnya.
Lalu dikota itu, dikota besar itu, penuh dengan lumpur sesuai dengan namanya - Kuala Lumpur. Dan ditengah-tengah kota itu, ada eksekutif muda. Pertengahan 20-an, lebih tepat 25 tahun. Bergaji agak lumayan, sementelah masih muda. Tiada tanggungan, bujang dan muda. Segala benda yang dihajati ingin dibeli. Sebut sahaja gadjet-gadjet terkini, semua akan dimiliki. Walau benda dan alat itu bukan satu keperluan hidup.
Dan eksekutif muda ini, seperti mengikut trend terkini, ingin memiliki sebuah komputer tablet. Duit sudah ada, tunggu bayar dan bawa pulang. Namun, anak muda ini pening untuk memilih mana satu yang sesuai. Hendak miliki ipad atau galaxy tab. Kedua hampir sama ciri-cirinya. Keduanya hampir sama kelebihannya. Namun, demi status dan mengikut trend dia memilih ipad. Ipad terbaik dari segi penjenamaan dan tentunya jenama yang baik orang terbaik saja yang mampu miliki.
Terbayang dimata bila memiliki nanti, ingin ditunjuk pada kawan-kawan di pejabat, kalau tidak menunjuk secara langsung pun, cukup ditunjuk dengan mengoperasikan depan kawan-kawan. Terbayang dimata, ingin membawa ke kedai mamak, menggunakan wifi percuma disitu, pasti ramai menjeling. Lepak di Starbuck sambil minum segelas kopi yang berharga RM16 segelas sambil berfacebook, alangkah tingginya status. Dan, dia akan menunjuk-nunjuk pada keluarga dan saudara dikampung atau cukup memberi pada anak saudara melayan permainan yang siap dipasang. Atau dimana-mana sahaja jika berpeluang.
Tamat kisah eksekutif muda.
Dikota yang sama, namun didaerah setinggan. Kelihatan seorang tua, uzur - lemah dan tidak bermaya. Perutnya lapar lantaran dari pagi belum terjumpa sesuap nasi. Lalu mengira-ngira duit ditangan, cukup untuk sebungkus nasi dan kalo beli kuih dapat 2,3 biji. Gelisah bila mengingatkan seorang kawannya belum juga makan apa-apa. Mahu dibeli nasi dapat sebungkus, mahu beli kuih dapat 3 biji. Dalam berkira-kira itu, sampai juga dia digerai menjual nasi dan kuih.
Lalu,dibeli nasi, fikirnya nasi dapat bertahan lama kenyangnya berbanding kuih. Sebungkus nasi dikongsi bersama dapatlah menghilankan lapar sepanjang hari. Orang tua bukanlah seleranya tinggi sangat. Dua, tiga suap sudah cukup mengenyangkan. Lalu lekas dibawa menuju ke rumah atau layak dipanggil pondok akan adanya. Jalan agak sibuk macam biasa, tapi dia tidak menghiraukan semua itu. Dia hanya berjalan kaki, kesesakan lalu lintas tidak mengganggunya.
Tamat kisah orang tua.
Eksekutif muda tadi, sudah berada di pasar raya terkemuka. Kedai gadjet menjadi destinasinya. Wang dibayar, ipad bertukar tangan. Kini sah menjadi miliknya. Dibelek-belek seketika setelah berpuas hati, terus berlalu pergi. Tidak sabar rasanya ingin melayari internet di ipad yang dimiliki. Didalam kereta masih dibelek-belek lagi. Ahh, terlalu banyak aplikasi mahu dijelajahi.
Semasa memandu pun, semasa memegang stereng. Tangan masih sempat menyentuh-nyentuh paparan skrin. Hingga sampai disuatu tempat, dia terperanjat melihat seorang tua melintas jalan tiba-tiba. Sudah terlambat untuk memijak pedal brek. Terus keretanya melanggar tubuh lemah orang tua itu. Kawalannya hilang, selepas melanggar orang tua itu, dia melanggar pula pembahagi jalan. Masuk ke laluan bertentang. Bertembung dengan sebiji kereta.
Keduanya meninggal dunia, orang tua yang memilih antara kuih dan nasi tadi dan eksekutif muda yang memilih antara galaxy tab dan ipad tadi. Keduanya menemui ajal. Keduanya ada pilihan yang sudah dibuat. Keduanya sudah mendapat apa yang dihajati. Keduanya menemui ajal ketika memiliki sesuatu yang diingini.
Bezanya, orang tua itu memilih nasi kerana keperluannya, keperluannya untuk menghilangkan lapar. Untuk terus hidup. Manakala, eksekutif muda itu memilih ipad sebab kehendaknya. Keduanya memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Beza orang mampu dan tidak mampu ialah pemilihan antara kehendak dan keperluannya. Namun, disebalik pemilihan keperluan dan kehendak tadi, kita tidak boleh lari dari menemui ajal.
Nasi itu keperluan, ipad itu kehendak. Kehendak kekadang tidak membantu sangat dalam kehidupan. Mampu dan tidak mampu menyebabkan kita memilih antara keperluan dan kehendak. Orang yang mampu sudah tentu keperluan sudah cukup, cuma untuk memenuhi keperluan sahaja. Berbeza orang yang kurang mampu, memenuhi keperluan semata-mata. Ada kehendak tapi tidak mampu.
Seperti juga anda memilih bakal isteri atau suami, suami atau isteri itu satu keperluan. Namun, memilih seseorang untuk jadi suami atau isteri kita tadi adalah kehendak. Kehendak kita untuk beristerikan seorang yang cantik,muda dan gebu, kehendak kita untuk bersuamikan lelaki yang hensem dan kaya. Dan kita jangan tertukar diantara keperluan dan kehendak tadi. Keperluan kita adalah suami/isteri. Bukan seseorang individu yang kita berkehendakan ciri-ciri hebat tadi. Cukup dengan sabda nabi untuk memilih pasangan hidup.
0 comments:
Post a Comment