iklan. Jangan klik hahaha...

Thursday, 12 April 2012

Gempa Bumi!

Petang, sedang enak aku berbaring disofa diruang tamu rumah. Dalam jam 4 petang camtu. Terasa sofa yang ditiduri bergoncang-goncang. Pada mulanya aku ingatkan angin luar sebab pintu dibiarkan buka. Tapi terasa lain macam bila pinta tak ditolak angin.

Aku bangun, tidur lagi, bergoncang lagi. Bingkas bangun lagi, tinjau luar melalui pintu, tengok jiran sebelah masing-masing dok tinjau-tinjau. Aku dah tahu satu blok dah rasa, maknanya gempa dah berlaku. Terus capai beg laptop dan beg galas, isi barang-barang penting. Tak kunci pintu terus berrlari keluar.

Penghuni aras lain pun kelam kabut berlari keluar, bila dah sampai bawah aku tengok ramai dah orang berkumpul dibawah. Blok perumahan lain pun sama. Aku bersembang dengan mereka pun, cerita yang sama terasa bergoncang. Lalu selamatkan diri. Aku masih tak berani masuk rumah takut ada gegaran susulan. Bangunan ttu dah la usang dan tua. Dan rata-rata bangunan kat malaysia ni tidak mengikut spesifikasi standard menghadapi gegaran gempa bumi, sebab negara tidak mengalami gempa. Jadi para pemaju, arkitek, juga kerajaan tidak mensyaratkan bangunan di Malaysia tahan gempa seperti di Jepun, Amerika, Eropah dan negara-negara yang mengalami gempa lain.

Akan datang, bangunan di Malaysia kena tahan gempa bumi. Kerana kita kena tempiasnya, dan mengikut kajian, lingkaran gempa mendekati Malaysia. Pusat gempa hampir mendekati Malaysia. Malaysia tidak dapat lari dari gempa bumi.

Dalam kelam kabut tu, aku menghubungi rakan yang lain, tidak tahu. Aku telefon adik dikampung tengok perkembangan terkini kat TV - tidak tahu. Aku buka Facebook di telefon bimbit. Tengok status update, rata-rata mengalami gegaran dan ada yang bagi tahu gempa bumi dekat Acheh, Utara Indonesia. Terasa kehebatan Facebook sebagai penyebar berita yang pantas - benar atau pun palsu. Yang benar baguslah, yang tak benar porak peranda jadinya.

Bila rasa keadaan dah selamat, aku naik dan masuk rumah. Plan nak tengok Movie baru The Battleship, terpaksa dilupakan. Queensbay Mall tu dekat dengan laut. Kalau Tsunami melanda, tak pasal-pasal the battleship menghentam kereta yang diparking dekat pesisir tu. Malas nak ambil risiko, delay hari lain je laa movie tu.
,

2 comments:

Kancilbiru said...

KB tido...tak sedar...hehehe

Anonymous said...

KB memang.. tido mati kot hahahaa..
-Adaberada

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...