iklan. Jangan klik hahaha...

Penat - Kecewa - Marah - Redha

Sebulan yang lalu, aku ada survey-survey rumah untuk beli dan untuk sewa. Tengah mencari rumah tu, kebetulan ada brother satu tempat kerja aku jadi ejen beli rumah dan sewa rumah. Terus aku bertanya dia. Dan dia bawa aku kat satu Taman Perumahan yang dekat-dekat tempat aku kerja. Memang minta dia cari yang dekat-dekat je.



Ni masa nak pergi ambil kunci kat tuan rumah hari sabtu, bajet dapat. Siap update kat Facebook lagi huhuhu...


Ada dua buah rumah, satu kosong takde apa dan satu lagi rumah yang macam ada orang tergesa-gesa tinggalkan rumah tu. Semua barang tak terusik macam orang pergi kerja je, tapi berselerak macam tergesa-gesa berkemas. Orang dulu yang tinggal kat rumah tu, orang melayu.

Pasangan suami isteri yang ada 3 anak, aku agak-agak dari photo gambar yang ditinggalkan. Isteri dalam lingkungan awal 40-an. Macam selongkar rumah orang je bila aku masuk rumah yang nak aku sewa ni. Tapi aku pilih rumah ni berbanding rumah yang kosong tadi. Sebab ada kabinet dapur yang cantik dan berlantaikan mozek.

Bila dah setuju, ejen tu kata akan clearkan barang-barang dan akan masukkan elektrik dan api. Aku membayar wang deposit. walaupun bulan depan nak masuk, bulan April. 1 April 2012, hari ini lebih tepatnya.

Dua minggu selepas tu, semasa makan keluar tengah hari, aku singgah tinjau rumah tu kejap. Elektrik dan air belum dipasang lagi, tengok dari meter air dan meter elektrik masih tiada. Aku intai-intai dari lubang tingkap, barang-barang masih seperti dua minggu seperti dulu. Tak berubah dan mereka tak usik dan tak buat kerja langsung. Aku telefon ejen dan jumpa dia dan bagitau pasal ni.

Dia kata jangan risau, ada 2 minggu lagi nak pindah. Sempat lagi masih banyak masa. Ok, aku percaya. Dan lagi seminggu aku nak pindah, aku singgah dan tinjau lagi. Ada nampak sambungan paip tapi takde meter, ada nampak sambungan elektrik tapi takde meter. Damn.. ini dikira sambungan haram! dan barang-barang dalam rumah masih seperti dulu.

aku sedikit kelam kabut, aku telefon ejen tu lagi. Takde respon. Telefon bimbit dimatikan. Telefon lagi dan lagi, takde respon, takde deringan. Dalam hati aku, hanguslah wang deposit aku. sudahlah aku minta resit hari tu dia tak bagi. Telefon lagi, lagi,lagi.. tak dapat. Cari kat tempat dia kerja takde.

Dan 3 hari sebelum masuk rumah, aku semak mesej-mesej aku dengan ejen tadi. Nasib baik dulu-dulu dia ada bagi mesej nombor tuan rumah. Aku telefon dan dia janji nak bagi kunci hari ahad 31 mac. Aku bagitahu dia, 31 tu aku nak kena pindah. 1 april dah kena keluar rumah dan masuk rumah baru. Sudah sebulan tu aku bagi deposit. Tuan rumah terlupa ke aku nak sewa rumah tu?


Bila dengar aku cakap begitu, dia kata akan bagi kunci dan tunggu panggilan dia. Aku tunggu dari pagi sampai ke tengah hari. Senyap... aku mesej dia tanya. Boleh pula dia kata nak bagi malam selepas isyak. aku tunggu lagi.Tungguuuuuuuuuuuuuu.... dia mesej nak bagi pagi esok pula pukul 8.30am.

Dan tadi aku korbankan hari ahad untuk bangun awal huhuhu... pukul8.30, tiada panggilan. Sampailah pukul 9.30 baru ada panggilan telefon. Tapi bukan suara tuan rumah. Suara lelaki india. Aku bergegas ke tempat yang dijanjikan. Sampai sana, ada seorang Bangla, terjongok dok tunggu aku depan KFC Sungai Dua.

"Macha, you miskol saya satu kali"
"kenapa nak miskol?"
"itu boss suruh, dia takut bagi kunci silap orang"
tuuuttttttttttttttt.... aku miskol no. Bangla tu.
Kunci beralih tangan. Bangla tu terus berlalu pergi lesap, ghaib.

Buka je pintu rumah, aku tengok keadaan rumah macam sebulan yang lalu, tiada apa-apa perubahan. LOL! Aku telefon Bangla tu balik, komplen rumah macam dulu. Barang-barang masih banyak. Masa tu, aku dah mula nak tinggikan suara. Dia panggil lagi geng-geng yang lain, seorang bangla dan seorang budak melayu.

Aku dah tangkap situasi sekarang, dua orang bangla dan melayu tu diupah untuk membersihkan rumah yang nak aku sewa tu. Tapi mereka tak bersihkan. Mereka selongkar barang-barang berharga yang ditinggalkan penhuni lama. Sebab sebulan yanga dulu, keadaaan masih ok. Sekarang berselerak lagi teruk.

Mereka dah cuak bila aku nak adu pada tuan rumah. Akhirnya tuan rumah bagi diskaun RM100 untuk rumah yang tidak dibersihkan tu. Aku setuju je, biarlah penat sikit kemas barang-barang. Tuan rumah suruh buang barang-barang yang tak berguna dan simpan barang penting, kalau-kalau orang lama datang minta barang-barang dia.

Pening kepala aku, bangla dan rakan-rakannya tak mahu tolong sebab katanya ada kerja lain dengan boss, tapi akan datang kutip sampah yang kami buang nanti. Kalaulah deposit belum dibayar, cancel aku dok rumah ni. Sepagi sampai ke petang aku dok mengemas dengan abang aku.

Dokumen penting, baju-baju,photo-photo lama, perkakas dapur yang masih elok. Tak sampai hati aku nak buang. Dan yang paling terkejut, dalam bilik pasangan ni. Tempat tersorok sikit, aku jumpa berkeping-keping VCD lucah. Alamak, pasangan suami isteri ni layan VCD lucah ke? anak dah besar-besar pun masih layan VCD lucah. Nak mantapkan hubungan seks suami isteri kot. Kan dah kantoi!

Minggu ni, tugas aku lepas balik kerja, mengemas dan mengemop rumah tu. Orang kata, kalau rumah lama tak berpenghuni ada makhluk lain datang singgah. Ya ada, ada semut dan ada kesan air kencing tikus huhuhu.. jin pun mungkin ada. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita kot :)

Lain kali dimasa depan kena deal betul-betul bab sewa beli rumah ni. Atau apa-apa perkara sahaja, silap aku, aku dah beri deposit awal-awal. Sepatutnya hari nak pindah tu baru bagi duit deposit tu. Dan pesan aku juga, jangan buat dosa dan tinggalkan dosa sebelum kita bertaubat.

Kalau kita ibaratkan dosa umpama VCD lucah tadi, kita tinggalkan VCD macam tu jer. Orang akan melihat VCD lucah yang kita tengok tu, walau dimana kita berada. Dan ada tanggapan buruk sebab kita tak simpan dan sembunyi atau musnahkan terus. Dosa samalah, kalau kita ada dosa, tak bersihkan dosa tu dengan memohon ampun dan taubat. Dosa tu akan membeban kita bila meninggal dunia nanti. Dosa akan memalukan kita di Padang Masyar. Malu dan dapat siksaan pedih.


ps: Rasanya aku tak mengaibkan sesiapa, sebab aku tak kenal penghuni rumah dulu. Tuan rumah pun tak tahu penghuni dulu ada dimana. Dan anda lagi lah tak tahu.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...