iklan. Jangan klik hahaha...

Tuesday, 12 June 2012

Perempuan Dan Bola ( Edisi Euro 2012)

Suatu hari, pada tahun perlawanan bola sepak Piala Dunia - World Cup. Aku bertanya pada si dia.

"Sayang sokong pasukan mana"?

Dia jawab penuh yakin.

"Sayang sokong Chealsea"

Piala Dunia, sokong Chealsea? huhuhuh..

Di Daerah lain, tahun lain. Orang lain. Si dia bertanya.

"Abang, sekarang orang berjaga tengok bola malam-malam. Sama macam kita tengok World Cup dulu ke? yang Brazil pasukan yang kita sokong kalah tu"?

"Ini Euro sayang, pasukan dari Eropah sahaja bertanding. World Cup satu dunia, pasukan yang layak bertanding"

Satu cara untuk menggalakkan perempuan kita suka bola dan minat bola untuk tengok bersama kita ialah : Biarkan mereka pilih pasukan mana-mana yang mereka suka ( walaupun mereka tidak tahu) suruh sahaja mereka pilih warna jersi yang mana.

Bila sudah pilih, kita bertaruh dengan mereka. Katakan siapa kalah kena belanja, atau kalau sudah kawin kena masak atau basuh baju. Pasti, mereka akan teruja untuk menonton bersama. Beri mereka sedikit ilmu bola, jangan biar mereka pilih dan sokong Chealsea masa Piala Dunia, nanti satu dunia akan ketawakan mereka :)

Dan terdengar dialog perli yang lain dari perempuan kita.

"Abang ni suka sangat tengok bola. Nak tengok rancangan lain pun tak boleh, bola,bola,bola. Abang tengok bola bukan abang reti main bola pun"

Dengan acuh-acuh si suami menjawab.

"Sayang pun suka tengok rancangan masakan, tapi sayang bukan reti masak pun. Samalah macam abang".

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...