iklan. Jangan klik hahaha...

Hujan




1994
Hujan turun dengan lebat. Walaupun guruh tiada. Hujannya cukup lebat. Tempias masuk jendela terkena Tok Ki. Tok Ki berundur, menutup separuh daun jendela.

Sudah seminggu begini, sudah seminggu hujan lebat begini. Bermakna sudah seminggu Tok Ki tidak menoreh. Tidak menoreh bermakna tiadalah punca pendapatan.

Beras yang disimpan dalam tempayan sudah tinggal sisa. Lagi dua tiga kali tanak, hab
islah ia. Lauk pun begitu, telur sekampit yang dibeli hampir habis.

Kalau hujan berterusan begini, bermakna Tok Ki terpaksa berhutang lagi dengan Pak Dolah pemilik kedai runcit. Pak Dolah tidak kisah kalau orang kampung ingin membeli secara hutang. Tidak kisah kalau setakat beras sekilo dua, telur sekampit dua.

Tok Ki mengejutkan Budin, cucu tunggalnya yang dijaga dan tinggal bersamanya. Budin anak yatim piatu. Ayah dan ibunya sesat didalam hutan ketika mencari petai dan hasil hutan disuatu hari.

Orang kampung kata, ibu dan ayah Budin dibaham harimau ketika didalam hutan. Tragik dan misteri kehilangan kedua orang tua Budin. Tiada jasad, tiada kubur, tiada nesan.

Hari ini, hari besar Budin. Hari ini dia akan menempuh peperiksaan penting dalam hidupnya. Peperiksaan UPSR. Tok Ki berjanji, akan beli basikal kalau dia dapat 5A dalam UPSR. Budin yakin dia mampu dapat 5A dan boleh kayuh basikal dengan senang hati nanti.

Kejutan Tok Ki membangunkan Budin tidak sesukar hari lain. Hari ini hari penting, hari ini hari permulaan UPSR. Hari dia mampu memiliki basikal seperti kawan-kawan lain. Seperti Jaki, seperti Ropi, seperti Kasim. Seperti orang lain.

Pagi ini, hujan seperti berpuluh tahun dulu ketika Budin bangun untuk memulakan hari berdepan UPSR. Pagi ini seperti Tok Ki mengejutkan Budin dari tidur. Tangan Tok Ki yang hangat dan kesat mengusap-ngusap kepala membangunkan Budin.

Sekarang Tok Ki sudah tiada. Kalau bukan kerana Tok Ki berjanji untuk menghadiahkan basikal kepada Budin. Tak mungkin Budin berjaya dalam UPSR, tak mungkin Budin berjaya dalam PMR, SPM dan peperiksaan lain.

Kini Budin mampu miliki segalanya. Tapi bukan semangat Tok Ki. Budin tahu Tok Ki bersusah payah membeli basikal untuknya. Walau tidak dapat membalas jasa Tok Ki. Budin membalas dengan menjadi cucu yang baik. Membalas dengan tidak menjadi insan yang menyakiti orang lain. Hatta,dia boss besar di syarikatnya.

Selamat Menempuh UPSR kepada kanak-kanak seusia Budin. Kepada para cikgu semoga anak murid anda berjaya macam Budin. Kepada ibu bapa jangan lupa beli basikal. Sekarang mungkin Smartphone bukan lagi basikal.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...